Jawapan Hanya Pada DIA Yang Satu...

Sunday, January 23, 2011
Perjalanan balik ke rumah bersama Mekdi usai membeli sedikit barang-barang dapur di Alamanda semalam dihabiskan dengan sembang-sembang kosong. Tak sangka, di dalamnya terselit juga bab jodoh!... Haa, yang ni Mekdi yang start, bukan saya..errr..!

Dari kisah jodoh dan keluarga, langkah bendul, family arrangement, baitulmuslim.. ah banyak la yang kami sembangkan. Senyum panjang bila saya ingatkan kisah sembang-sembang dengan Mekdi semalam.

Saya rasa apabila satu 'percaturan' itu tidak terjadi seperti yang kita rancang, bermakna belum tiba masanya lagi untuk ia terjadi seperti yang tersurat di Luh Mahfuz. Tidak perlu persoalkan kenapa, mengapa... dan tidak perlu bersedih jiwa. Mungkin ini jalan untuk kita lebih kenal erti 'pertemuan' dan sebenar cinta.

Ok Mekdi?

Bahagia...

Saturday, January 22, 2011
Bahagia itu bukan seperti apa yang orang lihat..
Tapi apa yang kita rasa....Kan?....

PS: Awak...yang sedang baca ini.. Apa khabar?

Hilang Dalam Rindu...

Wednesday, January 19, 2011
Ah, hati mudah benar dibolak balik. Kan Tajnur? Dulu saya beria benar nak keluar dari sini. Kononnya tak kira apa nak jadi. Nak hirup udara baru la kata saya. Nak jumpa orang baru la. Tup tup tup .. di sini juga saya berada. Di tempat yang sama, menghadap flat screen cap HP yang sama. Cubic yang sama, dan masih berjumpa orang yang sama.

Ketua saya adalah antara orang yang paling gembira menerima berita penarikan surat perletakan jawatan saya. Tidak kurang Intan dan Ina yang sujud syukur mendengar khabar lewat petang tu. Kalau ikutkan perancangan, hari Jumaat ni akan diadakan farewell lunch untuk saya. Tapi disebabkan saya tidak jadi berhenti, ketua saya kata..dia nak adakan juga team lunch untuk celebrate decision saya tak jadi berhenti! huh! Makcik cleaner yang baik dengan saya tu pun gembira yang amat saya tak jadi berhenti.

Cuma, di tengah kegembiraan semua orang...agak tipu la kalau saya kata saya tak sedih bila dapat tau result KPLI tu. Sedih juga sebenarnya, tambah-tambah dengar mak saya menangis masa saya telefon bagitau yang saya tak dapat. Nasib saya sedikit kuat, kalau tidak mahu saya juga menangis depan Intan dan Ina petang tu. Aduhaii mak... rezeki anak mak masih di sini mak......

Kadang-kadang semua yang berlaku sejak dua menjak ni buat saya terfikir, mungkinkah tepian yang saya cari tu sebenarnya di sini...

Bulan... tolong jangan hilang seri!

Jatuh Dari Langit Atau Hati?...

Monday, January 17, 2011
Pengalaman ke Melaka mengajar saya, kalau kita rasakan kita ni susah...percayalah ada orang lagi susah kat atas dunia ni. Kalau kita rasakan kita ni sunyi, sebenarnya masih ada orang lagi sunyi dari kita yang wujud di atas muka bumi ni.

Itu yang saya belajar, dan itu lah sebenarnya cerita yang terhidang di hadapan mata saya sewaktu ke Melaka 2 hari yang lepas.

Dan cerita hari ni pula, errrr..... nampaknya saya tidak jadi berjodoh dengan cikgu. Eh bukan saya tidak jadi kahwin dengan cikgu, hehe, tapi niat saya untuk menjadi cikgu tidak kesampaian. Aaaa, Naim jangan panggil saya Cikgu Afida lagi, kerana hakikatnya saya memang tidak ditakdirkan untuk menjadi seorang cikgu.

Usaha, doa, tawakkal semua dah. Allah jua yang Maha Menentu, Allah Maha Tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. InsyaAllah ketentuan ini saya redha, kerana saya yakin dengan seyakin-yakinnya....pasti...pasti ada yang terbaik dalam setiap apa yang tersurat dan tersirat yang diberikanNya.

Sendiri..Berdikari...

Saturday, January 15, 2011
Tidaklah Allah jadikan sesuatu dengan sia-sia. Tengok sebaliknya, cari hikmahnya.

InsyaAllah sekejap lagi Incik Hitam dan tuannya akan bertolak ke Melaka. Yang menjadi masalahnya, Incik Hitam dan tuannya belum pernah sampai lagi ke negeri yang tiada raja itu sepanjang mereka hidup di atas bumi Tuhan ni. Jadi selok belok jalan di sana langsung tiada dalam pengetahuan tuan Incik Hitam.

