Perkahwinan satu ibadah. Menuntut kesabaran, keikhlasan, keprihatinan, pengorbanan, pengabdian, toleransi, dan pastinya kerjasama yang erat antara dua hati, dua jasad yang jauh berbeza. Jangan sesekali menyesali perkahwinan, na'uzubillah. Kekurangan dan kesilapan pasangan bukanlah pengakhiran kepada janji setia sebuah tugu cinta yang dibina atas nama Allah. Takkan manis perkahwinan tanpa cabaran. Takkan indah perkahwinan tanpa ujian.
Sesungguhnya pasangan merupakan tanggungjawab dan amanah yang Allah pikulkan untuk ditangani sebaiknya. Sabarnya Nabi Lut menghadapi isterinya yang derhaka, tidak sebanding dengan cabaran kita menghadapi segala perbezaan dan kekurangan antara pasangan. Sesungguhnya kita juga serba kekurangan. Jika diri menghendaki pasangan memperbaiki kekurangan dan kesilapnnya, diri juga harus bersedia sebaliknya.
Kembali merenung diri, sudahkah diri menjadi yang terbaik jika menginginkan pasangan kita juga menjadi yang terbaik. Tercapaikah citi-cita untuk mendapat keluarga yang soleh wa mushlih, zuriat yang soleh dan solehah, andai diri belum benar-benar bertaqwa, tidak bersungguh dalam bermujahadah demi Rabb tercinta. Cita-cita takkan kemana tanpa usaha. Ketuklah pintu hati, tanyalah iman dalam diri, moga ketemu jawapan.
Untukku (Calon) Isterimu
Pernikahan atau Perkahwinan
Membuka tabir rahsia
Suami yang menikahi kamu,
Tidaklah semulia Muhammad SAW
Tidaklah setaqwa Ibrahim A.S
Pun tidak setabah Ayyub A.S
Atau pun segagah Musa A.S
Apalagi setampan Yusof A.S
Justeru suamimu hanyalah pemuda akhir zaman,
Yang punya cita-cita
Membangun keturunan yang soleh......
Pernikahan atau perkahwinan
Mengajar kita kewajipan bersama
Suami menjadi pelindung, kamu penghuninya,
Suami adalah nahkoda kapal, kamu navigatornya,
Suami bagaikan pelakon yang nakal, kamu adalah penonton kenakalannya,
Saat Suami menjadi raja, kamu nikmati anggur singgahsananya,
Saat Suami menjadi bisa, kamulah menjadi penawar ubatnya,
Seandainya Suami jurutera yang lancang, sabarlah memperingatkannya......
Pernikahan ataupun Perkahwinan
Mengajarkan kita perlunya iman dan takwa
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah SWT.,
Kerana memiliki Suami yang tak segagah mana
Justeru kamu akan tersentak dari alpa
kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga
Pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara
Cuma wanita akhir zaman
Yang berusaha menjadi solehah
Amin.........
Taken from Anggun_Sari....bestnye kata2. InsyaAllah akan ku semat di dalam hati:D
Till Then..
Wassalam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment