Macho...

Tuesday, March 22, 2011
Pagi tadi, bila saya dapat berita ketua besar kat Singapore on leave sepanjang minggu ni, dada semacam lapang, tiba-tiba rasa ada mentari memancar 'shing shing' kat belakang sambil burung-burung berkicauan merdu. Kelopak-kelopak mawar pulak jatuh bertaburan di sekeliling saya seolah-olah jatuhnya kelopak-kelopak kebahagiaan. Ah bahagianya hidupppp!.. he he..

Tapi, kebahagiaan tu bukannya bermaksud saya malas buat kerja atau kerja saya tak jalan sebab bos takde. Dateline nak setelkan semua 40 'resolved defects' hujung minggu ni tetap saya utamakan. Nanti dia masuk office minggu hadapan, saya nak jawab apa? he he. Cuma saya rasa bahagia tu ada bila dia tiada. Eh dia ok. Sangat-sangat ok. Dia tak buli saya pun. Dia bos besar yang memahami. Cuma saya rasa ada rasa tu..... rasa bila dia tiada. he he.

Sejak saya handle testing team ni sorang-sorang, alhamdulillah..kerja makin mudah. Takde lagi dah daily meeting nak kena attend. Takde dah waktu senggang nak tunggu team member siap kerja dulu ke baru kita boleh continue kerja kita. Takde dah nak kena report kat lead ke bla bla bla. Meeting pun terus dengan bos besar kat Singapore thru office communicator je. Takde perantara, takde orang lain nak kena kasi arahan ke apa. Pendek kata semua kerja Allah mudahkan. Alhamdulillah..

Saya ingatkan haru juga bila handle team sorang-sorang ni. Rupanya tak. Ye la, bila sorang-sorang ni maknanya kita la bos, kita la kuli. So kita boleh plan apa saja yang kita nak buat ikut kehendak kita. Kerja pun, ikut suka kita nak buat yang mana dulu. Kasi je plan kita kat bos. Bos approved! ..ok done! Macho kan? he he :)

Tiba-tiba, saya rasa macam nak update resume saya sekarang! Nak letak kat working experience tu.... 'Test Lead'. Tak nak letak dah 'Team Member'... heh!

Alaa, kat dalam ni boleh la saya berlagak nak tulis test lead bagai. Tapi sampai masa kena offer, saya geleng kepala jugak! Air mata mengalir jugak. Macam hari tu.... kan Intan? he he..

Tahun lepas, bos kecik pernah tanya saya, "How do you see yourself in next 5 years?". Ada ke saya jawab... "Maybe full time housewife.. jika Allah izinkan..".

Terkejut dia. Ye la, mungkin dia ingat saya nak cakap jadi bos ke. Berangan nak ganti tempat dia ke. Tapi saya cakap nak jadi housewife je. Takde wawasan dalam industri IT budak ni. Belasah dia la nak fikir macam tu pun.

Ah perempuan..mana sesuai nak lead-lead orang ni...dok macho..yer dop?

23 comments:

senyumSOYA said...

huhuhu...full time housewife pun kerjaya gak....hihihi

Didi Kartika Osman said...

Hehehe Fida. aku paham maksud ko. a fulltime housewife with own-satisfying-working-experience.
ngeee...

IMANSHAH said...

hurm jom nak jadi housewife i ke?? wahaha

nahmy said...

hok aloh, dok di rhumah pon kiro lead jugok tu, lead anok-anok...beri support kat husbandg (english + ganu) pastu insyaAllah masuk syurga. isn't that the ultimate mission?

surirumah zaman lo ni bukan cam dulu. lo ni macam2 benda di boleh buat dirumah sambil jaga anak. professional housewife le katakan..

AL-BIMA SAKTI said...

apa salahnya jawab macam tu..! mungkin itu seikhlas hati, dok gitu weh..?

MaizaC'Joe said...

Maiza krj sorng gak.. penat pastu tambah tension manusia lg.. tu yg kuar mcm2 kt blog. big boss maiza tak kaki buli tp kadang terbuli.. dia suka push.. adeh.. pastu kita tensin ter push org plak.. abeh pakat tension krj tetap krj.. best apa akak jwb gtue.. 5tahun lg.. erm.. housewife best kan? tiru akak hehe

Afida Anuar said...

