Akhir bulan November yang lepas, saya telah menghantar surat perletakan jawatan saya dengan notis dua bulan. Bermakna bulan January ni merupakan bulan terakhir saya bekerja di sini. Gara-gara KPLI, saya nekad menghantar surat perletakan jawatan. Polisi company tempat saya bekerja ni, kalau nak berhenti, kami kena kasi surat perletakan jawatan dengan 2 bulan notis, kalau nak berhenti la la jugak, pandai-pandai la kasi gaji 2 bulan dekat company ni, tapi saya tak mampu nak berbuat begitu. Saya hanya mampu kasi notis 2 bulan je.
Jadi dengan mengambil kira kebarangkalian yang saya akan berjaya menempatkan diri sebagai salah seorang calon cikgu, (InsyaAllah jika diizinkanNya) maka saya pun dengan hati yang agak terbuka telah membuat keputusan untuk meletakkan jawatan saya.
Saya sendiri agak terkejut dengan keputusan yang saya buat sebenarnya. Entah apa yang menghasut saya sewaktu saya menghantar surat tu. Apa pun, Alhamdulillah dengan sedikit istikharah, gerak hati di samping sokongan penuh kedua orang tua dan kawan rapat....i did!
Pada mulanya, ketua-ketua saya agak terkejut dengan tindakan saya. Malah saya dikehendaki menghadiri sesi face-to-face dengan ketua besar beberapa hari selepas saya menghantar surat tu. Bagitau sebab musabab mahu berhenti. Bukanlah face-to-face formal pun, cuma ketua besar saya nak tahu kenapa saya mahu berhenti. Ada personal problem ke? atau masalah dengan project, atau apa saja yang seumpamanya. Kalau ada yang dia boleh tolong, dia akan cuba selesaikan, asalkan saya tak berhenti. Kira macam sesi pujuk-memujuk supaya saya berubah fikiran dan tak berhenti. Sayang juga dia kat saya eh! errr
Bila saya bagitau saya ada apply tuk jadi cikgu bla bla bla, tarikh enrolment akhir bulan January, bla bla bla...so by hook by crook, saya kena hantar resignation letter at the end of November bla bla bla, barulah dia mengerti. Kagum sekejap ketua besar kat saya pasai saya sanggup mengambil risiko berhenti padahal result KPLI belum lagi diketahui. Bla bla bla time sembang-sembang tu, boleh pulak dia offer saya, kalau application saya tuk jadi cikgu tak berjaya, dia suruh saya tarik balik surat perletakan jawatan saya....
hurmmmmmmmmmmmmmmmmmmm....
Bukannya saya tak suka bekerja di sini, saya suka. Sungguh! Dengan kawan-kawan yang dah kamching macam air terjun Kamching, bos pun dah sayang saya, errr, tapi.....nun jauh kat dalam hati sana, ada satu rasa nak berubah. Rasa nak hirup 'udara' baru. Rasa nak jumpa orang baru. Rasa nak berada di tempat baru. Rasa tu....Ye la, mana la tau.......
In case saya tak berjaya menjadi salah seorang calon cikgu nanti, saya redha. Tapi boleh je kan saya meneruskan niat saya tuk berubah tu? Berubah angin orang kata. Berubah tempat. Berubah segala. Rezeki...insyaAllah boleh dicari, asalkan kita berusaha.
PS: Saya bukannya nak cari penyakit, tapi…. mungkin saya ni keras hati, degil dan lebih banyak dengar suara hati ni kut. Dalam sana, tertanya juga, apakah tepian itu ada untuk saya? Tapi tidak salah saya cuba...kan? Selebihnya saya berdoa dan bertawakkal...Dengan DIA...
21 comments:
Salam afida.
berani betul Afida mempertaruhkan kerjaya sebab keputusan KPLI belum tahu lagi. Apapun tahniah sebab semnagat keguruan afida sangat saya kagumi.
