Sebelum Azan Subuh Berkumandang...

Friday, March 19, 2010
Masuk kali ni, ini kali kedua ayah dan ibu saya mengunjungi tanah suci selepas 13 tahun mereka meninggalkannya. Mereka telah ke sana pada tahun 1997 yang lalu bagi menyempurnakan ibadat haji. Bagi saya pula, ini kali pertama saya ke bumi barakah itu. Alhamdulillah, ayah dan ibu banyak memberi tunjuk ajar sebelum dan ketika keberangkatan saya ke sana, juga sewaktu di sana..apa yang wajib buat, apa yang tidak boleh buat, dan bermacam-macam lagi.

Saya sangat-sangat bersyukur kerana Allah bagi saya peluang untuk menunaikan ibadat umrah bersama kedua orang tua yang sangat saya kasihi. Saya mendoakan moga di waktu akan datang saya dan kita semua dipanggil untuk menyempurnakan ibadat Haji pula. InsyaAllah..moga Allah menjemput saya dan kita semua untuk itu kelak. Aminn..

Ini cerita saya, cerita permulaan orang kata. Banyak nak cerita sebenarnya, cerita biasa dan juga cerita luar biasa. Tengok la kalau diberi kelapangan dan kesempatan. Moga ada yang boleh dijadikan iktibar dan pengajaran dari cerita-cerita saya, cerita ini atau cerita-cerita yang akan datang, InsyaAllah.

Kami tiba di lapangan terbang Jeddah dari KLIA sekitar jam 8 petang waktu di Jeddah. Atau hampir pukul 1 pagi waktu Malaysia. Penerbangan yang memakan masa selama 9 jam membolehkan keletihan sewaktu berada di dalam perut kapal terbang memamah urat-urat badan yang ada. Keletihan badan akibat lama berada di awan tinggi ditambah dengan kesakitan kepala akibat langsung tidak tidur di sepanjang penerbangan meronta-ronta minta diubat, tapi saya buat tidak endah. Biasa la...badan saya ni tak boleh dimanja-manja sangat. Kalau dilayan pasti makin teruk sakitnya. Tatkala kami melangkah keluar dari perut kapal terbang, haba tanah arab yang suam-suam kuku menyambut kedatangan kami. Enak sekali rasanya.

Namun keenakan haba itu tidak bertahan lama. Ia bertukar jadi kepanasan yang menggelegak gara-gara kerenah pegawai kastam berbangsa arab yang bersikap entah apa-apa. Pemeriksaan keluar ketika di lapangan terbang Jeddah boleh dikatakan sangat cerewet. Sudah la ramai yang amat orang yang menunggu, bukan group kami yang seramai 42 orang ni ja. Tapi beratus-ratus orang, mungkin beribu-ribu. Mereka boleh pulak buat kerja sambil berlengah-lengah!!! Siap tangkap gambar kami sorang demi sorang. Ambil cap jari kelima-lima jari kami bagi dua-dua belah tangan!!! Pastu ada hati nak beramah mesra sorang demi sorang. Saya dah mengomel sorang-sorang dalam hati. Bayangkan hampir 2 jam lebih kami menunggu untuk hal itu! Nasib baik kepanasn yang menggelegak itu berjaya disejukkan sedikit dengan kesabaran. Tempat diaorang, nak buat macam mana, memang kami terpaksa ikut. Sabar je la.... Lupakan kisah yang menggugat kesabaran itu. Kita sambung balik kisah perjalanan ke Makkatul Mukarramah...ok?

Lebih kurang pukul 10.20 malam waktu KSA (Kingdom of Saudi Arabia) barulah kami menaiki bas dari lapangan terbang Jeddah untuk bertolak ke Masjidilharam di Mekah. Menurut ustaz Mokhtar, jika jalan tidak jam, perjalanan dari Jeddah ke Mekah cuma memakan masa sejam setengah je.

Kami telah berniat ihram sewaktu di dalam kapal terbang. Jadi malam ini akan jadi malam yang panjang bagi kami. Letih penat yang datang semua kami tolak ke tepi. Sewaktu saya lihat wajah ibu dan ayah, kepenatan memang jelas terpancar, tapi alhamdulillah mereka masih gagah dan kuat sama seperti saya. Allah betul-betul bagi kami kekuatan. Syukur..

Di dalam bas, kami bertalbiah di sepanjang perjalanan untuk ke Mekah. Ada rasa yang menggamit di hati saya...entah la. Apa pun talbiah menjadikan kami bersemangat. Sungguh! Penat dan letih hilang entah ke mana. Alhamdulillah!!! LabbaikaAllahummalabbaik...

Setibanya kami di Mekah, Ustaz Mokhtar membawa kami mengunjungi masjidil haram untuk menyempurnakan ibadah tawaf ,saie dan tahallul. Waktu tu sekitar pukul 12.30 pagi. SubhanaAllah perjalanan lebih kurang 5 minit dengan berjalan kaki dari hotel tempat kami menginap ke masjidilharam mengundang pelbagai rasa. Sebak, terharu, semua bercampur baur. Macam mimpi pun ada bilamana melihat masjidil haram buat kali pertama. SubhanaAllah... SubhanaAllah...

