Terai Not To Kerai..

Friday, February 27, 2009
Try not to cry little one
You’re not alone
I’ll stand by you
Try not to cry little one
My heart is your stone
I’ll throw with you.....

Aku rasa aku ego orangnya, errrkk... Aku tak suka simpati orang pada aku dan aku tak suka orang memandang aku dengan penuh belas kasihan. Kerana aku merasakan belas kasihan itu bisa melemahkan semangat aku yang sudah sedia tabah, eceh (perasan tabah uu, hehe)

Dan lagi, aku tak suka bila semangat aku jadi lemah. Kerana semangat yang lemah itu, begitu menggoda air mata untuk keluar. Dan bila air mata mengalir keluar... hurmm..Dia je la yang tahu keharuan dan kebiruan rasa hati itu.

Tapi bila menangis atas sejadah, lain pulak jadinya, kan? Lagi menambahkan ketabahan hati. Lagi memulihkan jiwa yang remuk. Lagi menyembuhkan keluh resah jiwa. Ajaib betul la air mata yang Dia cipta ni. Bisa melemahkan..dan bisa memulihkan. Maha Suci Dia Yang Maha Mencipta..

Air mata yang keluar saat menguap mengantuk tu...lain cerita la pulak. Nak panggil air mata apa tu ek? ke air mata tidur? ngeee...

Lagi satu "Air mata buaya" , pernah dengar? erkk...

Mithali..

Thursday, February 26, 2009
Ada bakat jadi ibu mithali ni....

Kan?

errkkk.

(Perasan!!)

Jom Lari

Wednesday, February 25, 2009
Aku nak lari. Tapi aku tak tahu nak lari ke mana. Walaupun ada sedikit persiapan yang aku buat untuk melarikan diri, tapi.... aku masih di sini. Tempat ini, tapak ini, bumi ini, huh. Aku rasa kalau dalam perlumbaan ni, mesti aku dapat nombor paling last. Orang lain dah mulakan larian, tapi aku....

Masa kecil-kecil dulu, masa tengah jahil, lepas kene marah teruk dek mak ayah, pasti aku terfikir nak larikan diri sebab ingat mak dan ayah dah tak sayang aku lagi. Tapi takde la aku lari betul-betul. Cuma terlintas di fikiran jek. Padahal hakikat sebenar....sayang lah yang membuatkan mereka marahkan aku, nakal sangat aku nih!!! haihhh. Kadang-kadang bila diingatkan kejadian mahu melarikan diri pada zaman itu, kelakar jugak sebenarnya. hehe.

Owhh yer, seingat aku, aku tidak pernah memenangi tempat pertama dalam apa jua sukan larian. Aku memang tidak dikurniakan bakat dalam bidang larian. Apatah lagi untuk mengalahkan Ziana Zain, ratu pecut sekolah aku waktu dulu. Jangan tak tahu, Ziana Zain tu kawan aku.

Namanya Nor Ziana binti Zain. Tapi ni bukanlah Ziana Zain penyanyi bersuara lunak merangkap pelakon cerita sembilu tu. Ini Ziana Zain lain. Kecik-kecik molek orangnya. Tapi sekali mengatur langkah untuk berlari...fuhh, aku rasa pelari kebangsaan Uganda pun boleh kalah. eheh..

Serius la aku rasa macam nak lari. Badan pun boleh jadi sihat ni .

"Tapi Fida..warm up dulu eh!"

Our Second Anniversary...

Monday, February 23, 2009
23 Februari. Hari ni genap 2 tahun aku dan 99 sahabat yang lain berlepas ke Mysore India untuk menuntut ilmu di perkampungan Infosys. Kalau ditanya apakah perkara yang tidak dapat aku lupakan dalam hidup aku, antaranya adalah kenangan bergelar Infocion selama 4 bulan. Bergelar Infocion memang banyak mengajar aku erti kehidupan, persahabatan, keseronokan, kerinduan, suka duka menghadapi dugaan, bla bla bla dan bermacam lagi, cheewahh.