SenyumSoya-->Tu la kan? ingat full time housewife ni goyang kaki ke..eceh..

Dd-->Dd, takde la satisfying mana working experience aku. Kalau ko duk kat dalam kasut aku, ko tau la betapa hampehnya working experience aku..err.

ImanShah-->errrr...u ajak2 ayam ni:P, ai tau..ai tau.. he he

Nahmy-->sampai macam tu sekali eja husband...nak jugak tambah G tu. betui gak noo, lead kat anak-anak.. ya Allah permudahkan lah ya Allah...

Al-Bima-->hehe..gitu la napok gayanya..;)

Maiza-->Maiza, dulu kitaorang 5 orang test team. Tapi projek dah ramp down. So nak kecikkan team. Tinggal lah fida sorang2. Tu berangan je dulu Mai. Tapi niat kat hati macam tu la. 5 tahun lagi allahuaalam la macam mana. Entah-entah dah takde..

nur aisya humaira said...

bagusnye akak..:)

nurkass said...

ha tu dia..
iman dah offer tu fida..apalagi..hehe..cayalah..

kass faham perasaan tu fida..sbb i pun dapat rasa..walaupun bos kita baik hati tapi kalau dia cuti ada satu perasaan lain..lapangggggggg..haha

sahromnasrudin said...

assalamualaiku. sahabat...

sy pernah buat kjer sesorang..
dari taip surat sehinggalah menghantar surat itu kepada sipenerimanya..

kerana kebetulan hari tersebut, semua orang tercuti dan termc huhuhhuhuhuh

Unknown said...

dulu aku pnah jawab, "a mother with 2 kids" hahaha. gila tak jawab tu masa interview sah tak dpt keja tu.

tp mmg tupun yang aku nak. aku rase ramai je pompuan nak cam tu.

lagipun tak ramai suka boss pompuan. boss pompuan kan emo?

Abd Razak said...

Sahabat..السلم عليكم ورحمة الله

Moga sahabat sihat hendaknya di sana..

Bila berhasrat untuk jadi full time housewife, langkah untuk menjadi sebaik-baik 'masturah' sudah bermula. Teruskan usaha! Itulah kurniaan sebaik-baiknya...

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Wah! Tabik spring saya dgn ketegasan dan pendirian yang teguh. Sememangnya itu yang kita mahukan, tidak mudah gentar menghadapi cabaran hidup dan layak sekali diberi pencalonan gelaran `robithatulqulub` (QS 18:14) selain dari gelaran `masturah` just lately. Anyway, when i read that you could`nt resist your tears, i can admit that it`s human nature. Women are not so strong as they are! Dok gitu!

Afida Anuar said...

Aisya-->Aisya..tak bagus pun..sungguh!!..

Kass-->offer2 ayam je tu kass;)

haaa,rasa mcm tu kan? wlupun bos fida jauh di singapore nun, tak nampak pun sebenarnya...dia mai opis pun tak nampak fida kat sini, tp entah nape bila tau dia cuti panjang...rasa tu;)

Sahrom-->Waalaikumusalam sahabat...aaa, tu satu hari je.. ok lagi la. saya ni mungkin sampai ke bulan 6..huhuhu. Tabahlah fida..

Edot-->Rata2 mmber2 aku semua nak jadi housewife edot;)... haaa, tu la...x-ketua aku pompuan..ada jugak la rasa tu..

Abdul Razak-->Waalaikumusalam wbt.. sahabat..Moga sahabat pun sihat juga di sana..insyaAllah.. sedang berusaha. Doakan saya istiqamah dan kuat, bukan saya pandai ckp je kat sini tp tak buat..

Tajnur-->Waalaikumusalam wbt! Allah..Tajnur, tak layak lagi rasanya saya nak dapat gelaran tu semua. Saya ni perempuan kurang segala. Manakan layak nak dapat gelaran bagai..oh..btw, walaupun kami serba kurang, tapi kami kuat. Kami tak lemah. Air mata tu tanda kami kuat!..hehe. ada ke mcm tu fida? err layan je la:D

Azian Elias said...

