"Takut tsunami, tapi solatnya tak!!"... status anak sepupu saya semalam di twitter. Tak tahu lah saya dia perli sapa.
Tsunami lagi. Tsunami di Jepun, alert tsunami... mana-mana orang cakap bab Tsunami, tak terkecuali hati pun di landa tsunami, oo eh?
Dulu, waktu Tsunami melanda Acheh. Saya boleh katakan ia agak bagi kesan dekat segelintir umat manusia yang berada di sekeliling saya. Salah seorangnya kawan saya, alhamdulillah lepas kejadian tsunami di Acheh, beliau istiqamah mengenakan tudung. Allahualam la niat beliau sebab takutkan Tsunami atau takutkan azab Allah, pada waktu tu... tapi syukur sangat-sangat beliau bertudung. Harap beliau dah betulkan niat bertudung sebab Allah, bukan sebab tsunami.
Tsunami yang melanda Jepun semalam, Allahualam.... Saya tak nampak lagi kesannya, sama ada kat diri saya sendiri atau pun sahabat-sahabat sekeliling, errr. Maksud saya kesan yang boleh nampak terus depan mata. Cuma semalam, Mardhiah.... dia tiba-tiba dilanda takut tidur sorang-sorang gamaknya, senyap-senyap dia bawa masuk tilam dia ke bilik saya.
"Nak tumpang tidur boleh? Takut..", Mardhiah.
"Takut tsunami?", sindir saya.
Mardhiah sengih:D
15 comments:
emmm.
tsunami dlm hati???..
ada org yg cari nahas tu...lariiiiii
manjenye mekdi.. eh silap.. mardhiah...
:)
tsunami yang menggentarkan perasaan...huhu..
dah amik kad ek?
Assalamualaikum wbt
Apabila setiap detik kita bernafas, bermakna Allah SWT memberi kita peluang supaya mempersiapkan diri sebelum datangnya ketentuan `Hari Allah` dimana Allah SWT menunjukkan kuasaNya kepada kita. Surah Ibrahim:5 وَلَقَدۡ أَرۡسَلۡنَا مُوسَىٰ بِـَٔايَـٰتِنَآ أَنۡ أَخۡرِجۡ قَوۡمَكَ مِنَ ٱلظُّلُمَـٰتِ إِلَى ٱلنُّورِ وَذَڪِّرۡهُم بِأَيَّٮٰمِ ٱللَّهِۚ Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan Nabi Musa (pada masa yang lalu) dengan membawa mukjizat-mukjizat Kami sambil Kami berfirman: Hendaklah engkau mengeluarkan kaummu dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman dan ingatkanlah mereka dengan Hari-hari Allah.
Ada ketika kuasaNya yg datang dgn tiba2 tanpa kita sedari dan kita tidak boleh pertikaikan tempoh wkt tersebut utk kita mengulangi mana2 kesalahan yg kita sudah lakukan. Surah AlAn`aam:44فَلَمَّا نَسُواْ مَا ذُڪِّرُواْ بِهِۦ فَتَحۡنَا عَلَيۡهِمۡ أَبۡوَٲبَ ڪُلِّ شَىۡءٍ حَتَّىٰٓ إِذَا فَرِحُواْ بِمَآ أُوتُوٓاْ أَخَذۡنَـٰهُم بَغۡتَةً۬ فَإِذَا هُم مُّبۡلِسُونَ Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan).
Saya bukanlah nak mengajar tetapi nak mengingati bahawa selama ini kita terdedah kpd keruntuhan akidah semenjak jatuhnya Daulah Uthmaniyah dlm erti kata kalau tidak kembali kpd AlQuran dan Sunnah, maka tidak nampak bhwa tersangat jauhlah kita dari pengajaran Allah SWT. Wallahuala
Assalamualaikum. Blog yang indah dan comel. Tahniah. InsyaaAllah ingin melawat lagi.
Assalam...
Kita seswai dlm ketakutan dan terus takutkan azab Allah swt, Dia tempat kita mohon perlindungan dan keampunan.
Kass-->eh kass, kenapa larii pulak? kass nak pi mana tuh? heh
Masz-->mardhiah mmg mcm tu mas, kalau dia rasa takut sket, nnti nampak la tilam dia muncul dalam bilik aku ..kekeekek
Intan Maisarah: ;)
Adinda Amy-->Ohh belum lagi...errr
Tajnur-->Waalaikumusalam wbt. Tajnur...iyer Tajnur, sungguh-sungguh saya sokong, memang kalau kita tengok sekarang ni, keruntuhan akidah ummat manusia sangat meruncing...dari segi percakapannya, perbuatannya.Memang serious kena kembali kepada Al-Quran dan Sunnah. Allahualam...
Aishah-->Waalaikumusalam...Allah, malu saya dipuji begitu. Blog picisan je ni Aishah. Apa pun terima kasih sudi singgah...really appreciate it..
Mamawana-->Salam mamawana.. InsyaAllah moga2 ada yang ambil iktibar atas segala bencana yang telah berlaku.
Assalamualaikum n Alhamdulillah your friend dah pakai tudung.
sengih juga
:)
betapa kekadang tsunami boleh sebabkan tilam diusung!
Dulu Tsunami
Mencetus gerun di hati
Kini juga Tsunami
Apakah masih ada lagi
kegerunan itu..
Terkdg manusia mudahnya lupa
dek hanyut kelalaian &
kenikmatan duniaWI...:(
mohon sentiasa pelindungan dariNya...
Fusion Tea-->Waalaikumusalam.. ya..alhamdulillah. Syukur sangat2..dan beliau istiqamah sampai la skrg..
Sesumpah-->^-^..sengih kat mardhiah..
Nahmy-->hehe...nahmy nahmy..kan dah tersengih dah saya baca komen ni..
Kak Tinie-->mohon Allah pelihara kita semua dari bala di dunia dan akhirat..Amin. Apa pun yang berlaku, pasti....pasti ada hikmahnya kak..
Bumi ini sudah tua. Bencana berlaku tak kira masa dan tempat. Masya-Allah. Kita risau kebejatan akidah & akhlak di luar sana. Kita risau amalan dibawa. Doakan.
Damai Suria->itu la..risau, bergoncangnya bumi mampukah menggoncangkan hati kita utk takut dan menyembah Allah dengan sebenar2 sembah? Allahualam..
Post a Comment