Hidup semakin rancak dalam seminggu dua ni. Macam-macam perkara yang tak diduga berlaku. Macam-macam juga pengharapan dan persoalan yang datang. Bahagian pengharapan tu betul-betul saya serah kat Dia. Bahagian persoalan tu...hmmmm saya juga tak punya kuasa untuk menjawab kerana bahagian pengharapan nampaknya mengatasi persoalan. Jadi... semuanya saya serah kat Dia untuk menentukan yang terbaik buat saya.
Kerja, macam biasa. Sejak projek di ramped down, terkejar-kejar juga saya nak handle semua defects yang ada. Jadual seharian agak penuh, banyak resolved defects nak kena selesaikan dalam satu hari. Kadang-kadang menginjak ke lewat petang juga baru saya dapat pulang. Fitrah kehidupan seorang kuli macam saya ni ada naik dan turun, ada lapang dan sibuk. Macam ni la. Saya kena terima dan redha pasai ini tanggungjawab dan amanah yang saya pikul. (Perghh ayat...manis gile... hehe)
Dan disebabkan kerja yang agak hectic, ada kalanya, ia sedikit sebanyak menimbus ingatan saya pada hakim..err, maksud saya pada shariah..eh bukan..bukan..... maksud saya pada hakikat percaturan yang Allah dah tetapkan. Sekejap je terkambus. Tapi lepas tu terbuka balik ingatan tu.
Begini dan begitu jalannya buat saya, insyaAllah saya terima dengan lapang hati jalan yang satu ni. Walaupun masih belum ada hitam putih, namun ini adalah sebahagian jalan yang saya kena lalu...buat kali ketiga. Doakan moga ada penghujung... moga tiada yang ke empat....atau seterusnya
Allahuakbar... tengah duk tunggu istikharah membisikkan jawapan, bulan pula datang menghalang pandang. Celaru bertandang. Resah dan gelisah memandang. Saya pun menghilang..
PS: Hilang? eh tak tak.. saya tak pi mana-mana pun...ada je kat sini^_^
18 comments:
salam Afida,
macam betul2 ade aje si encik yang bekerja hakim ni..
ape2 pun, dah memang kuli kan kite ni..kerja kita adalah kerja..kerja mengarah adalah kerja pengarah.. :P
ape2pun dear, jum same2 istikharah!
syg slalu!
Ee...pandainya adik akak ni berkata - kata.. Akak surrender tau.. Really tak tau nak buat ayat cam tu.. Really gifted. Ayat akak more straight lah.. heee... Ni sure romantik kan..
Tak semestinya yg kuli tu ada turun dan naiknya dear.. samam je. dah namanya kehidupan...
huhu..jgn ilang ya~
usah diburu resah dan usah dihambat gelisah. cubalah cari hitam putih jawapan, di samping menunggu arah dari Tuhan.
jangan hilang mcm ahli silap mata tau
Mutiara-->Salam my dear mutiara..hehe,saje je in case kalau ada;)..jom jom, tapi lepas bulan menghilang dulu... huhu
Kak Yan-->eh ayat saya tu merapu je kak yan..tak pandai gak sebenarnya.. he he. Tapi terima kasih sbb k.yan puji;)
Senyum Soya-->eh tak..tak ^_^
Shameel-->insyaAllah Shameel, itu la yang saya akan buat. Cuma bila bulan menghalang tu, rasa resah renyah dan gelisah tu agak hebat..errr
Intan-->eh tak tak.. tak pandai silap mata pun;)
kdg2 mmg pengharapan tu melebihi persoalan..
insyaAllah..akan ada petunjuk buat fida satu hari nanti mengenai pengharapan itu..
"Air mata tulus jatuh di sudut bibir mu
Tak terlintas dendam di bening mata indah mu
Aku yang merasa sangat berdosa pada mu
Masih pantaskah mendampingi mu"
sudah semakin nampak tu..teruskan berdoa
Assalamualaikum my dear:)
InsyaAllah..
Menunggu dlm ketenangan pasti tiada gundah di hati..andai ada keyakinan..InsyaAllah..terkilas jelas..:):)
p.s: Jangan hilang yaa...susah akak nanti ternanti2 fida!!;)
hai kak fida.....apa khabar?
Assalamualaikum wbt
Pernah saya berkata bahawa hidup ini adalah pemilihan. Dah tentulah kita kena ambil yg terbaik! Jalan yg terbaik adalah AlQuran dan Hadis yg perlu kita pelajari dan hayati krn kedua2nya merupakan petunjuk sepanjang zaman (QS25:33). Apa yg telh berlaku merupakan takdir dan qadar ketetapan kita tetapi didalam AlQuran lbh byk menceritakan mengenai qadha utk mengubah penghidupan kita. Mengubah anjakan supaya kita ada masa utk mencari rezeki yg lebih baik, masa ibadah, masa belajar dan hidup dlm pusingan Islam. Surah AlAn`aam:67 لِّكُلِّ نَبَإٍ۬ مُّسۡتَقَرٌّ۬ۚ وَسَوۡفَ تَعۡلَمُونَ Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau tidak) dan kamu akan mengetahuinya.