Tapi takpe, peta ada. Semalam pun, tuan Incik Hitam dah kaji map secara terperinci pakai 'google earth'. InsyaAllah, moga Incik Hitam dan tuannya akan jumpa rumah yang nak pergi tu.

Aaa, apa pun, saya berharap tuan Incik Hitam tidak memecut Incik Hitam seperti waktu ke Perak haritu. Kalau dak, tak pasai-pasai kena saman!

Saya doakan Incik Hitam dan tuannya tidak sesat, selamat pergi dan pulang, insyaAllah panjang umur kita jumpa lagi.

Assalamualaikum...

Nun Jauh Di Langit Malam...

Wednesday, January 12, 2011
Akhir bulan November yang lepas, saya telah menghantar surat perletakan jawatan saya dengan notis dua bulan. Bermakna bulan January ni merupakan bulan terakhir saya bekerja di sini. Gara-gara KPLI, saya nekad menghantar surat perletakan jawatan. Polisi company tempat saya bekerja ni, kalau nak berhenti, kami kena kasi surat perletakan jawatan dengan 2 bulan notis, kalau nak berhenti la la jugak, pandai-pandai la kasi gaji 2 bulan dekat company ni, tapi saya tak mampu nak berbuat begitu. Saya hanya mampu kasi notis 2 bulan je.

Jadi dengan mengambil kira kebarangkalian yang saya akan berjaya menempatkan diri sebagai salah seorang calon cikgu, (InsyaAllah jika diizinkanNya) maka saya pun dengan hati yang agak terbuka telah membuat keputusan untuk meletakkan jawatan saya.

Saya sendiri agak terkejut dengan keputusan yang saya buat sebenarnya. Entah apa yang menghasut saya sewaktu saya menghantar surat tu. Apa pun, Alhamdulillah dengan sedikit istikharah, gerak hati di samping sokongan penuh kedua orang tua dan kawan rapat....i did!

Pada mulanya, ketua-ketua saya agak terkejut dengan tindakan saya. Malah saya dikehendaki menghadiri sesi face-to-face dengan ketua besar beberapa hari selepas saya menghantar surat tu. Bagitau sebab musabab mahu berhenti. Bukanlah face-to-face formal pun, cuma ketua besar saya nak tahu kenapa saya mahu berhenti. Ada personal problem ke? atau masalah dengan project, atau apa saja yang seumpamanya. Kalau ada yang dia boleh tolong, dia akan cuba selesaikan, asalkan saya tak berhenti. Kira macam sesi pujuk-memujuk supaya saya berubah fikiran dan tak berhenti. Sayang juga dia kat saya eh! errr

Bila saya bagitau saya ada apply tuk jadi cikgu bla bla bla, tarikh enrolment akhir bulan January, bla bla bla...so by hook by crook, saya kena hantar resignation letter at the end of November bla bla bla, barulah dia mengerti. Kagum sekejap ketua besar kat saya pasai saya sanggup mengambil risiko berhenti padahal result KPLI belum lagi diketahui. Bla bla bla time sembang-sembang tu, boleh pulak dia offer saya, kalau application saya tuk jadi cikgu tak berjaya, dia suruh saya tarik balik surat perletakan jawatan saya....

hurmmmmmmmmmmmmmmmmmmm....

Bukannya saya tak suka bekerja di sini, saya suka. Sungguh! Dengan kawan-kawan yang dah kamching macam air terjun Kamching, bos pun dah sayang saya, errr, tapi.....nun jauh kat dalam hati sana, ada satu rasa nak berubah. Rasa nak hirup 'udara' baru. Rasa nak jumpa orang baru. Rasa nak berada di tempat baru. Rasa tu....Ye la, mana la tau.......

In case saya tak berjaya menjadi salah seorang calon cikgu nanti, saya redha. Tapi boleh je kan saya meneruskan niat saya tuk berubah tu? Berubah angin orang kata. Berubah tempat. Berubah segala. Rezeki...insyaAllah boleh dicari, asalkan kita berusaha.

PS: Saya bukannya nak cari penyakit, tapi…. mungkin saya ni keras hati, degil dan lebih banyak dengar suara hati ni kut. Dalam sana, tertanya juga, apakah tepian itu ada untuk saya? Tapi tidak salah saya cuba...kan? Selebihnya saya berdoa dan bertawakkal...Dengan DIA...

Kenapa Siang dan Malam, Tak Mungkin Pernah Bertemu?

