Bila saya nak buat sendiri sesuatu yang saya yakin boleh buat sendiri, ada saja halangannya. Ada saja rasa yang tidak sedap bertandang dalam jiwa. Ada saja kacau dan racau yang menambah perisa. Tambah dengan hadir bulan yang merenggut sedikit ketenangan lagi menambah selirat yang ada ....entah apa-apa.
Interview pada hari Khamis ni, secara jujurnya saya masih belum bersedia 100%. Masih banyak isu-isu pendidikan yang saya belum hadamkan. Setakat baca apa yang ada dalam buku Mtest ni... bagi saya masih tidak cukup. (Wahh macam bagus je kan, Cik Fida ni nak baca semua isu berkenaan pendidikan, padahal isu pendidikan yang dalam buku Mtest seciput ni pun Cik Fida tak habis baca lagi..errr). Apa pun, pohon doa dari kalian semua... doa yang terbaik buat saya. Dapat atau tidak, belakang kira.
Hakikatnya, bukan senang sebenarnya untuk bertukar kerjaya. Sungguh! Sejak saya mengetahui saya lulus ujian Mtest tu, ada satu rasa yang sukar untuk saya simpulkan. Macam mana nanti kalau saya lulus interview pula? Satu hijrah yang sangat besar bakal saya lakukan.
Yang pasti, saya sayangkan kerjaya saya sekarang ni. Teringat kisah perjalanan 'job hunting' waktu dulu-dulu. Banyak sungguh ranjau dan liku yang saya terpaksa tempuh untuk saya menempatkan diri dalam industri ni, sampaikan 'merajuk' bawa diri ke India sana...err. Kisah lama...saya dah pernah tulis kisah ni dulu-dulu. Antara persimpangan untuk bergelar pendidik juga tu.
Apa pun....demi sebuah harapan yang kudus dari hati yang tulus, mungkin inilah masanya untuk saya bertukar tempat, bertukar kerjaya, bertukar angin, bertukar rasa, InsyaAllah jika diizinkanNya. Saya hanya mampu berusaha dan berdoa, Dia yang menentukan.
Tiba-tiba ada rasa asing. Wajar untuk saya berhenti di sini. Bai..
18 comments:
hai topik arini sume psl keje :p
salam cik pida... rindu la
fida, ja ada beli panduan duduki Mtest tempoh hari. Kalau nak saya bagi ya.
salam my dear:)
InsyaAllah...atas niat yang baik dan ikhlas..akan dipermudahkanNya segala urusan fida..:)
InsyaAllah.....:)
as salam ziarah..saya minat entri ini..semoga interview hari khamis ini akan membuka lembaran baru dlm hidup awak ye, fida...
as salam fida..harap sihat sentiasa..memang kacau hati bila nak berhijrah ni kan..yang lama tetap disanubari..huhu..tapi kalau untuk kebaikan takde salahnya kita berkorban..
kass doakan semoga fida buat yang terbaik esok dan semoga fida berjaya dalam apa jua bidang yang fida ceburi..amin..
Fida... kena tahu isu semasa...
kemudian falsafah pendidikan negara...
good luck! :)
Salam k.fyda,
smg berjaya tau! nk tanye k.fyda amk kos it ke? so apply guru subjek ape yer? Tq
**ber m.i.n.a.t..hehe
Assalamualaikum wbt
InsyaAllah, kami mendoakan yg terbaik utk Afida semoga dipermudahkan Allah SWT dlm semua urusan. Hidup adalah waktu dan hidup juga adalah pemilihan. Kalau dah sampai ketika kita perlu mengubah kerjaya kita kearah yg lebih selesa, kenapa tidak? Takkanlah selama2nya kita nak `job hunting` dan rasa tension. Bukankah lebih mudah jadi pendidik yg berdepan dgn anak2 didik disamping dpt menumpukan masa yg lebih terhadap ibubapa! Alah, perasaan asing tu hanya sementara krn debaran `interview` kot krn hormon pmpn sentiasa tidak stabil...
insyaAllah akak.walau apa keputusan akak percayalah semuanya dtg dari Allah.
tetiba rasa sedih.makin ramai yg takde.makin sunyila ofis..
apa2 pn gudluck ye kak
Cik Toin-->nak buat macam mana cik toin, hidup untuk kerja..hehee...
rindu cik toin juga..lama menghilang cik...
@Khairi-->Khairi, thanks...dah ada..sorry lambat reply,sampai awk kene sms... dah lepas, kita tunggu result nanti...dup dap dup dap..hehe
@Kak Tinie-->InsyaAllah..doakan yang terbaik tuk fida ye kak..walaupun dapat ke idak..
@Sahrom-->Thanks sahrom... dah lepas dah semalam.... masa interview pasal personal, soalan pun ala2 macam nak perangkap juga...aduhh...
@Kass-->Salam kass, thanx.. insyaAllah doakan yang terbaik untuk kita semua, walaupun di mana kita berada.... aduhh berdebar nak tau result pulak ni kass..hehe
@Kay-->Kay, thanks, semalam dia tak tanya pasal falsafah pun, dia tanya macam mana nak improve english dekat budak2 luar bandar...
@Ima-->Salam ima..yes, akak amik kos IT, apply cikgu bahasa inggeris. Ima pun ada apply?
@Tajnur-->Waalaikumusalam wbt..Tetiba ada rasa sayang yang amat Tajnur nak meninggalkan kerjaya sekarang. Eh kerjaya saya sekarang ni pun selesa jugak tau! tension pun bukan selalu, once in a blue moon je, errr...hehe. Apa pun, interview dah lepas semalam, insyaAllah ada rezeki saya untuk menjadi cikgu, ada la tu...tawakkal.. doakan yang terbaik!
@yus-->Thanks yus... errr, akak pun sedih opis sunyi nanti...huhu
Assalamualaikum saudari afida..
Moga saudari sihat hendaknya serta sentiasa dalam rahmat kasih sayang~Nya..
Maaf terlambat...setiap kebaikan itu Allah akan buka jalannya untuk mereka yang sentiasa mensyukuri nikmat~Nya...
Moga saudari berjaya dan dipermudahkan segala urusan..amin
Salam Fida,
nak tukar keje. Kalau dah suka keje yg sekarang, kenapa nak tukar?
wah exam lepas..dpt intebiu hebatlah.. buat betul2....
wawa3 msti k.fyda speaking brhabuk tuh! kalo ima skeaping...hahaha
Chaiyok chaiyok.
Rabbuna yusahil.
@Abdul Razak-->Waalaikumusalam wbt..Moga saudara pun begitu jua..insyaAllah..Aminn..moga2... thanks buat doa..
@Kak Yan-->Salam kak yan, hehe..panjang ceritanya...eceh, nnti la...kalau boleh cerita..
@Deeb-->InsyaAllah deeb, ada rezeki..
@Ima-->hahaha..berhabuk la sangat. Terkucil2 jugak la lidah ni..errr
@Bijen M-->Thanks...insyaAllah
Salam Afida
InsyaALlah hijrah yang dilakukan adalah betul..saya menunggu anda di padang yang sama
Salam imanshah..
InsyaAllah iman, ada rezeki saya menjejak padang sana yang sama dengan iman...... doakan yang terbaik..
Post a Comment