Kitalah yg menentukan perjalanan hidup kita kearah masa depan supaya tercapai maksud kita QS2:148وَلِكُلٍّ۬ وِجۡهَةٌ هُوَ مُوَلِّيہَاۖ فَٱسۡتَبِقُواْ ٱلۡخَيۡرَٲتِۚ Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (setting point) masing-masing menujunya; oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan .
Andaikata dah ketemu `hakim..err, maksud saya pada shariah..eh bukan..bukan.....` bermakna separuk perjalanan telah pun dipilih dan cuma menanti (bukan hilang sebenarnya) separuh lagi keresahan yg kian mendatang dihati. Wallahualam
Assalamualaikum saudari afida..
Moga saudari sihat hendaknya dan sentiasa dalam rahmat kasih sayang~Nya..
Insya Allah, apa yang ditunggu selama ini akan muncul dengan izinnya dari Allah SWT. Usah resah dan gelisah kerana apa yang Allah tetapkan padamu bisa menjelma bila Tuhan izinkan.
Salam fida,
harap2 mlm minggu tak sibuk kerana esokkan cuti..
wah, akak suka btul ayat akhir tu:
....bulan pun dtg menghalang pandang, celaru bertandang, resah dan gelisah memandang, saya pun menghilang...wau! boleh tulis novel ni.
btw, apa2 hal pun dlm hidup ni mmg kena istikharah, insyaallah, adalah ilham Allah bagi nanti...
Kass-->InsyaAllah kass, moga2.. perghh siap berpantun lagi tu kass, Kass nak kasi kat sapa pantun tu? he he
Imanshah-->Allah shah, tak nampak apa-apa pun lagi ni, doa je yang saya nampak;)
Kak Tinie-->Waalaikumusalam my dear kak tinie... he he..thanks kak. Tak hilang, fida ada je. Tak pi mana2 pun hari ni;)..eh tipu, pi MPH jap tadi, janji dengan adik nak kasi hadiah buku cerita;)
Amy-->Alhamdulillah..akak sihat...amy?
Tajnur-->Waalaikumusalam wbt.. Tajnur..InsyaAllah, saya tak lupa pesan Tajnur tu..dari dulu.. Al-Quran sunnah, cuma itu la. Bila datang je bulan, saya mudah resah. Hati tak berapa nak tenang, tambah-tambah lagi akan beberapa hal yang bakal hadir, yang memerlukan keputusan.....ketenangan ya Allah..ketenangan....
Abdul Razak-->Waalaikumusalam saudara abdul razak... Alhamdulillah, insyaAllah..moga saudara di sana pun begitu juga. InsyaAllah saudara...cuma,bila datang bulan tu saudara, rasa..err.. Saya yakin, dan saya redha dengan apa jua yang bakal Allah bagi, kerana saya tau itu adalah yang terbaik utk saya:D
Norsha-->salam norsha, alhamdulillah, hujung minggu lapang. Tak bzi. Hari kerja je yang bzi norsha. Kerja memang tak pernah bawa balik rumah;).....
hehe, tak layak lagi rasanya nk tulis novel. Tu ayat merapu saya je tu kak.. hehe. InsyaAllah, tunggu bulan hilang, nnti akan saya sambung istikharah. Moga dicondongkan hati ke arah kebaikan..
assalamualaikum Fida
penantian itu sering dikatakan sebagai penyeksaan,
dengan tiba2 bulan menghalang kepada persoalam,
namun yang pasti tinggal beberpa langkah lagi,
pasti ada jawapannya daripada Dia,
kerna siapa yang menjaga hakNya,pasti Dia kan menjaga hak hambaNya itu.
wassalam
Istikharahlah.
doesn't these my life is so beautiful? syukur pd-Nya
Kak Ummu-->Waalaikumusalam kak ummu, alhamdulillah, Allah tak kasi fida duk nanti lama2. Allah dah tetapkan dah kak. Mulut akak tu tak masin.. he he. insyaAllah, semua ni fida terima dengan redha, pasti...pasti ada yang terbaik utk fida, utk kita semua, insyaAllah..
Naim-->InsyaAllah naim..insyaAllah.. tp dah ada jawapan pun;)
Nahmy-->yes nahmy..so so beautiful.. tak sanggup lagi rasanya nak minta-minta sebab nikmat yang diberiNya terlalu banyak..
Post a Comment