Semoga keputusan anda tepat dan akan meberikan impak baru dalam hidup..InsyaALlah banyak doa, moga berjaya
Assalamualaikum wbt
Wah! begitu nekad sekali membuat keputusan meletakkan jawatan. Tetapi, benar juga kata bos Afida, apa2 pun biarlah keluar keputusan KPLI itu nanti krn kerja masakini mmg sukar dicari. Wang boleh dicariganti, kalau setakat 2 bulan sbg gantian meletakkan jawatan, w/pun kita ni bukanlah org senang! InsyaAllah, Saya terlalu yakin bahawa masa depan Afida lebih terserlah dr segi ketenangan hidup, berinteraksi dgn ramai kaum pendidik, berpeluang melanjutkan pelajaran, menghadapi pelbagai kerenah manusia (ibubapa, guru dan anak2 murid) dan ye mungkin jodoh ....
Assalamualaikum kitak..:)
Moga saudari sihat hendaknya serta sentiasa dalam rahmat kasihan belas~Nya..
Usah risau, rezeki semuanya dari Allah Taala. Apa yang saudari buat tu petunjuk yang baik dari~Nya..
Assalamualaikum
moga akak sihat ya.. InsyaAllah rezeki itu ada.. cuma lambat atau cepat ja.. Maiza doakan akak dapat Amen.. Maiza faham krj di bidang IT.. bidang kritikal huhu... Maiza pun pernah background IT sesekali nak hirup kesegaran kan...
@Shameel--> Salam Shameel..Itu la, saya pun tak sangka saya sebegitu, apa pun itu yang perlu saya buat. Kalau tak...takut melepas nanti.
@Shah-->Thanx Shah. kata2 semangat yang mantap. InsyaAllah...doa tawakkal. Moga ada yang terbaik..
@Tajnur-->Waalaikumusalam wbt..Tajnur, kalau tak disebabkan polisi tu, rasanya pasti saya letak jawatan once dah tahu result. Tapi kalau saya tak letak jawatan akhir bulan 11 tu... nnti kalau ada rezeki dapat KPLI, kan dah rugi. So terpksa ambil sedikit risiko kat situ. Takpe la, itu pun alhamdulillah, Allah dah permudahkan jalan KPLI saya sampai ke tahap ni, asalnya saya tak yakin pun lulus exam tu...Ahaa, sebegitu yakin Tajnur dengan saya...Allahu'alam..harap2nya keputusan saya ni menjurus ke arah yang lebih baik, tuk dunia akhirat, kalau diuji tu biasa la, rahmat Allah buat hamba..jodoh.. Aminn...moga2;)
@Abdul Razak-->Waalaikumusalam saudara abdul razak... Alhamdulillah saya di sini sihat2...moga saudara di sana pun begitu jua.. Pasal rezeki, semua tu insyaAllah saya tak risau, ada rezeki jadi cikgu, alhamdulillah. Kalau takde, saya redha. Moga2 begitulah saudara..
@Maiza-->Waalaikumusalam mai..
Alhamdulillah akak sihat. Moga mai pun begitu. InsyaAllah Mai.. eh kerja akak tak sekritikal tu lagi rasanya...ada masa lagi nak berblogging ni. Tak pernah tidur kat opis lagi..dan enjoy dengan kerja... Sbenarnya sayang juga nak tinggalkan bidang IT ni,tengok la mai mcm mana. Akak masih di sini ke, atau ke sana...Allahu'alam..doakan ye mai..
fida, air terjun Kamching tu mmg wujud ke nama samaran semata?
err~
let's have faith ^_^
nisah..hehe.. salah eja, i tot it was kamching, rupanya Kanching...lalalala. Tak nak betulkan la..saya nak biar je..errr
yeap...let's have faith...^_^..thanks cikgu
Salam Afida,
Tahniah Afida kerana membuat keputusan berani dan ingin berhijrah ke persekitaran dan suasana baru. Saya doakan agar pengorbanan ini mendapat restu dan keredhaanNya serta dipermudahkan segala urusan. Semuanya pun sebenarnya sudah didalam perancangan DIA.
p/s: boleh pakai modus operandi ni untuk minta naik gaji :)
haha...itu yg cik nisa tuh nampak..air terjun plak yg dikisahnya..:-P
btw,cik fida, gud luck!
assalamualaikum my frenz..
rindunyer..lama tak sembang..hehe..
