Tak pernah sekalipun dia bercinta, apatah lagi untuk pernah putus cinta. Namun, kenapa pula hatinya sukar ditembusi? Sakit apa pula ni?....
Petang semalam saya berjanji dengan Kak Sal untuk berbasikal di Taman Botani. Pertama kali plan nak berbasikal di sini sejak saya menghuni bumi Putrajaya ni hampir 4 tahun yang lalu, sungguh! Tapi takdak rezeki kami nak berbasikal pasai kami lambat sampai. Rupanya, waktu booking basikal ditutup tepat jam 5 petang. Kami tiba 5.15 petang.......sayang....
Last-last saya ajak Kak Sal ke MPH Alamanda. 'Berbasikal' dalam MPH kononnya. Belasah la pi Alamanda dengan seluar dan kasut sukan pun, nampak selekeh, tapi sapa nak pandang iyer dak?
Biasanya kalau saya masuk MPH Alamanda tu, tak sah kalau tak bawa balik buku, tak sah kalau duit tak melayang. Padahal ada satu buku yang saya beli minggu lepas, tak habis pun lagi baca...errr...
Dari nak sihatkan badan kononnya... pi sihatkan minda... ok la kan?
20 comments:
aishh..
kedai bukulah tempat reakrasi dan rehat yang paling baek buat mutiara selama ni..
kalau tensen pon,sedih or stress, situ lah tempat mutiara p..(selain temapt2 yg wajib dan semestinya kite p -masjid,quran,solat dll)
buku. buku. buku.
jogging sudah
waaaa bestnya boleh selalu2 pegi kedai buku macam tu!!!! aku kalau balik BP boleh la.. tu pun kadang2 tak sempat nak pegi. tapi kat BP x de MPH, ada Popular je. Tp tu pun aku dah cukup suka! Boleh je spend berejam2 kat sana sorang2. Habis 1 kedai aku tawaf... Sama mcm ko, w/pun ada buku yg x abes baca lagi, tp tetap mahu membeli, dengan alasan,,, nanti2 entah bil lagi nak pegi sini,, hehehe. Aku ni lagi la.. Sibuk2 dengan keje x de feeling nak sambung baca buku yg dibeli. Baca buku teks aje ler Fida tiap2 hai, hehehhe
abaikan typo error aku itu ye, heheh
setuju...setuju...mmg setuju tahap cipan belang!
Assalamualaikum
Maiza pernah sampai kat situ tp tak pernah dan naik basikal hehe... rumah adik Maiza dekat la dng alamanda.. eh.. hr tu Maiza g sana lupa la.. klu takk bleh kita jpa ;)
Assalamualaikum wbt
Eh! ingatkan tajuk en3 `From Kulim/Taiping with Love...` saja yang ada. Mungkin saya merapu kot.
Mana mungkin manusia tidak pernah mengalami cinta kecuali tidak kesampaian.
Rasa cinta pasti ada, Pada makhluk yang bernyawa
Sejak lama sampai kini, Tetap suci dan abadi
Takkan hilang selamanya, Sampai datang akhir masa.
Perasaan insan sama, Ingin mencinta dan dicinta
Bukan ciptaan manusia, Tapi takdir yang kuasa
Janganlah engkau mungkiri, Segala yang Tuhan beri
**RENUNGKANLAH.....
Wallahualam
ok jugak tu fida...membaca jugak salah satu cara hilangkan stress..
Mutiara-->Lepak berjam-jam pun tak sedar yer dak... betul2..kadang2 bleh hilang stress jugak kan..oh
Imanshah-->Dah tiap2 minggu joging kat bukit tu shah..bosan.sesekali nk berbasikal;)
Dd-->aku pun tak berapa minat dgn popular..minat MPH je.pasai MPH la yang aku paling dekat dgn aku..eh aku dh pernah pergi sekali popular..mmg tak best..errr.. buku teks cikgu tak payah baca banyak sangat... suh murid2 baca d.. heee
Nahmy-->Amboi2 nahmy...cipan belang haa
Maiza-->Waalaikumusalam Maiza.. larr..hehe takpa takpa, nanti ada jdoh kita leh jumpa. Lain kali klu plan nak mai cni, roger la awal2 eh..