Owhh yer, walaupun sibuk menyiapkan diri dalam bidang perisian, kat Infosys ni jugak la buat pertama kalinya aku belajar memegang dan membaling bola boling, masuk menonton wayang, erkk yang mana sebelum ni tak pernah sekali pun aku lakukan dalam hidup. (Tolong la percaya).

Walaupun baru peringkat permulaan dalam bidang per'bolingan', ia tidak pernah mematahkan semangat aku untuk 'strike' dan 'strike' dan 'strike' lagi. In a row tuu! Wowww!! (Angkat bakul sendiri jap, eheh). Padahal satu game tu jek strike in a row nye.. Game lain, erkk. heee. Lagi satu boling kat dalam kampus Infosys tu agak murah. Dalam Rs45 atau 45 Rupee untuk satu game atau bersamaan dengan RM3 ringgit lebih + kasut. Murah kan?

Maaf, melalut sehingga ke bidang per'bolingan' jadinya entry second anniversary ni. Itu lah aku, kalau dah 'excited' bercerita tentang satu-satu perkara, pasti...akan berlarutan.

Tahun lepas kami semua sepakat mengadakan ulang tahun pertama pemergian kami ke Infosys Mysore dengan berkelah di Sungai Congkak beramai-ramai. Tapi tahun ni, plan untuk mengadakan second anniversary dengan acara-acara yang lebih mantap kurang menjadi. Maklum lah, sejak duamenjak ni, terlalu ramai dari kami yang sibuk dengan tugas masing-masing sehinggakan tidak berkesempatan untuk melaksanakan aktiviti yang sepatutnya. Walaupun rancangan telah ada, insyaAllah bakal dilaksanakan di lain masa.

Sebaliknya, hari Sabtu baru ni, kami yang beberapa kerat ni buat gathering kecil-kecilan melawat baby Umar, anak sulung kepada Puan Maslina dan Incik Adil di rumah beliau di Serdang. Ya Allah comel nye Umar. Secomel bonda sama ayahandanya..erkk..heee.

Sempat la beramah mesra dengan Umar walaupun sepanjang kedatangan kami, Umar asyik memejamkan matanya. Biasa la, dah nama pun bayi. Time ni la dia nak pejam matanya. Kan? kan? (Umar, jangan lupakan dakapan Makcik Fida yer, insyaAllah ada masa nanti makcik-makcik sama pakcik-pakcik datang melawat Umar lagi eh, eheh)

Selepas melawat Umar yang comel, kami meneruskan agenda gathering kami yang tidak seberapa tapi enjoyable itu. Owh yer, petang tu Fakhzan belanja kami semua makan. Aku, Ida Miss Deeno, Nurul, Palie kecik, Palie besar, Pejal, Lan, Yoe Picisan dan Juzaili. Terima kasih banyak-banyak Fakhzan sudi belanja kitaorang. Moga murah rezeki di tempat baru nanti. Lain kali jangan lupa belanja lagi eh.heee..

Dan..Palie kecik, masa tengah beramai-ramai ronda di Alamanda sementara menunggu tayangan perdana 'tv1', dengan tidak semena-mena beliau mengajak kami masuk Big Apple Donut. Kali ni, dia pulak yang belanja kami semua dengan donut yang pelbagai perisa. Alhamdulillah, murah rezeki hari ni. Moga rezeki dia pun sentiasa dipermudahkanNya.

Kira satu hari tu, memang dapat 'unwind' la segala mak nenek stress. Betul la kata orang, punyai ramai kawan ni, memang membahagiakan. Lebih-lebih lagi kawan yang sebenar kawan. Jangan kawan makan kawan sudah. Deritanya, hanya Allah saja yang tahu.

Kata atuk pulak, berkawan biar seribu. Bercinta biar satu. Berkahwin nanti...moga kekal ke anak cucu, eheh.

Kepada semua teman-teman x-Infy, jauh atau dekat... aku doakan moga tali persahabatan yang terikat itu kekal utuh sehingga ke akhirnya. Syukur, Dia mempertemukan kita semua..

