Kota Kemaksiatan..

Sunday, November 02, 2008
Tempat aku bukan di sini. Tempat aku bukan tempat ini. Dan aku takkan berada di sini lagi atau mungkin untuk selama-lamanya. Itu kata aku sewaktu dulu. Sewaktu aku hampir menamatkan pengajian di salah sebuah universiti yang hampir terkemuka di kota kemaksiatan ini.

Dan kini, aku berada di sini lagi. Hidup di sini. Mencari rezeki untuk sesuap nasi di sini. Bangun dan tidur aku di sini. Di sebuah kota yang aku gelar kota kemaksiatan. Aku mengejek diri aku sendiri mengingatkan kata-kata yang pernah aku ucapkan sewaktu dulu; "Aku takkan berada di sini lagi".

Siapalah aku untuk menentukan hala tuju tempat aku berpijak. Siapalah aku untuk menyatakan lembah pencarian rezeki aku bukanlah di kota kemaksiatan ini. Siapalah aku? Aku hanyalah selemah-lemah makluk ciptaanNya. Aku hanya mampu merancang. Yang selebihnya, aku serah pada Yang Maha Kuasa. Hanya itu kemampuan yang aku bisa lakukan. Dan oleh itu, telah ditetapkanNya sejak azali bahawa aku akan berada di sini. Untuk ketika dan saat ini. Berada di kota kemaksiatan ini.

Dan di kota kemaksiatan ini lah tempat yang banyak mengajar aku tentang seribu satu kisah kehidupan. Kisah perikemanusiaan. Kisah persahabatan. Kisah cinta. Kisah perjalanan sebuah kehidupan manusia yang datang dari segenap pelusuk daerah dan tempat bagi mencari sumber rezeki, kisah manusia dan manusia lain, dan segala kisah yang aku kira takkan termampu dirungkaikan di sini. Dan aku... sudah pastinya merupakan salah seorang manusia itu.

Namun aku tidak mampu untuk meramalkan atau menyatakan sampai bila aku mampu bertahan di kota kemaksiatan ini. Bukannya aku sudah benci atau tidak tertahan lagi berada di sini, cuma.... aku teringatkan kampung, kampung aku lebih mendamaikan. Lebih tenang. Walaupun kampung aku tidak mempunyai sebarang bangunan berkembar, jambatan bertingkat, bullet train atau apa saja kecanggihan pembangunan atau hiburan yang menyeronokkan, tapi berada di kampung, benar-benar...... mendamaikan. Nak buat macam mana, dah aku memang gadis kampung. Asal usul aku dari kampung. Aku membesar di kampung. Mana lagi tempat yang lebih mendamaikan melainkan tempat asal-usul seseorang itu. Kan?

Cuma satu perkara yang aku amat syukuri. Aku tidak keseorangan dalam mengharungi onak duri, suka duka di pinggir kota kemaksiatan ini. Aku punyai teman-teman dan sahabat-sahabat yang menemani dan mengiringi kehidupan aku di sini. Kalau nak dikira memang ramai teman-teman dan sahabat-sahabat aku itu. Namun aku tidak pasti, adakah mereka menganggap aku sebagai teman dan sahabat mereka sebagaimana aku menganggap mereka atau... sebaliknya. Hurmm... tidak mengapa;)

Apa pun anggapan mereka pada aku, aku tidak kisah. Cuma bagi aku, sekali aku berkawan dan bersahabat dengan seseorang, mereka itu akan tetap jadi sabahat dan kawan aku sampai bila-bila. Sampai mata ini ditutup buat selama-lamanya. Dan di kota kemaksiatan ini lah tempat aku mengenali kebanyakan sahabat dan kawan aku, tanpa tempat yang aku gelar kota kemaksiatan ini..mana mungkin aku akan punyai sahabat dan teman yang sebegini ramai.

Dan aku yakin, sehingga saat ini, saat di mana kota kemaksiatan sedang hebat disimbahi hujan malam, kota kemaksiatan sebenarnya masih lagi gah dengan segala isi dalamannya, masih lagi bertapak teguh dengan kekotoran dan kehitaman. Even lebat hujan malam ini pun tidak mampu untuk menyucikan sekelumit kekotoran dan kehitaman itu. Bila la agaknya kota kemaksiatan ini akan dibersihkan dari segala jenis kekotoran dan kemungkaran supaya gelaran kemaksiatan itu bisa aku buangkan saja ke laut dalam. Hurrm.....

p/s: Arghhhh besok hari Isnin!!!!!

I'll be here, again. The same me. Until next entry...

WaAllahualam
Wasalam.

8 comments:

AL-BIMA SAKTI said...

salam,

apakah kota itu akan terhakis kemaksiatannya selagi hidupan yang bernama manusia pelbagai jenis menjadi penghuninya?
fikir-fikirkanlah...

saizulhafiz said...

huhu...sgt dalam maksudnya.esok aku tanya ko la fida nk bg fhm.hehe

Afida Anuar said...

Al-Bima Sakti-> Salam. kalau diikutkan logic akal, selagi manusia pelbagai jenis menjadi penghuni kota itu, maka tidak akan terhakis segala kemaksiatan. Cuma sy yang memasang angan-angan terlalu tinggi..ingin membuang gelaran kemaksiatan itu. huh!

Saizul->hahaha..mcm belajar lak, nk kene paham2..bole2, pastu kene belanje teh tarik satu.. dengar menang lagi rugbynye game..tahniah2..heee

diana abdullah said...

1 mase dulu dlm hatiku penah bekata "aku xnak dok kat sana" tup2 dpt blajo di kota tersebut dan yg bestnya keja di kota tersebut

~takdir penentu segalanya..~

unicorn said...

kota ini perlu-kan seorang adiwira untuk membasmi kemaksiatan dan menegakkan keadilan

Afida Anuar said...

Diey->kita merancang, Dia yang menentukan..

Yoe->siapalah adiwira itu gamaknya. Tak mustahil kau adalah orangnya. eheh:D

Anonymous said...

Bagi aku kota berkenaan tidak patut dipersalahkan, dia tidak bernyawa dan hanya setia manati kehadiran kita,.
Sebenarnya manusia yang patut dipersalahkan, sedangkan tahu kota kemaksiatan tapi masih setia mengejarnya,..

Afida Anuar said...

MohdFazli

Aku tidak pernah menyalahkan kota tersebut. Apatah lagi kota tersebut tidak bernyawa. Mungkin gelaran kemaksiatan itu agak kasar bunyinya. Namun, itulah natijahnya di kota itu.

Erkk..mungkin kamu patut mengerti isi tersirat di sebalik kata-kata yang ditulis;)

btw..bukan di kota berkenaan saja layak digelar kota kemaksiatan. Banyak lagi di tempat-tempat lain yang mana maksiat bermaharajalela... namun aku fokuskan kota itu kerana spt kamu kata...manusia terlalu mengejar kota itu. Terlalu impikan berada di kota itu... dan terlalu bermegah-megah dengan kota itu..

 

Browse