Jejak je kaki memasuki masjidil haram melalui pintu King Abdul Aziz, saya sudah nampak kelibat kaabah yang megah berdiri di tengah-tengah masjid dari jauh. Selangkah demi selangkah saya menghampiri untuk melihat dengan lebih jelas. Hati saya berdebar-debar. Tiba-tiba muncul satu rasa dari hati yang saya tidak pernah rasakan selama saya hidup di atas muka bumi ni, rasa bilamana kaabah betul-betul berada di depan mata saya. Saya tidak tahu macam mana saya nak cerita kat sini. Tapi itulah rasanya. Sedar-sedar air mata sudah menitik-nitik jatuh...

Dengan sedikit tunjuk ajar dari Ustaz Mokhtar beserta buku panduan ibadat umrah yang berada di tangan kiri saya, sambil tangan kanan saya erat memaut lengan kiri ibu, dengan lafaz BismillahiAllahuakbar, saya melakukan ibadat tawaf buat kali pertama. Begitu juga dengan saie di antara Bukit Safa dan Marwah dan juga tahallul. Semuanya kali pertama buat saya. Alhamdulillah lengkap ibadat umrah pertama saya sebelum azan subuh berkumandang di Masjidilharam pagi tu. Perasaan saya, Allah je yang tahu. Syukur, terharu, gembira...semua ada, SubhanAllah.. Alhamdulillah...Allahuakbar!!!

12 comments:

Anonymous said...

uuuuuu....sebaknya baca

Afida Anuar said...

u jangan nangis skrang, nnti klu orang kg ai tengok malu..erkkk

Tirana said...

kak tirana yang baca cerita fida ni pun menitis air mata..aduhai..

Kay said...

air mata menitis kali kedua...

sambungan jgn lupa yek Fida!

Khairi Mohd said...

rindunya masjid haram. part dua kat masjid nabi ya.

Allah maha besar, hikmah semua itu amat besar. :)

rindu tanah jeddah.

UstazCahaya said...

Salam Afida.

Alhamdulillah. Sudah selamat semuanya. Tahniah ya;-)

"..moga Allah menjemput saya dan kita semua untuk itu kelak. Aminn.."

Amin amin amin.

Shy Syaz said...

seronoknye dah dpt pg sana..
insyaAllah, ade rezeki harap2 shy jugak dpt wat haji and umrah kat sana..amin..

~Ikut Rentak Jari~ said...

salammm ...
fida antara yang bertuah kerana telah sampai ke sana .... tahniah ...

tajnur said...

Salam!
Betapa bertuahnya Afida bila berada diRumah Allah, seolah2 menjadi tetamuNya. Lupa segala kepenatan dan kesukaran yg dialami sebelum ini.

nahmy said...

membacanya pun dah sebak...apalagi bila berada disana. syukran atas perkongsian...tak sabar menunggu sambungan ni

Faridrashidi said...

Salam,

Tahniah kerana berjaya ke sana dan pulang dengan selamat. Sudah penuhi permintaan saya?

Teruskan menulis kisahnya ya.

Afida Anuar said...

Kak Tirana-->erkk..ampun kak tirana..bukan niat nk buat orang menangis.. tp bila sampai sana mmg sebak sangat..

Kay-->kay..don't be sad... sambungan..erkk..hehehehe.. too soon to tell..hehe

Khairi-->part masjidilharam banyak lagi nak cerita..hehe..sabo sabo.. sy pun rindu suasana sana,bau,orang,masjidilharam,air zam zam yg melimpah ruah.. semua la...balik mesia demam..mak kata sy demam rindu tanah haram..huhuh

Ustaz Cahaya-->salam ustaz. Terima kasih ustaz..aminn, insyaAllah moga2 kita dijemput kelak..

Shy-->insyaAllah shy... doa banyak2. InsyaAllah shy n keluarga pn akan ke sana juga...

Cegulinn-->salam cegulinn..Aminn..insyaAllah. Cegulinn pun akan sampai...

Tajnur-->salam! Benar tajnur..kalau ikutkan penat travelling mmg tak leh nak cerita,tp semua tu terubat sekelip mata bilamana mengingatkan rumah Allah itu...ajaib sungguh..

Nahmy-->terima kasih sudi membaca.. tengok la kalau sy diberi kekuatan utk sambungannya..

FaridRashidi-->Salam.. alhamdulillah. Salam farid telah sy sampaikan. Tp orang perempuan tak boleh melawat makam baginda. Jadi saya sampaikan salam farid ketika berada di Raudah.. Doa tu, insyaAllah... moga Allah makbulkan..Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik utk hambaNya..

 

Browse