Semut Hitam

Friday, February 20, 2009
Aku bisa menjadi semut hitam,
yang tinggal di atas batu hitam,
yang berada di dalam ruang kelam,
di tengah malam, tanpa rembulan,

Erkk...

p/s: Macam haru jek bunyi..heh!

Hati Si Mutant..

Wednesday, February 18, 2009
Dalam sebuah kehidupan manusia, tak semua yang kita inginkan kita akan dapat. Kan?

Ada perkara yang membuatkan kita berputih mata. Ada juga perkara yang membuatkan kita meloncat gembira sampai terkeluar anak mata.Tak kurang juga ada perkara yang menyebabkan mata kita jadi merah menyala, erkk.

Namun... itulah namanya kehidupan. Selagi oksigen ini masih disedut, selagi itulah kitaran kehidupan akan berlangsung. Berlangsung tanpa henti. Tanpa penat dan lelah. Sekejap mata menjadi putih, sekejap merah. Silap-silap hijau terus, eheh.

Cuma..... aku masih cuba untuk menghargai apa yang ada di sekeliling. Walaupun diri terasa seperti di penjara, aku cuba untuk menyukai 'jeriji besi' yang mengurung diri. Aku juga masih boleh tersenyum melihat 'tembok batu' di kiri kanan yang berdiri gah membalut hidup aku. Senyum yang terukir di bibir...Sekadar senyum.

Senyum dalam hati, tiada siapa boleh tengok kan?:P

Arghh hati.. sejak bertukar jadi 'mutant' ni, lain macam pulak aku rasa. Mungkin aku kurang mengingati Dia Yang Maha Kuasa. Aku pasti!! Kalau tidak, masakan aku boleh merasai perasaan yang kurang enak begini...erkk.

p/s: Tak habis-habis dengan mutant..haihhhh!

Tagwood.. Kayu Label atau Label Kayu? Erkk..

Tuesday, February 17, 2009
Malam ni aku ketandusan idea untuk meneruskan contengan merapu di atas 'kanvas putih' ni. Lantas selepas menonton cerita 'Spek Mata Besar' untuk episod yang terakhirnya, aku berkira-kira untuk melayan plan 'melompat-lompat'. Sekadar permulaan aku kira. Elok ada permulaan daripada tiada langsung. Alhamdulillah, ada insan jauh dari Kulim dan Singapura yang sudi membantu. Erkk... ni bukan plan melompat parti yer.

Apa pun, memandangkan idea untuk meneruskan kemerapuan sudah kontang, apa kata aku setelkan tag dari Kak Tirana.

Instructions:
  • Go to your photos folder in your computer.
  • Go to the 6th folder of photos.
  • Go to the 6th picture in that folder.
  • Put the picture on your blog and description of it.
  • Invite six friends to join the challenge.
  • Link them in your blog and let them know they have been challenged.
My answer
Gambar ni diambil pada hari mak aku mendapat cabutan bertuah ketika jamuan guru akhir tahun di sekolahnya. Dapat tv uuu.. Sampai rumah jek, terus model-model kesayangan ni nak bergambar. Yang memakai baju kurung kaler pink tu merupakan adik bongsu aku, Syafiqah Huda. Huda ni baru darjah 1. Banyak cakap, dan tak boleh simpan rahsia. Apa-apa aje yang aku bagitau dia, nanti musti dia... " MAKKK, KAK NOR KAN..bla bla bla...", habis, sengih jek la aku bila mak aku tahu. heee.. Owh ye, dan Huda memang suka senyum tutup mulut. Maklumlah, gigi Huda banyak yang rongok kat depan tu. Kalau senyum nampak gigi, pasti tak cantik jadinya. Kan Huda? eheh.

Dan adik aku yang kedua bongsu, yang memakai baju warna merah tu, namanya Aida Nabilah. Tahun ni Nabilah baru masuk darjah 3. Dengan aku, Nabilah agak manja sedikit berbanding Huda. Nape entah. Dan Nabilah pulak memiliki gigi yang agak cantik dan tiada yang rongok. Aku rasa, pasal tu la kut dia gelak sampai nampak kesemua giginya. Eheh..