oo..dah hantar surat ye..insyaAllah ada tempat fida tu nanti..kass pun nak beralih angin tapi bila fikir nak tempuh intvw tu berdebar2..takotttt..adehh..konfiden tak cukup kuat gamaknyer..haihhh..
hurmm, pada pendapat aku.. pertaruhan ko letak surat resign ni dah kurang risikonye memandangkan boss ko skrg dh bg offer kalo xpat KPLI bole masok kompeni tu balik.
pastu, kalo dah gerak hati kuat pasal result KPLI tu insyaAllah, Malaysia akan beruntung dapat cikgu yang baik macam Cikgu Afida :)
berusaha!!!
assalamaualaikum sahabatku..walau risiko yang awak ambil itu cukup tinggi, saya pasti ada cahaya di balik kegelapan itu..awak pasti berjaya..yang penting, yakin akan Allah SWT
Wahh!
Ada job vacancy-lah kiranya.
Pass sini.
Ha ha ha.
@Dr Sam-->Salam Dr..hehe..bukan niat saya nak mintak naik gaji pun, eh kalau dapat cikgu, gaji banyak turun..whuaaaa.. ..eh tak kisah je tu semua, cuma, in case tak dapat KPLI ni, mungkin modus operandi mntak gaji naik boleh digunapakai...heh!..
@Diana-->hehe..thanks d. Nisah tak sabar nk pi air terjun kanching tu kut..lalalala
@Kass-->Waalaikumusalam kass..hehe,tak plan pun sebenarnya kass semua ni, orang kata datang tiba2. Selama ni ada opening KPLI pun buat derk je...tp mai yang ni...entah napa terus pi daftar, exam..bla 2...huhu.Alhamdulillah..
@Edot-->Mmg bos aku offer camtu edot, tapi bole dak aku tolak offer bos aku tu pasai...err... so dapat ke tak KPLI, memang aku akan join alumni xxx nnti..hehe.. aaa edot, ko buat aku terharu, aku anggap tu sebagai doa. Thanks edot.. cikgu afida..hehe,sedap jugak panggilan tu..heh!
@Sahrom-->Waalaikumusalam sahrom..insyaAllah sahrom, mudah-mudahan begitu lah.thanks..
@Bijen-->ada ada..nah amik:P...pas la resume, nnti terai forward kat HR;)
xpe kak...
kadang2 mmg ssh nk wat perubahan sbb dh lama sgt kat zon selesa...
tapi insyaAllah, pasti ade better future utk akak di luar sana..
chaiyok!
(doakan sy juge!)
Salam my dear ..:)
Tahniah..atas keyakinan diri..dan nekad keputusannya..:)
MOga menjanjikan kebahagian dan keberkatanNya jua...Amin:):)
sgt berani tapi dgn keberanian la kita slalu berubah kan..good luck 2u..
Shy-->InsyaAllah shy, akak doakan yang terbaik tuk shy..itu la, nak kata selesa pun berada di zon ni boleh jugak, sayang nak tinggal, semua ada..tp itu la, life goes on...hehe
Kak Tinie-->salam my dear kak tinie.. Ameeen, insyaAllah..doa2kan eh kak..
Zoey zau yah-->takde la berani mana pun, but i've got to do this..chewah..thanks dear..
ASSALAMUALAIKUM fIDA
subhanallah,walhamdu lillah
ciri-ciri calon pendidik yang cemerlang.Berani mengambil risiko.
semoga suatu msa nanti kita bertemu jua dalaam arena pendidikan ini.amin.
p/s; kak ummu datang dari educational blog akak.tengah update educational blog terus terjah ke sini.
Waalaikumusalam cikgu ma/akak..
Allah...susah jugak fida nak buat keputusan ni akak, tu pun fida pernah ada sejarah dioffer tuk buat pendidikan suatu masa dahulu, tapi fida tolak pasai nak kejar kerjaya dalam bidang IT ni...
Apa pun alhamdulillah, Allah bagi lagi peluang kat fida tuk mencuba berubah angin, berubah kerjaya, pohon akak doa, kiranya ini yang terbaik buat fida dunia akhirat, mohon dimudahkan...
InsyaAllah..moga2 Allah pertemukan kita di bidang pendidikan..Aminn...
Post a Comment