Malam...

Tuesday, December 07, 2010
Bulan menyimbah warna terang tari,
Walau jauh di sana,terasa dekat amat dengan diri,
Sesekali nikmati malam sendirian berteman sepi,
Bisa warnai hati jadi seindah pelangi...

Dalam terang malam berteman bulan, ada harapan tulus dari gadis manis di hujung mimpi. Harapan bersempena tahun baru 1432 Hijrah dan harapan bersempena bulan terakhir tahun 2010. Harapan agar sepi malam ini bisa menutup segala kisah haru yang pernah dilalui dulu.

Apa pun yang penting, saya (tetiba jadi saya, tadi gadis manis....err) perlu dirikan asas yang kukuh, agar tidak mudah jatuh dan tersungkur, kemudian lemah lagi. Saya mahu jadi kuat yang sungguh-sungguh supaya nanti, walau sehebat mana badai yang melanda, saya tetap boleh tersenyum. Tersenyum panjang. Bukan menangis di dalam.

PS: Saya tahu saya lemah, tapi saya tak mahu mengalah...bisa aja kan?

17 comments:

IMANSHAH said...

salam

malam ini di ipoh tak nampak bulanpun..hehe, alamat hari nak hujan

Adliff said...

malam ini di tempatku kelihatan bintang kejora bersinar terang. rembulan tiada.

menikmati kesunyian malam dengan secawan kopi susu dan sebuah buku.

selamat maalam Afida, ingat kita adalah musuh pada diri sendiri, maka lawanlah sekuat tenaga :)

MaizaC'Joe said...

kat sini sejuk semcm.. bulan pun tak timbul, apatah lg bintang langsung tiada.. Namun, harapan tetap ada moga bulan akan muncul tiba2.. mana la tau kan.. buat peneman mata pun tak apa.. :)

Walau jauh di sana,terasa dekat amat dengan diri.. hehe

take care kak!

Pn Kartini said...

Salam my dear..:)
Aduhai..akak tak sempat nak tinjau2 panorama nihh..ada bintang ke..sang rembulan ke..sang cangkerik ke..
Dalam apa jua keadaannya..diri bisa tersenyum..ikhlas...;)

uj said...

tentu sekali bisa donk..mbak fida..hehe

kekuatan kita sendiri yang perlu bina...berdasarkan apa yang kita minta dan yang kita mampu..

moga-moga Allah permudahkan urusan kita... amin...

Abd Razak said...

Assalamualaikum saudari afida..

Moga saudari sentiasa sihat hendaknya serta sentiasa dalam redha~NYA..

Ketika bangun sebelum masukwaktu subuh pagi tadi melihat keluar pun tak kelihatan bulan..

Alhamdulillah, Allah masih memberi kesempatan untuk hidup di dunia ini dan terus beribadah kepada~NYA..

nurkass said...

assalamualaikum fida..
emm..samalah..diri merenung bulan berteman sepi..sunyi..memohon diberi kan jalan yg terbaik dlm hidup ini..sob..sob..

Azian Elias said...

Amboi3.. sentimentel2 lah pulak ye.. Apa -apa pun Good Luck and salam maal hijrah

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Malam...! Pada malam2 beginilah kita perlukan memperlengkapkan diri apa yg kekurangan bagaikan berpakaian dan pada malam beginilah secara fitrahnya manusia perlukan rehat dlm tidurnya supaya dpt membina kembali kekuatan pada keesokan harinya. Surah Alfurqan:47 وَهُوَ ٱلَّذِى جَعَلَ لَكُمُ ٱلَّيۡلَ لِبَاسً۬ا وَٱلنَّوۡمَ سُبَاتً۬ا وَجَعَلَ ٱلنَّہَارَ نُشُورً۬ا Dan Dialah Tuhan yang menjadikan malam untuk kamu sebagai pakaian dan menjadikan tidur untuk berhenti rehat, serta menjadikan siang untuk keluar mencari rezeki.
Biasanya, pada malam2 beginilah manusia lebih berkeyakinan dalam permuafakatan dan lebih yakin dlm percakapannya utk bangkit dari jatuh dan tidak akur kpd kelemahan.
Surah AlMuzammil:6إِنَّ نَاشِئَةَ ٱلَّيۡلِ هِىَ أَشَدُّ وَطۡـًٔ۬ا وَأَقۡوَمُ قِيلاً Sesungguhnya bangun di waktu malam adalah lebih tepat [untuk khusyu’] dan perkataan di waktu itu lebih teguh.
Wallahualam

Stridz said...

