Jatuh Suka...

Friday, March 18, 2011
Kalau Bijen masih ingat, saya pernah tanya soalan ni dekat formspring dia. Tapi sebab saya tak kasi nama, jadi saya rasa Bijen tak tahu yang bertanya itu adalah saya.

Macam mana perempuan nak buang perasaan suka kat seorang lelaki? / mcm mana lelaki nak buang perasaan suka kat seorang perempuan? ada tip?

Selalunya perasaan suka kita tak buat-buat sendiri. Allah SWT yang campak dalam hati. Kadang-kadang boleh jadi syaitan yang buat (untuk perkara buruk). Macam kita suka makan Dunkin Donut misalnya, kita tak paksa diri sendiri menyukai donut tersebut. Tapi kita suka bila kita dah rasa. Itulah perasaan yang jujur dan tulus dari hati.

Perasaan itu boleh datang dan pergi mengikut kehendakNya. Kaitan perasaan adalah dengan hati. Dalam badan manusia ada seketul daging. Baik daging tersebut, baiklah seluruhnya. Rosak daging tersebut, rosaklah seluruhnya. Daging itulah hati. Mintalah fatwa dari hati yang suci. Jika hati baik, perasaan kita pun baik. Jika hati buruk, perasaan kita yang keluar pun buruk. Mohon dengan Allah SWT petunjuk. Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Dia pemilik sekalian hati.

PS: Eh saya bukan nak lupakan sesiapa. Sungguh! Saya cuma bertanya je. Bertanya tu kan amalan mulia. Kemudian, saya rasa macam ok je kalau share kat sini. Mana la tau kan, ada sahabat-sahabat di luar sana yang juga tertanya-tanya perihal nak buang perasaan ni. Ok tu je.

Bye!

15 comments:

IMANSHAH said...

wah nak lupakan abgshah ke

Afida Anuar said...

perasan!:P..

tak tak..mana boleh lupakan abgshah.com... eh abgshah..hahaha

masz14 said...

pada aku pulak, kalau dah suka, mmg susah nak buang. yg paling baik, jangan bagi ada suka sikit pun dari awal. once you have open the door.. its not easy to close it again. jgn bagi mula pun.
ni dari pengalaman aku waktu bercinta dulu la.
tapi kalu dah selidik latar belakang lelaki ni. orang nya camana, perwatakannya camana, keluarganya macamana, kalau dia pun baik nak mengenal kita, i'd say, go ahead!
kalu dah tersuka, alamat nya fida kene jauhkan diri dari orang tu. sebabnya kalu dah tersuka, pastu asyik terjumpa.. lama2 boleh jadi sangat2 suka... wahahaha.....

nurkass said...

emmm..
susah nak buang perasaan suka ni..kecuali belajar melupakannya walaupun mengambil masa yg lama..

beside that, beristighfarlah..makanya menyukailah seseorang itu seadanya.

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Semua ketentuan adalah milik Allah SWT. Kita sbg manusia terbatas dan hanya dititipkan sedikit sahaja rahmatNya, oleh itu terimalah seadanya ketentuan kita wpun serba kekurangan. Itupun bersyukurlah. Nak buang? Bukankah `capacity` dlm otak (neurones) dan hati kita masih banyak ruang? Ini tentu perlukan software terkini `Windows and Internet Cleaner Pro v7.50` atau Simpan sajalah macam RAM Random Access Memory) cuma Jangan jadikan sbg ROM atau `Autoexec.bat` dan `Config.sys` dlm sistem hidup kita. Orang IT mcm Fida tentu lbh maklum!. Nak komen dari sudut Agama pula, masyaAllah nanti pjg pula tetapi rujuklah dlm Surah AnNisa:78-79. Wallahualam.

sahromnasrudin said...

assalamualaikum fida...

nape nak buang??? kan lagi bagus kalau ia dirapatkan..sekurang2nya ia merapatkah ukhwah sesama umat Islam kan....

Mutiara Bernilai said...

