Jatuh Dari Langit Atau Hati?...

Monday, January 17, 2011
Pengalaman ke Melaka mengajar saya, kalau kita rasakan kita ni susah...percayalah ada orang lagi susah kat atas dunia ni. Kalau kita rasakan kita ni sunyi, sebenarnya masih ada orang lagi sunyi dari kita yang wujud di atas muka bumi ni.

Itu yang saya belajar, dan itu lah sebenarnya cerita yang terhidang di hadapan mata saya sewaktu ke Melaka 2 hari yang lepas.

Dan cerita hari ni pula, errrr..... nampaknya saya tidak jadi berjodoh dengan cikgu. Eh bukan saya tidak jadi kahwin dengan cikgu, hehe, tapi niat saya untuk menjadi cikgu tidak kesampaian. Aaaa, Naim jangan panggil saya Cikgu Afida lagi, kerana hakikatnya saya memang tidak ditakdirkan untuk menjadi seorang cikgu.

Usaha, doa, tawakkal semua dah. Allah jua yang Maha Menentu, Allah Maha Tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. InsyaAllah ketentuan ini saya redha, kerana saya yakin dengan seyakin-yakinnya....pasti...pasti ada yang terbaik dalam setiap apa yang tersurat dan tersirat yang diberikanNya.

14 comments:

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Kalau pergi ke Melakalah, kalau jatuh dari langit maknanya pernah singgah kat Planetarium MITC, kalau jatuh di hati maknanya ada temu janji kat Bandar Hilir. Hai, apalah yg keajaiban yg membuat keputusan drastik? Apa2 pun tentu Afida mempunyai keputusan pilihan sendiri utk masa depan, dan Allah jua yang Maha Menentu, Allah Maha Tahu kerana Dialah yg membolak-balikkan hati manusia. Wallahualam

Afida Anuar said...

Waalaikumusalam wbt...

Tajnur, tajuk dan entry langsung tiada kaitan, sekian terima kasih, hehe... dan saya tak ke MITC. Apatah lagi berjanji temu di Bandar Hilir. Saya ke merlimau kerana menghadiri kenduri sebenarnya...hurmmm itu la..terbolak balik jadinya sekejap. Apa pun, insyaAllah saya redha, dengan apa jua yang Allah kasi ni... Terima kasih tajnur.... terima kasih..

masz14 said...

takpalah fida, ada rezeki tpt lain tu insyaAllah...

MaizaC'Joe said...

InsyaAllah ada rezeki cuma kadang tu tertunda sikit ja hehe.. Maiza doakan akak berjaya dlm apa bidang pun.. ehh.. sekarang ni pun ok apa.. ok sangat tau..

ehemm.. ehemm.. cikgu tu orang mana hehe... Maiza nampak pipi akak merah dan mcm ada ros pink :)

online all articles said...

hello..singgah sini. salam kenal. i follow u.. u follow me back ya.

http://onlineallarticles.blogspot.com/

Naim said...

Ok, itu kira Fida lebih advanced daripada saya kerana dapat ditemuduga.

-------------
saya pun akan terus dengan projek MIGRATION; dan kerana itu, ada kekosongan untuk jawatan DBA (database administrator) - kepakaran dalam MySQL, MsSQL, postgresql dan Oracle. Jika ada kawan-kawan yang sesuai uwar-uwarkanlah.

---------------
Selamat maju jaya.

nurkass said...

don't give up fida. semua yg berlaku pasti hikmahnya dan allah menjanjikan yg terbaik buat hambanya..

diana abdullah said...

xpe fida...coba lagik..chaiyok2 :-)

Bijen M. said...

Allah SWT ada rancangan baaaek punye untuk kita.
Jangan risau.
Saya pun baru apply cikgu MRSM, sambil-sambil tunggu Petronas call.
Btw, vacancy anda tu jawatan apa ye?

nahmy said...

salam. tidakkah perancangan-Nya lah sebaik-sebaik perancangan?

sahromnasrudin said...

assalamualaikum sahabatku..tabahkan hatimu hadapi dugaan ini..insyaAllah akan ada rezeki melimpah ruah di tempat lain..yang penting, kuatkan semangat untuk teruskan kehidupan ini

Shy Syaz said...

chaiyok kak fida!
jgn risau, Allah punye rencana lain utk akak...
:)

shameel Iskandar said...

"kalau kita rasakan kita ni susah...percayalah ada orang lagi susah kat atas dunia ni. Kalau kita rasakan kita ni sunyi, sebenarnya masih ada orang lagi sunyi dari kita yang wujud di atas muka bumi ini"

jadi jangalah mengeluh kerana ketiadaan sepatu sebelum melihat mereka yg tidak mempunyai kaki...

Tentang KPLI, mmg byk bergantung kpd nasib( disamping pengunaan kabel sebesar-besarnya). ada org sekali aply trus dapat. ada org, aply sejak 2003 tapi sampai skrg tak dapat2.

Afida Anuar said...

@masz-->Rezeki aku masih di sini mas.. nampaknya.... apapun alhamdulillah.... semua yang Dia kasi, semua yang baik...

@Maiza-->ahaaa, cikgu tu orang...errr... eh mana ada mai..haha.. itu la mai, akak dah tarik balik resign akak..jadi maknanya, akak masih lagi akan meneruskan kehidupan di sini...masih lagi menghadap benda yang sama hari2..hehe

@online-->thanks ya...i'll ..soon.

@naim-->kita tetap sama naim, tiada yang advance pun,ohh btw saya dah tarik balik surat perletakan jawatan..rezeki saya masih di sini..

@kass-->Itu la kass, walaupun rasa rawan, tapi hidup tetap menawan..chewah..thanks kass..

@diana-->thanks diey..insyaAllah ada lagi sok2 bila, aku cuba lagi.

@bijen-->Berminat ka? Software Test Engineer.... nnti saya kasi email, bole la forward resume...oooh, btw,saya dah tarik balik surat resign...tapi takpe, kekosongan masih ada...cuba apply kalau berminat;)

@nahmy-->Salam nahmy.. itu la. Kita cuma merancang, dan sebaik2 perancang hanya lah Allah..

@Sahrom-->Waalaikumusalam sahrom.. thanks... yeap, nampaknya saya masih di sini. Masih bergelumang dengan dunia IT lagi..;)

@shy-->Shy...akak duk cni lagi. Terima offer suh tarik balik surat resign...errr.. tu la, nampaknya rezeki akak masih di sini..

@Shameel-->saya takde kabel besar nak diguna shameel...huhu. Takpe2, ada la tu.hikmahnya
a'aa...kita cuma takde kasut, ada orang kaki pun takde//

 

Browse