Dia Singa..

Friday, February 13, 2009
Aku ada seorang kawan. Nak kata kawan karib, mungkin aku tidak berapa rapat sangat dengan dia. Tapi dia memang kawan aku. Sudah beberapa bulan dia berhijrah ke Singapura bagi menyudahkan projek di sana. Alhamdulillah, rezeki dia dapat bekerja ke sana. Gaji mantapp woo..

2,3 hari lepas, sewaktu aku masih lagi bercuti berehat di kampung, dia menelefon aku dari sana. Bertanya khabar gamaknya. Terkejut juga aku kerana itulah kali pertama dia menelefon aku sejak dia berpindah ke sana, dan dia menelefon aku menggunakan sim dari sana. Memang la aku tidak kenal nombor barunya itu.

Lantas, dia menyuruh aku menyimpan nombor barunya dalam phonebook aku. Sesudah hampir selesai berbual dengannya dan juga berbual dengan x-housemate aku yang juga bekerja di sana, lantas aku terus menyimpan nombor barunya itu.

Dah dia berada di Singapura, niat aku letak je la nama dia diikuti nama negara. At least senang untuk aku bezakan. Begitulah kebiasaannya yang aku lakukan untuk nombor teman-teman lain yang berada di luar negara. Aini Paris, KNass NZ,Sal India, bla bla bla.

Tiba untuk aku menyimpan nombornya. Mungkin text field untuk nama itu telah penuh. Maka tertulis la 'Incik K Singa' (assume nama dia Incik K) .Dah tiada ruang lagi untuk membolehkan aku menyambung 'pura'. Lantas aku biarkan. Maka tersimpan la dalam phonebook aku, 'Incik K Singa'. hehe. Tapi dia takde la garang macam singa pun. eheh..

p/s: Incik K, andai terbaca, jangan marah yer...heee sekadar coretan di waktu sakit. Owhh yer, gambar itu juga hanyalah hiasan semata. Tiada kaitan dengan dia atau sesiapa saja. Sekian. Terima kasih.

Till next entry

WaAllahualam
Wasalam.

15 comments:

Tirana said...

Ehehehe....Fida...nak ketawa baca entry Fida ni.. Dari pagi tadi asyik ketawa aje kak tirana ni.. Bukannya apa..baca jawapan yang pelbagai untuk entry di blog kak tirana hari ni..kelakar sungguh..kagum dengan kemampuan otak manusia berfikir sebenarnya..

karang banyak ketawa..jadi menangis pulak..tak nak la menangis..nak ketawa aje hari ni..

unicorn said...

bukan K singa laa...incik K Kucing..eh ke Kuching?hehe

:.Yus.: said...

blh plak dbuat sebagai 1 entry..huhu..kreatif sggh..

erk jgn kembang ye..hikhikhik

Afida Anuar said...

Kak Tirana-->hehe..fida pn masa save nombor dia tu,ketawa sorang2 akak..hehe.. fida pn nk gelak gak baca komen2 dari blog akak..tade sambungan ke citer batu tu? cam nak tau la camne kesudahannye..hehehehe

Akak, tak pe bnyk ketawa, nanti awet muda..heeee

Yoe-->haaa, kantoi!aku tau musti mu save no dia as Incik K kucing ni..heee..

Yus-->Alamak. dah kembang..camne ni nk kempis balik..ekkekekekek

Anonymous said...

Fida, tanya dia, kat singapore ada jual apam tak? he he..

Anonymous said...

nampaknye, kita memaksudkan org yg sama sebagai Encik K ni...hahaha

saizulhafiz said...

dahla cuti balik kerja ni..blambak kerja kt sini.hish!!!...hahaha

besi said...

dengar cite singa kat sinagpore
ganas2

Nuar said...

fida.. aku tgk iklan kt astro td... iklan raja lawak... muka YAN tu ada iras2 ko la.. :))... ada ape2 hubungan ke? :p

Afida Anuar said...

Khairi-->erkk..hee,takkan kat singapore tade apam kut..jap nk roger2 dia..eheh

Im-->hahaha...harapnye orang yg sama. Kalau orang lain...tak tau la...ngeeeeee

Saizul-->erk..ikutkan aku, cam tamo balik lgsung dah sana ...heee.. camne aku nk wat keje eh nnti, sakit lagi ni..eheh
~lalallalalalalal~

Besi-->dengar citer pn camtu gak..huh

Nuar-->aku tak penah layan raja lawak. n aku tak penah la tengok si yan tu.. n klu ko nk tau, ko bukanlah orang pertama yg cakap muka aku sama cam dia..dah ramai dah..aku rasa, aku dah jmpa salah seorang daripada 7 org yg diaorang cakap mmpunyai muka yg seiras kita di dunia ni..kene cari lagi 5 orang..yeayy..ngeeeeeee

Anonymous said...

kak nor

iyelah . macam muka yan raja lawak
tapi dia itam sikit
kak nor putih skek..

he..he..peace!

Afida Anuar said...

Alamak ayah su..dok penoh tengok raja lawak arr...

kak nor putih ke? (kembang jap)erkk..heeeee

Anonymous said...

Incik K Singa???
letak la nama lain...
Incik K Brad Pit ker...
Incik K Dark Knight ker....
paling kurang tukar la singapure tu ke SG...haaha
takper...gua tak kisah la...
singa pun singa laaa......
waa...gua lapar la plak...

kueh bakar said...

kurang sehat pun kuat semangat berblog! alhamdulillah...

Afida Anuar said...

Kadri-->Aisehh dah reveal dah siapa itu Incik K..heee.. gua tau lu tak kisah..lu kan baik incik K..eh Kadri..eheh..
tamo letak Incik K brad pit, apa barang..heeeee

kueh bakar-->erkk..alhamdulillah, berkat makan kuih bakar kut smlm..heeee

 

Browse