Tuesday, January 11, 2011
Bulan..
Senyum kau lihat daku..
Yang bertalu dipukul resah akan waktu..
Mana kan kau dapat baca dalam hati nan satu..
Menunggu akan jawapan takdir hidup ku..

Lagi seminggu, akan terjawablah angin takdir akan bawa saya ke mana. Masih bertiup di pentas jurutera inikah? Atau akan beralih pentas...dup dap dup dap. Kencang sekali di dalam sana berdegup. Mengalahkan degupan waktu tengok final kedua piala suzuki yang lepas..errr.

Yang kita pinta dari Dia, agar diaturkan semua yang terbaik untuk kita.
Moga aturan Dia yang terbaik untuk kita.
Dapat ke tidak saya tukar.. Dia yang Maha Menentu.
Dia Yang Maha Tahu.

PS: Doakan saya..ya!..

Sekeras Hati Mek Comel...

Sunday, January 09, 2011
Minggu lepas saya ada buat mek comel. Alaa, kuih mek comel tu. (Ke orang Kelantan dan Terengganu je yang panggil kuih ni mek comel eh? err..apa-apa la) Kebetulan waktu ke pasar di precint 8 tu, saya ada ternampak orang jual ubi keledek. Lama tak makan ubi keledek, jadi saya beli. Asalnya saya beli nak buat makan. Tapi bila tengok ada ubi lebih yang tak habis buat makan.. tepung pun ada.. uli uli uli bla bla bla.. masuk kuali. Goreng. Jadi la mek comel.. Masuk mulut. Eh sedappppp lah!!..hehe

Minggu ni, entah kenapa saya tiba-tiba mengidam nak makan mek comel lagi setelah mengambil kira kesedapan mek comel yang saya buat minggu lepas, err..aaa sudah!..hehe. Pagi semalam, sewaktu ke pasar untuk beli barang-barang basah, saya beli lagi ubi keledek. Kali ni bukan niat nak buat makan, tapi nak buat mek comel!!... Mentang-mentang yang minggu lepas punya sedap. (perasan! heh!)..

Lepas asar tadi, ubi keledek yang saya beli pagi semalam saya rebus. Bla bla bla..siap rebus. Sambil layan celoteh Kak Sal yang sedang pulun buat thesis masternya, saya memulakan step buat mek comel saya dengan penuh keyakinan dalam diri bahawa mek comel saya akan jadi sesedap minggu lepas, Bismillahirahmanirrahim...lenyek-lenyek ubi, masuk tepung..uli-uli.. letak gula..goreng....masuk mulut...errrr....

Gulpp... keras!.... fida terlebih tepung nih!!!.. haa, tu la. Yakin sangat mek comel akan jadi sesedap macam minggu lepas yer. Minggu depan sah tak mengidam dah!

Sekian cerita mek comel yang keras hati. Ok bye.

Moral: Yakin tu perlu, cuma Fida... jangan over dan perasan sangat eh!

Lakaran Hidup...

Friday, January 07, 2011
Separuh hati mahu berhenti di sini....
Separuh lagi, mahu cuba sampai mati...
Harus apakah kesudahannya nanti...

PS: Payah juga bila hati sama hati tak sync ni.

Dulu-dulu saya pernah ada kekuatan untuk menegur sahabat-sahabat yang saya sayang. Tak sangka, kekurangan diri dijadikan alasan atas teguran saya itu. Malah saya dinasihat untuk tidak berlagak seperti ibu bapanya, bahkan katanya...ibu bapanya tidak seperti saya, yang suka menegur. Sejak dari tu saya lemah. Lemah untuk berbicara. Lemah untuk menegur. Lemah segala...

"Kalau dulu, ada cerita seorang sahabat Nabi SAW yang sedang membina rumah dan tinggal seketul batu yang terakhir untuk diletakkan, azan berkumandang. Dia tinggalkan batu itu dan pergi ke masjid. Ada orang yang ternampak perlakuan tersebut bertanya kenapa tidak diletakkan saja batu yang penghabisan itu. Dia menjawab, lebih kurang bunyinya, kalau dia letakkan batu itu, maknanya dia lebih membesarkan batu itu daripada Allah".

WaAllahualam..

Saya harap cerita yang saya ciplak di sini, boleh buat kita istiqamah untuk solat di awal waktu. InsyaAllah..

Biru di Pagi Rabu...

Wednesday, January 05, 2011
Ada sahabat jauh tanya kat saya.

"Orang yang takdak rezeki ni, tau dak sapa? Cuba teka..."

Iris...

Monday, January 03, 2011
Cerita ceriti seolah kaku untuk menghiasai kamar tulis ini sejak dua tiga hari ni.
Saya rasa, ini semua Hyun Jun punya pasal...

Marah dia, jangan marah saya;)

errrr..

 

Browse