"Cut! kenapa kau kata di bawah sinaran lampu minyak tanah??!" Direktor Ahmad Nifsu.

"Sebab semalam saya tunggu punya tunggu punya tunggu...bulan tak timbul-timbul" Ramli (muka innocent)

azzey said...

Afida Anuar: betul tu, jgn mengalah dan terus berserah!

p/s: slm ziarah dari saya....

Rashid said...

ermm saper kata afida lemah? kalau lemah lembut sopan santun tu adale .. hehe. (wah nampaknya ada orang kena belanja ni..)

ohya.. fida cuba terjah bloglarian. Okey ke tak idea baru diorang tu?

Afida Anuar said...

@ImanShah-->Ohh..semalam pun tak nampak bulan. Hujan dari pagi ke malam, hingga ke pagi ni..

@AliffMuhammad-->ahaa, betul tu...musuh kita adalah diri sendiri. THanks alip..kerana mengingatkan apa yang fida lupa..

@Maiza-->hehe.. woww mai pun ok jugak bab puitis2 ni.. jaga diri juga..

@Kak Tinie-->tinjau la akak, pasti terpesona.... takmo tengok lain dah:P

@UJ-->tetiba jadi indon eh UJ..insyaAllah moga Allah kuatkan kita dalam apa yang kita lemah..

@Abdul Razak-->Waalaikumusalam saudara..moga saudara pun begitu jua...itu la, pagi tadi sebelum subuh, saya jenguk juga ke langit, bulan takde..bintang mcm ada sebiji je..err...Malam ni pula bulan takde, hujan kat sini dari petang tadi...

@Kass-->Waalaikumusalam kass, ahaaa,kass pun suka merenung bulan bintang? nampaknya kita punyai habit yang sama!..hehe

@kak yan-->Sekali sekala kak yan, secukup dan sesedap rasa je;)

@Tajnur-->Waalaikumusalam wbt..Tajnur, Thanks sudi berkongsi... Malam itu sendiri sudah membuktikan 1001 keajaiban alam ciptaan ilahi.. malam cantik, malam dingin, malam lebih tenang...malam ada bulan!..maaf, merapu pula saya..

@Aben-->hehe, dah boleh bayang muka Ahmad Nisfu macam mana, muka Ramli pula macam mana...

PS: malam ni bulan tak muncul aben, kat sini hujan dari petang tadi larat ke malam, hingga ke pagi ni..

@Azzey-->insyaAllah azzey..saya cuba...thanks..

Cikgu Rashid-->Ahaaa, betul tu cikgu, lemah lembut!...hehe dan dan..ok ok, sat lagi ada masa fida terjah..alamak, kene tag!..hehehe..thanks cikgu rashid, mengglemerkan blog fida kat blog cikgu..errr

DrSam said...

Salam afida,
Semoga perjalanan di awal muharam ini menjadi sebaik dan seindah bait-bait sajak yang dilukir tersebut. Senyum sokmo :)

sahromnasrudin said...

as salam ziarah fida..asyik hujan je, bulan pun menyorok huhuhuh

Khairy said...

peh...wish hijrah dengan penuh perasaan. Sampaikan gadis manis bertukar jadi saya...haha

Afida Anuar said...

Dr Sam-->Salam dr... Ameen.. insyaAllah dr.sam..moga2.. hehe, tengah senyum ni;)

Sahrom=>ahaa, itu la sahrom. Alhamdulillah malam ni bbulan cerah kat cni..

Khairy->hehehe..biasa la tuh.. bab2 manis tu memang saya....)

 

Browse