Tidaklah Allah jadikan sesuatu dengan sia-sia. Tengok sebaliknya, cari hikmahnya.
InsyaAllah sekejap lagi Incik Hitam dan tuannya akan bertolak ke Melaka. Yang menjadi masalahnya, Incik Hitam dan tuannya belum pernah sampai lagi ke negeri yang tiada raja itu sepanjang mereka hidup di atas bumi Tuhan ni. Jadi selok belok jalan di sana langsung tiada dalam pengetahuan tuan Incik Hitam.
Tapi takpe, peta ada. Semalam pun, tuan Incik Hitam dah kaji map secara terperinci pakai 'google earth'. InsyaAllah, moga Incik Hitam dan tuannya akan jumpa rumah yang nak pergi tu.
Aaa, apa pun, saya berharap tuan Incik Hitam tidak memecut Incik Hitam seperti waktu ke Perak haritu. Kalau dak, tak pasai-pasai kena saman!
Saya doakan Incik Hitam dan tuannya tidak sesat, selamat pergi dan pulang, insyaAllah panjang umur kita jumpa lagi.
Assalamualaikum...
20 comments:
Salam Fida..semoga selamat dalam perjalanan.. Bila nak mai jumpa kak tirana kat serdang ni?
Salam kak tirana..
InsyaAllah..moga2. Itu la, tiap2 minggu asyik ada acara sahaja, husband akak masih di hospital?hurmmm....nnti fida bagitau akak eh...
mula2 ingat incik Hitam tu orang..haha
raja takda, hang tuah ada di sana
hehe....Shah, Incik Hitam tu, cinta pandang pertama saya...hensem tau!..haha
aaa, saya perempuan, kena la panggil dia Incik Hitam. Tambah2 dia hitam...hahaha
PS: kalau tak silap, incik Hitam ni spesis Cik Kuning Shah yang jatuh gaung haritu...Rasanya la, cuma Incik Hitam mesti lah lagi menawan.eceh..
salam fida,
hv a safe journey ;)
Salam afida.
Moga dirahmati Allah sepanjang perjalanan pergi dan balik.
huhuhuhu..sampai ati tak ajak..kata nak gi sama kan..kan..huhuhu..melepas nak rasa asam pedas melaka..:(
pandai plak encik hitam tengok map ye ish ish ishhh...
buat apa melaka fida?
Assalamualaikum saudari afida..:)
Moga saudari sihat hendaknya serta sentiasa dalam perlindungan~Nya..
Baik-baik driving tu, moga selamat pergi dan kembali...amin
Assalamualaikum wbt
Buat masa ni, eloklah berdikari dgn bantuan Incik Itam sementara Incik siDia datang sebagai pengganti kelak. Kalau nak minta tolong pun, mungkin SiDia nun jauh diutara kot! Kut kut sajalah. Suasana di Melaka tidaklah sesukar mana, krn saya baru je bertukar tugas ke Melaka sejak 03/01/11 dgn suasana baru dan segala2nya baru bagi saya. Namun semuanya dpt diatasi, ada yg seronok dan ada yg tidak tetapi dimana2 pun suasana lebih kurang serupa je! Yg ptg terimalah hakikat yg kita bersedia menghadapi perubahan yg baru...
Salam my dear dik fida:)
Agaknya fida mesti dah selamat sampai ke destinasi dengan mudah tanpa tersesat jalannya..:):)Tahniahhh!!
bersemangat waja gituu...;)
@Azrin-->Salam azrin..thanks dear
@Shameel-->Salam shameel, alhamdulillah..selamat pergi dan pulang.. thanks for the dua..
@Kass-->aaaa, kass, kenapa tak mai habaq awai2..hehe
@Khairi-->Eh Incik Hitam saya pandai serba serbi tau..eceh..kononnya la.. pi makan nasi, ayam kepsi..err..apa lagi eh..
@Abdul Razak-->Salam saudara abdul razak. Moga saudara jua pun begitu. Alhamdulillah sudah selamat pergi dan pulang. cuma kesesatan sedikit tadi. silap baca peta..hehe
@Tajnur-->Waalaikumusalam wbt.. Tajnur!..hawat tak habaq dah pindah melaka la ni.. kalau tak leh cheq pi singgah, lawat... Melaka pun rasanya pi mai pi mai dekat2 situ jugak.. ye la..mana la tau boleh kenal dengan keluarga,isteri dan anak-anak Tajnur... Melaka area mana ya?
Mana la saya ada Incik si Dia lagi..aduhaiii..saje la tuh nak pasang perangkap. Ok dah dah..sesat sikit tadi, termasuk bandar melaka, lalu depan bangunan merah tu semua. Jonker Walk.. ahh meriah jugak rupanya melaka ni, lepas tersesat sekejap di dalam bandar Melaka, alhamdulillah Allah luruskan jalan, sampai ke tempat yang dituju..
@kak Tinie-->Salam my dear kak tinie... hehe, malunya nak habaq kat akak, sesat jugak la akak, tapi sikit jah... at least dengan sesat tu, dapat round2 bandar melaka..cantik melaka ni..
Hati-hati banyak zikrkan Ya Hadi, nama Allah yang Maha memberi petunjuk, insya-Allah tak sesat dalam perjalanan :-)
salam kenal...
berhati-hati cik itam ye...melaka sungguh pun kecil tapi jalan semua sehala...silap masuk simpang kena pusing 1 bandar...pesan kat tuan bawa incik itam elok2...
folow tuan incik itam ni...
@Rol-->thanks ROL, sesat sikit. Alhamdulillah lepas tu Allah temukan tempat tu. Pening2 juga jalan kat melaka ni..
Sham-->Salam kenal sham..haaaa, itu la. Silap masuk satu lorong tu je, terus incik hitam bawak round2 bandar melaka.hehehe
assalamualaikum..jgn risau..jalan melaka tak susah..awak takkan sesat punya..kalau sesat, cari balai polis tau :-)
agaknya sekarang masih kat melaka ya.. hehe.. kalau tak sesat mana nak teror jalan melaka.. pasni mesti no hal kan hehe..
Semoga cik itam dan pemandunya selamat dan segala urusan dipermudahkan. Biasanya sesat sekali aje, lepas tu dah biasa.
Afida,
Selamat pergi dan pulang ya.
@Sahrom-->Waalaikumusalam sahrom..aaa, sesat..eh balai polis pun tak jumpa..hehe
@Maiza--->eh semalam je yang akak pegi mai. Balik terus... hehe... sesat jugak la sket..errr..
@Dr Sam-->dr sam..aha, sesat sekali..alhamdulillah dah selamat sampai dah
@Alip-->alhamdulillah..selamat alip..
Post a Comment