Dalam sebuah kehidupan manusia, tak semua yang kita inginkan kita akan dapat. Kan?
Ada perkara yang membuatkan kita berputih mata. Ada juga perkara yang membuatkan kita meloncat gembira sampai terkeluar anak mata.Tak kurang juga ada perkara yang menyebabkan mata kita jadi merah menyala, erkk.
Namun... itulah namanya kehidupan. Selagi oksigen ini masih disedut, selagi itulah kitaran kehidupan akan berlangsung. Berlangsung tanpa henti. Tanpa penat dan lelah. Sekejap mata menjadi putih, sekejap merah. Silap-silap hijau terus, eheh.
Cuma..... aku masih cuba untuk menghargai apa yang ada di sekeliling. Walaupun diri terasa seperti di penjara, aku cuba untuk menyukai 'jeriji besi' yang mengurung diri. Aku juga masih boleh tersenyum melihat 'tembok batu' di kiri kanan yang berdiri gah membalut hidup aku. Senyum yang terukir di bibir...Sekadar senyum.
Senyum dalam hati, tiada siapa boleh tengok kan?:P
Arghh hati.. sejak bertukar jadi 'mutant' ni, lain macam pulak aku rasa. Mungkin aku kurang mengingati Dia Yang Maha Kuasa. Aku pasti!! Kalau tidak, masakan aku boleh merasai perasaan yang kurang enak begini...erkk.
p/s: Tak habis-habis dengan mutant..haihhhh!
5 comments:
Mai tunjuk sikit macam mana rupa hati mutant tu..teringin nak tengok..hehehe
ehehehe... teenage mutant ninja turtle... hhihihi...
takdel a mutant sgt si Fida ni...
~Kita sering menangisi masa silam yang suram, namun hari-hari yang sedang kita lalui tidak juga kita hiasi dengan amalan yang akan menjadi bekalan untuk hari esok~
sekadar renungan kita bersama..hati ini milik Illahi..apabila dunia menguasainya..maka timbullah resah gelisah dihati kerana cahayaNya makin malap..sama-samalh kita gilapkn hati dgn Cinta Illahi..(",)
"Sekejap mata menjadi putih, sekejap merah. Silap-silap hijau terus, eheh."
ala kalo pakai kontek lense, suma kaler pun mata leh tuka ape.. hehe..
Kak Tirana--> Kalau nak tengok, kene belah la dada ni..baru boleh tengok hati mutant..erkk..heeee
Kay-->tu kay tengok sblum operate..cuba kay tengok pas operate ni..eheh
Wanz-->InsyaAllah akan cuba digilapkan...
Cik toin-->cik toin pakai kontek lense ke?erkk
Post a Comment