Tepat je kul 6, aku dan mekdi tergesa2 kuar opis. Tujuannye hanya satu. Ingin ke JJ Equine tuk beli buah tangan tuk balik kampung. Aku budget kitaorang balik pagi Khamis, so sempat la malam sok pi Alamanda ke, tapi sekali malam besok gak kitaorang bertolak balik. SO nak tak nak petang ni kene pi jugak shopping.. Alang-alang nak hantar Mekdi ke rumah dia kt Taman Equine, senang pi JJ Taman Equine je la.
Dekat nak magrib,kitaorang dah setel shopping pe yang patut. Alhamdulillah. Sempat la aku semayang magrib kt rumah Mekdi. Nak balik terus kang, takut nanti kalut lak aku bwk kete sebab nak kejar magrib.. Lagipun dah lame aku tak singgah umah mekdi. Magrib kat umah mekdi je la.. Lepas je semayang magrib, tengok dalam bilik mekdi de mesin timbang elektronik... wahhh, dah lame aku tak timbang berat aku nih. ok la, aku budget berat aku still maintain. Sekali naik atas penimbang tu...Woooooo....naik seh..2kilo dari yang dibudget...hahahah.. Alamak, camne nak balik kampung nih...uhuhuhuhu.
"Ala Fida, elek arr.. tu pun nak cuak. Pe daaa, baru orang tau ko bahagia duk cni" kata mekdi kepada ku..Sengih je la aku...
Bercakap pasal bahagia.. ader orang cakap, hidup aku semakin bahagia sejak balik dari India. Yer ke? tapi dia hanya nampak kebahagiaan itu dari segi zahirnya.. dan dia tidak tahu, susah payah ranjau perjalanan hidup yang aku tempuhi sebelum tu.
Adakah aku bahagia sekarang ni??
Tapi apakah batu pengukur yang mengukur kebahagiaan seseorang itu?? Adakah kebahagiaan itu diukur dari kemewahan yang dikecapi? pangkat? keluarga? kawan2? kejayaan hidup? paras rupa? atau diri sendiri?
"Hidup ini begitu indah jika segala-galanya kerana Allah"
Ok la, time to pack some stuffs..hahaha, alasan jek sbb aku tak de idea dah nak tulis pe..huhuhu, yer la, tp btul gak, mmg aku tngah packing nih.. Besok senang sikit,before gi keje tak perlu aku kalut2 nak packing dah. InsyaAllah lepas magrib aku bertolak ke Terengganu dari Putrajaya ni. Doakan aku selamat pergi dan selamat kembali!!.
Muni,ko pun nanti Drive elok2 time balik kampung. Cek dulu umah ni betul2 before balik. Tingkap, letrik, air,pintu make sure semua tutup dan kunci ek muni..hahahaha, tinggal pesan kt cni lak. Yer la, kita mana de masa dah nak sembang2.huhuhu
Ok,nanti aku citer bab kt kampung lak camne. Kalau aku rajin mengapdet. InsyaAllah, apdet tetap apdet..hihihi
Semoga berjumpa di entry perihal kampung lak.
WaAllahualam
Wasalam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Ask a part of urself what makes u happy.
For any time in your life that u feel made u unhappy or u would have been better off if there was some change, 1st ask yourself y. If u feel that there should have been some change, recreate a better time line.
Wahhhh, bnyk nyer falsafah cik fadhil nih..huhuh..well, as far as i know, i'm hepy rite now,becoz..just a couple of hours ahead, i'm going home!!!!
Post a Comment