Tajnur-->Waalaikumusalam wbt... huh,definitely memang merapu tu.. mana ada kulim (pernah dengar tajnur tulis dulu2 mentang2 la saya nk ke kulim kan terus tangkap muat kulim..)..ni Taiping pulak...haihh, dari mana la dia dapat Taiping tu.. he he. Mana mungkin manusia tidak pernah mengalami cinta kecuali tidak kesampaian...satu lagi tak pernah bila cinta itu dipendam tak pernah terluah;)..
InsyaAllah kalau Tuhan beri rasa tu satu hari nanti, takkan saya mungkiri. saya akan ingat kata2 Tajnur tu..errrr.
Kak Kamsiah-->hilangkan stress dan sihatkan minda...;)
Assalamualaikum saudari afida...
Moga Allah limpahkan kesihatan dan ketenangan buat kita semua..
Berjalan dalam MPH tu pun dah kira exercise juga, pasti jauh jalannya jika mahu mengira...
naik basikal???macam best je..:)
duit merlayang untuk perkara yang berfaedah takpe..ia berbaloi2 kan
aha..
tu dinamakan sihat fizikal dan minda..hehe..
suka lepak kat MPH..cuci mata ngan buku2..
ok je fida, mana2 pun :)
tapi ayat kat atas tu tak berapa nk fahamlah ? ce cite, ce cite
sihat minda tu penting , saya pun suka ke kedai buku. Kalau masuk kedai buku, biasanya adalah buku yg akan disambar.
Assalamualaikum my dear dik fida:)
Seingat akak dulu..naik basikal masa sekolah rendah jekk...lepas tuuu tak naik2...ingat ke tak lee skill bwk basikal nii..aduhaii!!
ermmm...seronok jugak kan g MPH tuu..best bila cepattt jek nak beli buku...tapi nak baca tuu lambatt skit...@!!heheh..alasan..BZzzzzz!huhu
Berbasikal kalau buat adventures sambil menikmati keindahan alam, menarik tu. Boleh aje..x dpt berbasikal, dpt ke kedai buku pun jadi jugak.
Abdul Razak-->Waalaikumusalam wbt.saudara.. insyaAllah..alhamdulillah..moga saudara pun begitu juga..
Itu la..saya rasa pun begitu saudara. Boleh la nak ganti exercise naik basikal:)
Aisya-->tp akak tak naik2 pun lagi dik..huhu..tengok la wiken akan datang ni, kalau rajin..huhuu
Sahrom-->insyaAllah..berbaloi2 sahrom;)
kass-->kan kass? cuci mata dgn buku..dengan org2 yang cintakan buku pun boleh cuci mata gak..errr
Norsha-->he he, norsha, ayat kat atas tu fida ambil dr buku yang baru fida beli ni haaa..err kononnya ada kaitan dgn hidup ni, tu yg gatai pi tulis tu;)
Shameel-->Kan shameel? rasa tak sah hidup kalau keluar kedai buku tangan kosong..huhu
kak Tinie-->Waalaikumusalam my dear kak tinie..hehe..fida time U ada jugak naik basikal kak..insyaAllah ingat lagi kot.. hehehe... tu la..beli beria laju..tp nak habiskan satu2 tu. Kononnya bizi sangat..tapi ... he he
Damai Suria-->bole la damaisuria..sekadar mengisi masa lapang di petang hari..hujung minggu..;)..
assalam Fida
"Tak pernah sekalipun dia bercinta, apatah lagi untuk pernah putus cinta. Namun, kenapa pula hatinya sukar ditembusi? Sakit apa pula ni?...."
pernah akak temui ayat di atas,
dan rasanya akak memahaminya,
namun sukar utk menghuraikannya
Waalaikumusalam kak ummu..
ayat kat atas fida petik dari kulit belakang novel yang baru fida beli.errr..pastu macam terasa ada kaitan dgn hidup ni..he he..
kan..fida pun faham..tp nak jelas tu..hanya yang merasai kut faham;)
Post a Comment