Hujan Itu Satu Rahmat...

Wednesday, April 16, 2008
Minggu ni, kerap benar hujan di petang hari, dan kebiasannya diselangi dengan ribut petir yang kadang-kadang agak menggerunkan. SubhanaAllah.

Dah 2 hari aku pulang agak lewat tatkala menunggu hujan reda. Arghh, tidak mengapa. Lagipun setakat menunggu hujan yang lebat menjadi reda. Tidak menjadi masalah bagi aku. Seperti semalam, hampir pukul 6..tapi hujan seakan tidak mahu berhenti. Dan aku mula berjalan menuju ke tingkap dan termenung di situ, menyaksikan hujan yang turun... Aku memang suka akan hujan. Hujan itu satu rahmat yang membawa ketenangan. Satu rahmat yang menukar kehangatan kepada kesejukan. Satu rahmat yang tidak ternilai oleh sekalian makhluk yang mensyukuri anugerah dariNya.

Dalam melayan perasaan sendiri..

"Aii Fida termenung tengok hujan??"sapa Sasi yang kebetulan cubicnya berdekatan dengan tingkap port aku termenung tuh..

"Yer la Sasi, nak balik tapi nun kat luar tu hujan lebat laa.." Jawabku selamba.

"Itu la, i pn dh janji ngn Yoe n d geng nak main futsal petang ni. Harap2 hujan berhenti before 7", keluh Sasi kepada ku..

"Lor, bukannye Kelab komuniti Cyberjaya tuh indoor ke court futsalnya?" tanyaku inginkan kepastian, sbb aku fikir diaorang nak main dekat situ.

"Tak ader la Fida, kitaorang dh book court dekat old town, situ kan open"..jelas Sasi kepada ku..

"Owhhh.. patut pn u nak suh hujan berhenti.." kataku selamba lagi kepadanya.

Aku mengalih pandangan ke luar lagi. Hujan seakan-akan mahu reda. Terfikir pulak aku, camne la mereka-mereka yang menunggang motosikal ni? Kalau hujan tidak mahu reda sampai ke malam? Kesiannn... aku mengeluh sendirian, tapi itulah cabaran dan halangan dalam meniti hidup. Aku pun bukannya tidak pernah bermandi hujan, tatkala membonceng motosikal Honda Kap lama kepunyaan ayah ku bersama adik lelaki aku ketika kami sama-sama belajar di Universiti yang sama. Lupa dah kami ke mana ketika itu, tapi adik aku bertegas, tidak mahu berteduh, mahu meneruskan perjalanan...terpaksa la kami meredah hujan dan sakitnya muka aku ketika titik2 air hujan terkena muka...sampaikan aku terpaksa berlindung di belakangnya.... tapi itu kisah lama. Bila difikir2..seronok juga meredah hujan ni..huhuhu.

Tiba-tiba aku teringat dalam article agama yang sudah lama aku baca. Salah satu waktu yang paling afdal untuk berdoa ialah ketika hujan turun. Cepat-cepat aku berdoa dalam hati aku. "YaAllah............................ Aminn". Hanya Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku.

Titisan air hujan semakin nipis. Tengok jam dah dekat 6.15..Boleh la aku pulang ni. Redah ckit je hujan tuk ke kereta. Bukannye aku tak biasa pun. hihihi.

Sekian tuk entry pd petang ni.
InsyaAllah, kalau dikurniakan masa dan idea yang lebih akan diapdet lagi blog ini
WaAllahualam
Wasalam.

9 comments:

noor munirah said...

comeynye entri ni..aku suka.. cuma part ya Allah...... Aminn, kat ... tu ade masukkan name aku skali x?huhu.. aku pun suka hujan..

Afida Anuar said...

comey ek muni entry ni? hahahha nama ko? huhuhu ader kut...:D
aku suke tatkala hujan turun:D

[Palie] said...

"Tak ader la Fida, kitaorang dh book court dekat old town, situ kan open"..jelas Sasi kepada ku..

"Owhhh.. patut pn u nak suh hujan berhenti.." kataku selamba lagi kepadanya.

huiyyooo.. mcm bace novel plak rase.. kan kak muni kan?? nukilan norafida anuar tuh..

Afida Anuar said...

Well, it's me then palie.. hahahhaa.
itu la, aku menulis tu pn terasa cm menulis novel lak, bukan tulis blog... wakakkakaka

noor munirah said...

ye..betul la palie, fida ..rase cam baca novel..

Unknown said...

hehe...sebijik mcm novel..blehla jadi novelis..hehehhe

Anonymous said...

saya pun suka hujan...

suka main hujan sampai basah kuyup n demam2..

band hujan pun suka juga...eheheh

saizulhafiz said...

blog fida dh brubah jd model..maybe sebab dia asyik penin pikir traing testing yg ktorg dok jalani skrg..malaassss!!!!hahaahhaha

Afida Anuar said...

Amira-->Alamak, princess aka amira, cam novel ke? hihihi, berubah angin sikit kut..

Im--> Sy pun suke main hujan sampai demam, tp skrang dh besar. X main hujan lagi.hahahahah

Saizul--> blog aku berubah jd model? model lagu mana tuh? Haha, aku xder la pening duk pkir training testing. Cuma, apa ek? hahahah malas gak kut. hahahah sabo je la. Alhamdulillah dh berakhir pn manual testing tuh..

 

Browse