*lepaskan dgn rela*

^_________________^

Bijen M. said...

Yang paling penting, sukalah pada yang haq.

Adliff said...

Afida,

never say his name, never see his picture, never think about him.

SaH@bAt said...

Memang betul kalau boleh segala benda yg tak elok kita nak buang. Tapi, hakikatnya segala jenis perasaan bukan boleh dibuang2. Kalau dibuang, alamatnya kita bukanlah manusia. Kerana itu, tingginya darjat manusia yg diberi akal & nafsu menjadi sangat luar biasa hebat andai mampu menguruskan perasaan itu dgn sebaik mungkin.

Afida Anuar said...

Masz-->Mas,hehe.. ni tak jumpa pun mas, entah macam mana entah boleh tersuka pulak..eh kenapa aku luah kat sini pulak ni..kehkehkeh.. abaikan je mas, malam2 hari ni mmg geylong.

Kass-->ada orang kata, suka orang berpada2..kerana mungkin satu hari nnti kamu akan benci padanya. DAn benci orang berpada2. KErana mungkin satu hari nanti kamu akan suka padanya. Allahualam

Tajnur-->Waalaikumusalam wbt....Tajnur, relatekan dengan komputer pulak ye...nak kata arif, takde la. Cuma saya faham rasanya apa maksud Tajnur.Since Tajnur dah malas nak tulis panjang2 yer..meh la saya tolong tuliskan tafsir An-Nisa: 78-79.

78->Di mana pun kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu. Meskipun kamu berada di dalam benteng yang tinggi dan kukuh. Jika mereka memperoleh kebaikan, mereka mengatakan,ini dari sisi Allah. dan jika mereka ditimpa suatu keburukan, mereka mengatakan, Ini dari engkau (Muhammad). katakanlah, semuanya datang dari sisi Allah. Maka mengapa orang-org munafik itu hampir2 tidak memahami perbicaraan sedikit pun?

79->Kebajikan apa pun yang kamu peroleh, adalah dari sisi Allah. dan keburukan apa pun yang menimpa mu, itu adalah dari kesalahan dirimu sendiri. Kami mengutusmu Muhammad, menjadi rasul kepada seluruh manusia. Dan cukuplah Allah yang menjadi saksi.

Sahrom-->Waalaikumusalam sahrom..hehe.. sedang cuba rapatkan..doakan sahrom.. moga2 yang terbaik..

Mutiara-->it takes time...rite?hehee..bole tu mmg boleh..

Bijen-->Yang tu banyak manusia lupa. Kan bijen... gua promote lu punya formspring n blog tuh!..ada komisyen dak? nasi ayam? kehekhekeh

Aliff->Aliff, even dah buat semua tu, kadang2 kita tak boleh nak bohong diri kan?:D

Sahabat-->jap..adakah anda seorang lecturer di pusat asasi UIAM PJ? hehe..hmmm...nak urus tu la. Aduhaii, memang ujian betul. Mohon Allah lorongkan ia ke jalan yg sepatutnya. Apa pun, thanks...sahabat!;)

AL-BIMA SAKTI said...

Salam,
persoalannya, kalau dah suka, kenape perlu dibuanng pula suka itu..?

kalau nak buang juga, lupakanlah aje dia..!

Afida Anuar said...

Salam al bima...lama tidak kelihatan! di sini..apa khabar?

hmm, saya pun tak tahu la. Pasai suka satu hala je kut..eh mana tau suka satu hala ni..suka2 buat andaian!!hehe.. tak tak..tak buang...nak uruskan suka ni dengan sebaik mungkin:) yeap..

Bijen M. said...

Eh.
Haq tu bukan kepada Allah je.
Haq ni benar.
Maksud gua sukalah pada perkara yang patut saja.
Seperti suka buat baik, suka tengok orang buat baik, suka kat mahram dll.
Suka kat yang batil, Allah pun marah.

Afida Anuar said...

Ooo..gua faham..gua faham...mekasih bijen.. mekasih...

 

Browse