Lupa pulak yang aku sedang di tag. Okay, pilih 6 orang untuk buat tag ni. Readyy??

The winner goes to...

1. Incik Muspa bakal bapa mithali
2. Incik Nuar bakal bapa mithali
3. Incik Aizat bakal bapa mithali
4. Incik Khairi Bakal bapa
5. Cik Halimah bakal isteri solehah
6. Cik Kay bakal isteri solehah

Tag untuk bakal-bakal bapa yang tidak sabar untuk menimang anak dan bakal-bakal isteri yang tidak sabar untuk menjawab tag..eheh.. (Kay, kali ni letak nama kay yang last sekali..heee)

Apa pun, aku masih punyai banyak tag yang pending, terutama dari Halimah, Kay, Cik Toin, MissDeeno, sapa lagi ek, ada masa nanti, aku buat satu persatu ek?..erkk yer ke? heeee...

p/s: Nampak tak jenama tv tu cap apa? TAGWOOD... Kalau diterjemah, jadi kayu label kah? Atau label kayu? erkk..

Till then..

Jejas..

Monday, February 16, 2009
Setelah sekian lamanya bercuti, aku kembali ke meja opis hari ni. Banyak kerja aku yang tertangguh sepanjang percutian aku. Nasib baik ada team member yang sudi ambil alih tugas. Kira aku perlu fokuskan part yang berlambak tu jek. Tapi ada 'showstopper' pulak petang tadi, haihhh. Tak boleh nak teruskan lebih lanjut. Kene tunggu pembangun membaikinya. Haduiii..

Hari ni jugak, banyak yang aku 'blur'..'blur'... Banyak term dalam projek pecah penjara ni yang aku tersalah anggap. Boleh pulak aku anggap 'plan' itu 'orang'. 'Orang' itu 'plan'. huh!

Nasib baik ada ketua uji yang sanggup duduk di sebelah aku sekejap petang tadi dengan sabarnya meng'refresh' balik perkara yang aku sudah lupa. Dan juga Wa, yang sanggup menjawab segala pertanyaan aku walaupun kadang-kadang perkara tu tak patut aku lupa! Sori ek Wa...erkk

Aku saspek, ni mesti pasal ubat bius yang doktor kasi tempoh hari.Makcik aku kata, ubat bius, boleh meninggalkan kesan jugak la sedikit kat otak kita. 'Cikgu' pulak kata, dalam dua tiga hari lepas dibius otak mungkin boleh terjejas, kalau tak banyak pun, sedikit. Tapi ni dah dekat seminggu dah..rasa macam erkk..rasa geylong-geylong jek lagi nih..

p/s: Entah-entah, doktor bius tu terlebih kasi dos kat aku tak??erkk.. heeeeeeeee

"Apa-apa la Fida!"

Till then..

WaAllahualam
Wasalam..

Menangis..

Sunday, February 15, 2009
Kota kemaksiatan... aku akan berada dekat denganmu besok walaupun hati aku tidak pernah sekali kepingin untuk berada di sana.

Arghh bencinya dengan perasaan yang aku ada sekarang.. ni rasa nak menangis ni.

"Rasa nak menangis ke dah menangis?",

Erkk..
Entah la, tapi tiap kali balik bercuti di kampung, hati pasti terasa berat untuk kembali semula ke kota yang pernah aku gelar kota kemaksiatan. Ada tak cara yang membolehkan aku tidak perlu pulang ke kota itu untuk selama-lamanya?

Haduiii..

p/s: Puan doktor, sambung cuti aku untuk setahun lagi bole? erkk....

Apa pun, doakan aku selamat sampai sana besok.

Till then..

WaAllahualam
Wasalam.

'Rongok'..

Saturday, February 14, 2009
Lepas operation ni, mak aku belikan aku jeli gamat. Yang asli punye. Bagus untuk luka luaran, dalaman, bagus untuk kulit..macam-macam la aku baca khasiat yang dia tulis kat luar botol tu. Dah hampir seminggu dah aku rasa aku makan jeli gamat ni. Pagi sebelum breakfast, malam sebelum dinner. Alhamdulillah.

