Dia Kaki Botol..

Thursday, November 20, 2008
Semua orang tergesa-gesa masuk ke bilik meeting. Ada meeting tergempar. Kata bos (baca Incik Aizat). Segala 'file' bagai yang diperlukan di dalam meeting kelihatan di hadapan masing-masing. Semuanya sudah sedia.

Tiba-tiba kelihatan Zuly tergesa-gesa masuk berbekalkan sebotol air masak penuh satu botol.

Habis larr...Zuly lambat lagi! Bos(baca Incik Aizat) dah nampak mula nak meradang. Namun aku rasa, disebabkan aura bakal pengantin bos( baca Incik Aizat), dia nampaknya kool, dan mampu lagi mengukir senyuman yang dipaksa-paksa untuk Zuly.

"Hah! Duduk Zuly, bawak botol air mineral jek masuk bilik meeting?", bos (baca Incik Aizat) seakan memerli kelambatan dan ketidakbawaan apa-apa dari Zuly, walau sebatang pen.

Zuly mengangguk tunduk dan terus mengambil tempat di hujung meja. Meeting berjalan lancar, alhamdulillah. Selepas hampir sejam meeting berlangsung, bos (baca Incik Aizat) kasi kitaorang break 10 minit. Semua tergesa-gesa keluar. Ada yang nak melepaskan 'hajat', ada yang nak basahkan tekak. Aku cuma, erkk...abaikan apa yang aku buat ketika break 10 minit itu, eheh..

Meeting kembali bersambung. Kali ni, Zuly nampaknya lambat lagi... dan tengah bos( baca Incik Aizat) sedang sibuk menyelak-nyelak 'file', tiba-tiba Zuly masuk. Gayanya seperti tadi , berbekalkan sebotol air masak di tangannya. Tapi kali ni agak berlainan botolnya itu. Bukan botol air mineral yang dibawa sebentar tadi, tapi botol separa kecil berwarna hitam yang mempunyai tangkai. heh!

Bos( baca Incik Aizat) mungkin perasan akan ketidaksamaan botol tersebut dengan botol yang pertama tadi.

"Aikk, tadi botol lain, ni botol lain, kamu ni kaki botol la Zuly!!!" komen bos(baca Incik Aizat).

Semua yang hadir dalam bilik meeting itu agak tercengang-cengang dengan kata-kata yang keluar dari mulut bos(baca Incik Aizat).

Zuly kaki botol? Heh!!

p/s: Nasib baik aku hanya setia pada satu botol jek, huh!

(Zuly, ampunkan aku kerana menggunakan separuh nama kamu jek. Kepada bos( baca Incik Aizat) yang akan memulakan cutinya besok sempena majlis perkahwinannya hujung minggu ni dan hujung minggu depan, selamat bercuti dan selamat menjadi bakal pengantin. Kami semua pasti akan rindukan bos(baca Incik Aizat) sepanjang ketiaadaanmu)

~Sekadar mengubahsuai sedikit peristiwa. Enjoy your reading!!!~

Until next entry..

WaAllahualam
Wasalam.

11 comments:

theblabber said...

mmg enjoy pun reading..:)
eheh

AL-BIMA SAKTI said...

salam,

kaki botol atau kaki minum..? he he he...

Tirana said...

Kaki botol? Kesian pada Zuly..tak pasal2 dapat gelaran yang tak elok..hehehe..padahal dia cuma suka pada botol.

diana abdullah said...

adoi..klako2..xtahan tol la..sabar ye zuly..:-P

Afida Anuar said...

Miezi-->hee, mekasih miezi...

Incik Al-Bima Sakti--> Salam. erkk..bos tu kate kaki botol..klu kaki minum..erkk... entah la..heeee

Kak Tirana-->Hehe, itu la.tp bos tu bergurau aje kak tirana..heeee.. tp kesian arr kt Zuly...tp masa bos tu cakap mmg lawak arr.eheh

Diey-->eheh..klaka kan diey. Ari ni bos(baca incik aizat) takde..uhuk..takde la meeting lagi..

Afida Anuar said...

TAG!!???? apa itu tag? siput lautkah? eheh...

natni said...

kak fida hahahaha mmg lawak la part zuly itu oke.. kt bilik meeting tula pon nk bgembira kn..pasni bos blk dgn status yg blainan kn..masihkah die mao mengejoin meeting tergempar kte

ekekekeke
^_______^

saizulhafiz said...

aku tag ko...sila buat ek..sila ke page aku.tq

Afida Anuar said...

Intan-->hehe..kan kan..tu yg aku teringat2 sampai jadi entry kisah itu. Itu lah, pas ni status bos dah bertukar..uhuh..

Saizul-->tag lagi??huhuhu..ramainye org tag aku ari ni? hari tag seduniakah?apa pun mekasih la ingt jugak kt aku..mekasih jugak kt mus..heee..

ok2 balik rumah aku wat eh, kt opis ni tak leh nak aplod gambar lak..uhuhu..

Nazrah Abdul Aziz said...

wah..meeting ek..busy nmpknye pekerja2 company xxx nih ek..anyway, sowila xdpt join meeting korg smlm..sy terlampau bz sgt la dgn projek2 sy..maybe next time bole join korg meeting..best tu dlm meeting bole bergumbira..huhu.. >_<

Afida Anuar said...

hee, xpe naz..kitaorang tau naz bzi..lein kali join eh..eheh

 

Browse