'Rongok'..

Saturday, February 14, 2009
Lepas operation ni, mak aku belikan aku jeli gamat. Yang asli punye. Bagus untuk luka luaran, dalaman, bagus untuk kulit..macam-macam la aku baca khasiat yang dia tulis kat luar botol tu. Dah hampir seminggu dah aku rasa aku makan jeli gamat ni. Pagi sebelum breakfast, malam sebelum dinner. Alhamdulillah.

Adik bongsu aku yang berada di darjah 1, selalu perhatikan aku menelan jeli gamat ni. Dia nak jugak gamaknya. Tapi aku tak pernah kasi kat dia, aku telan satu sudu besar tu sorang-sorang, buat-buat tak nampak yang dia sedang melihat aku menelan jeli gamat itu dengan nikmatnya, huh!

Satu hari, time aku nak menelan jeli gamat, dia tanya aku..

"Kak Nor, kenapa Huda tengok Kak Nor selalu makan benda ni?", huda buat-buat tanya, heee.

"Ini untuk kesihatan gigi, agar gigi kita tidak 'rongok' dan berwarna hitam, tengok gigi kak nor, cantik kan?", aku saja buat lawak skema dengan Huda yang memiliki gigi yang agak 'rongok' kerana suka makan gula-gula.

"Habes tu, Huda rasa Huda kene makan la benda ni Kak Nor? Tengok gigi Huda, 'rongok' jugok ni", huda.

Erkk...

Selepas kejadian itu, tiap kali aku nak telan jeli gamat jek, dia pasti muncul minta disuapi. Aku telan 1 sudu besar. Aku kasi dia suku je dari sudu aku. Aci la, dia kan budak-budak lagi. Walaupun aku tahu, jeli tu baik juga untuk kanak-kanak, tapi sikit-sikit dah la yer Huda?eheh.

p/s: Tipu lagi adik sendiri. Kalau aku kata, jeli gamat tu untuk sakit aku, pasti dia takkan mintak. Tapi aku rasa, ni kes dia dah biasa telan jeli gamat yang perisa oren tu kut. Tu yang aku punya yang asli ni pun dia terliur nak telan walaupun rasanya...erkkkk 'SOOODAPP'

Till then...

WaAllahualam
Wasalam..

7 comments:

Kay said...

heheeheh...
teringat plok kat adik kay yg darjah 4 tuh...

kay suh ayah pi buat gigi palsu...
adik kay nyampuk... adik pun nak buat gigi jugak...

satu rumah gelak besar... ada hati nok wat gigi... rongok tun rongok la jugok...

Afida Anuar said...

Hahahha..sib baik tu baru gigi susu..klu gigi betul2..tatau la apa nk jadi ngn budak2 ni..ekekkeek

masz14 said...

aku telan jeli gamat tu rasa cam nak luah balik je. wek tak sedap langsung. tp nak luka operate baik cepat punya pasal ku telankan jua..

Tirana said...

Kak Tirana tak pernah makan jeli gamat. Dulu masa operate makan sup ikan haruan aje..hehehe

Afida Anuar said...

Masz-->Sama la..aku pun cam tu gak. Telan tu buat2 rasa sedap jek.erkk

Kak Tirana-->Sup ikan haruan lagi best kak tirana.... tak payah makan la jeli gamat lain kali..x best..eheh.

:.Yus.: said...

walau xpenah rasa..tp dpt bayangkan rasa dia cmne..erk..xmo2..

Afida Anuar said...

erkk..cobalah yus..'SODAPPP'..eheh..

p/s: rasa dia payau2 gitu sket. tp klu yg berperisa tu..best jugak..erkk

 

Browse