Adik bongsu aku yang berada di darjah 1, selalu perhatikan aku menelan jeli gamat ni. Dia nak jugak gamaknya. Tapi aku tak pernah kasi kat dia, aku telan satu sudu besar tu sorang-sorang, buat-buat tak nampak yang dia sedang melihat aku menelan jeli gamat itu dengan nikmatnya, huh!

Satu hari, time aku nak menelan jeli gamat, dia tanya aku..

"Kak Nor, kenapa Huda tengok Kak Nor selalu makan benda ni?", huda buat-buat tanya, heee.

"Ini untuk kesihatan gigi, agar gigi kita tidak 'rongok' dan berwarna hitam, tengok gigi kak nor, cantik kan?", aku saja buat lawak skema dengan Huda yang memiliki gigi yang agak 'rongok' kerana suka makan gula-gula.

"Habes tu, Huda rasa Huda kene makan la benda ni Kak Nor? Tengok gigi Huda, 'rongok' jugok ni", huda.

Erkk...

Selepas kejadian itu, tiap kali aku nak telan jeli gamat jek, dia pasti muncul minta disuapi. Aku telan 1 sudu besar. Aku kasi dia suku je dari sudu aku. Aci la, dia kan budak-budak lagi. Walaupun aku tahu, jeli tu baik juga untuk kanak-kanak, tapi sikit-sikit dah la yer Huda?eheh.

p/s: Tipu lagi adik sendiri. Kalau aku kata, jeli gamat tu untuk sakit aku, pasti dia takkan mintak. Tapi aku rasa, ni kes dia dah biasa telan jeli gamat yang perisa oren tu kut. Tu yang aku punya yang asli ni pun dia terliur nak telan walaupun rasanya...erkkkk 'SOOODAPP'

Till then...

WaAllahualam
Wasalam..

Dia Singa..

Friday, February 13, 2009
Aku ada seorang kawan. Nak kata kawan karib, mungkin aku tidak berapa rapat sangat dengan dia. Tapi dia memang kawan aku. Sudah beberapa bulan dia berhijrah ke Singapura bagi menyudahkan projek di sana. Alhamdulillah, rezeki dia dapat bekerja ke sana. Gaji mantapp woo..

2,3 hari lepas, sewaktu aku masih lagi bercuti berehat di kampung, dia menelefon aku dari sana. Bertanya khabar gamaknya. Terkejut juga aku kerana itulah kali pertama dia menelefon aku sejak dia berpindah ke sana, dan dia menelefon aku menggunakan sim dari sana. Memang la aku tidak kenal nombor barunya itu.

Lantas, dia menyuruh aku menyimpan nombor barunya dalam phonebook aku. Sesudah hampir selesai berbual dengannya dan juga berbual dengan x-housemate aku yang juga bekerja di sana, lantas aku terus menyimpan nombor barunya itu.

Dah dia berada di Singapura, niat aku letak je la nama dia diikuti nama negara. At least senang untuk aku bezakan. Begitulah kebiasaannya yang aku lakukan untuk nombor teman-teman lain yang berada di luar negara. Aini Paris, KNass NZ,Sal India, bla bla bla.

Tiba untuk aku menyimpan nombornya. Mungkin text field untuk nama itu telah penuh. Maka tertulis la 'Incik K Singa' (assume nama dia Incik K) .Dah tiada ruang lagi untuk membolehkan aku menyambung 'pura'. Lantas aku biarkan. Maka tersimpan la dalam phonebook aku, 'Incik K Singa'. hehe. Tapi dia takde la garang macam singa pun. eheh..

p/s: Incik K, andai terbaca, jangan marah yer...heee sekadar coretan di waktu sakit. Owhh yer, gambar itu juga hanyalah hiasan semata. Tiada kaitan dengan dia atau sesiapa saja. Sekian. Terima kasih.

Till next entry

WaAllahualam
Wasalam.

 

Browse