Full time housewife.. Akak rasa sure u tak leh.. Sal apa. Bila u keje, duit masuk tiap bulan. Bila full time, kena tunggu duit hubby. Unless u dah buat perjanjian mmg dia ada bayar income u monthly..hee..Esp kalau laki kaya.. I loikee...

Afida Anuar said...

InsyaAllah boleh kak.... kalau lelaki tak kaya pun..insyaAllah boleh;)

SaH@bAt said...

Selemah-lemah perempuan/wanita pun masih diibaratkan sbg tulang rusuk. Kuat tu sebenarnya. Ikut kata seorang pakar motivasi, lelaki ni diibaratkan sbg jantung. Sbb tulah, sebenarnya perempuan/wanita pelindung lelaki bukan sebaliknya. Seorang isteri telah membantu suami menyempurnakan separuh daripada agamanya. Hebat tu. Cuma jgn sampai lupa diri. Rasa bertambah macho tak? Keayuan pun mesti control. Hehe. :)

alin said...

hihihi..housewife pn ok pe.. ;p

Pn Kartini said...

Assalamualaikum my dear..:):)
ermm...confident jekk menjawab tuu..cam nekad jek!tapi bila difikir2..macho pe jadi housewife sepenuh masa...kan..;)

Adinda Amy Sensei said...

hai kak afida....apa khabar??

Afida Anuar said...

Sahabat-->saya rasa kan, sahabat boleh tergolong dalam golongan Tajnur, misteri...tapi berisi. Maksud saya komen yang diberi 'berisi'.... haaa? first time ni saya dengar perempuan pelindung lelaki. Bukan ke lelaki yang sepatutnya melindungi perempuan? oooooo... pasai tu..hebat2.. macho2.. he he

Rossa alina-->bukan ok apa...sangat2 ok!

Kak Tinie-->Waalaikumusalam my dear kak tinie, takde la nekad kak, insyaAllah kalau diizinkan Allah.. sangat2 macho!

Amy-->hai dik amy, alhamdulillah akak sihat2 jah..adik amy?

SaH@bAt said...

Mmg pada mulanya rasa pelik. Kita dah biasa dgn perkara biasa. Jadi, kdg2 kita rasa pelik sbb ini perkara luar biasa. Entry 'Macho' ni pun mmg luar biasa. Jarang sekali kita dgr statement mcm disebut dlm entry tu kan?
Soalannya: "How do you see yourself in next 5 years?".
Jawabnya: "Maybe full time housewife.. jika Allah izinkan..".
Siapa sangka begitu jawabnya kan?

Sebenarnya, bila difikir2, dinilai semula, direnung bintang-bintang di waktu malam yang kelam. Mengelamun sekejap masa hujan yang suram...(hehe.mcm biasa baca je kan ayat tu).. kerana perlindungan dari perempuanlah walaupun nampak kecil, sebenarnya menguatkan/megukuhkan lagi perlindungan lelaki terhadap perempuan. Tulang rusuk yg utuh lagi kukuh, walaupun kelihatan keras dari luar tp hakikatnya mudah rapuh, adalah satu sumber kekuatan juga pada jantung untuk terus berdenyut. Bila jantung semakin sihat, berdenyut dgn baik, maka, semakin kukuhlah juga tulang rusuk. Bygkan jika tulang rusuk telah patah,rosak,rapuh. Apakah jantung itu masih mampu kekal berdenyut seperti biasa? Sbb tu, pusing sana pusing sini, kedua2nya saling melengkapi antara satu sama lain. Bukan jadi makin pening kan?

p/s: Misteri pulak ye. Aritu teka-teki. Takde misteri, takde teka-teki pun. Seorang hamba Allah yg suka gak kuah sup, kuah tomyam, dan mcm2 lagi. Hehehe. Kiranya, asal halal dimkn, x sakit, mkn je.

Afida Anuar said...

Sahabat... tudia panjang lebar diterang.. haaa, tulang rusuk hendaklah dijaga sebaik mungkin. Kalau keras sangat, mungkin akan patah. Kalau lembut sangat...tak tergerak..jadi jagalah kami dengan sebaik-baiknya...errr...

Allahuakbar...ada jugak orang suka kuah sup/kuah tomyam ni eh..ingatkan saya sorang je.. ke ke ke...

 

Browse