Doa Makbul (2)...

Tuesday, March 23, 2010
Di Masjidilharam, solat jenazah akan dilakukan setiap kali selepas solat berjemaah. Seingat saya, sepanjang saya di Masjidilharam tidak pernah lagi solat jenazah tidak dilakukan selepas solat wajib. Pasti ada kematian yang menjengah pada setiap waktu solat. Kadang-kadang kelihatan seorang demi seorang jenazah diusung memasuki masjid untuk disembahyangkan. Ada waktu yang mencecah sehingga 8 orang atau 9 orang.

“Dari Allah kita datang, dan kepadaNya jua kita akan kembali”

Kebiasaannya saya akan menunggu Imam selesai mengimamkan solat jenazah sebelum mengangkat punggung keluar dari masjid. Dalam perjalanan keluar, boleh dikatakan tiap-tiap waktu saya berpeluang menyaksikan jenazah-jenazah diusung keluar dari masjid melalui pintu King Abdul Aziz 1 di lorong yang paling kanan. Saya cuma berpeluang melihat jenazah-jenazah diusung dari jauh memandangkan saya biasa menggunakan lorong tengah atau lorong paling kiri.

Ada satu hari, usai solat asar. Sambil kaki melangkah memasuki lorong tengah untuk keluar melalui pintu King Abdul Aziz, dengan langkah yang sangat perlahan disebabkan himpitan manusia, saya mengintai-intai ke arah laluan yang paling kanan. Tapi petang tu, tiada satu jenazah pun yang kelihatan, cuma lautan manusia yang bergerak perlahan untuk keluar dari perut masjid. Saya berbisik perlahan kepada ibu yang berjalan di hadapan sambil memimpin tangan saya erat.

"Ibu, kenapa tak nampak lagi eh orang-orang yang usung jenazah? Ke dah keluar? Ala kalau dah keluar, tak sempat la Kak Nor nak tengok mereka petang ni"

"Kenapa kak Nor nak tengok sangat?", ibu bertanya dengan musykil.

"Saja, boleh buat kita ingat kematian, dan boleh mendoakan mereka yang 'pergi' tu sekali", saya kata kat ibu.

Tup tup, tiba-tiba kedengaran kecoh sekali suara pak-pak arab dari belakang kami. Rupa-rupanya mereka-mereka yang bertugas mengusung jenazah-jenazah ni melalui lorong tengah yang kami sedang lalu. Padahal kebiasaannya mereka melalui lorong kanan. Mereka dengan pantasnya mengarahkan kami segera ke tepi sedikit agar orang-orang yang mengusung jenazah-jenazah dapat lalu dengan mudah. 5 atau 6 jenazah melalui depan-depan mata saya. Saya terlopong. Mak dengan segera berbisik.

"Hah, Kak Nor nak tengok sangat jenazah kan? Dia kasi tengok depan-depan mata, bukan dari jauh macam yang selalu kita tengok".

Saya pegun seketika. Sungguh, itu lah kali pertama saya melihat jenazah-jenazah dengan jarak yang tersangat dekat. Saya tidak terkata, dalam hati, saya tidak putus-putus bertasbih. SubhanaAllah...SubhanaAllah sambil mendoakan kesejahteraan mereka yang 'pergi'.

Di samping kisah-kisah kebaikan atau kemudahan yang dianugerahkanNya, tidak lupa ada juga beberapa mehnah atau ujian yang Dia bagi saya rasa ketika di sana.

Masih di satu petang, usai solat asar tapi di hari yang berlainan. Sambil berjalan beriringan dengan ibu untuk pulang ke hotel untuk mandi-mandi dan bersiap-siap untuk pergi solat magrib dan isyak, pemandangan lain yang biasa saya lihat di tengah-tengah lautan manusia adalah pemandangan sebahagian burung merpati sedang mematuk makanan yang orang ramai lempar di tepi jalan dan sebahagian lagi burung merpati terbang merentasi lautan manusia yang baru keluar dari masjid. Ada suasana indah dan damai pada pemandangan ni. Saya suka. Tapi entah mengapa hati saya boleh pula terdetik petang tu. Petang-petang sebelum tu takde pula nak terdetik.

"ni kalau burung-burung yang terbang berak ni, habis la".

Berjalan tak sampai lima langkah, saya dengar ibu mengadu telekungnya terkena najis burung. Saya dah cuak. Kesian ibu. Tengok-tengok telekung saya yang bersentuhan dengan telekung ibu pun terkena tempias sedikit, alahaii...

Sambil mencuci-cuci najis burung, boleh pulak saya tanya ibu.

"Ibu,apa yer dosa yang kita dah buat, sampai burung boleh berak atas telekung kita?"

Ibu senyum. Tentang dosa,ibu kata waAllahualam. Diri sendiri lebih tahu dan perlu pohon ampun dari Dia. Tapi yang ibu tahu, Allah nak uji kita. Yer la, kita susah-susah kene cuci najis burung tu semua, insyaAllah Allah nak kasi pahala kat kita. Ibu senyum. Saya pula sepi tidak terkata, apatah lagi pasal lintasan yang terlintas di hati saya tadi, langsung tidak saya khabarkan pada ibu.

Itu antara kisah-kisah doa atau kata-kata yang Allah terus makbulkan ketika saya di sana. Makbulkan terus depan mata, SubhanaAllah... InsyaAllah, entry akan datang, mungkin kisah lain pula. Tengok la macam mana. Owhh yer, maafkan saya kerana saya suka bercerita sampai meleret-leret jadinya. InsyaAllah, di lain cerita, saya akan cuba kurangkan leretan. Tapi kalau masih termeleret, harap dimaafkan yer!

Till next entry...bai.

Wasalam..

13 comments:

Anonymous said...

nak lagi nak lagi nak lagi...

:.Yus.: said...

xpe kak fida..meleret2 tu yg best.rindunya utk menjejakkan kaki di bumi yg barakah ini.

moga diber peluang ini amin

M@YaZ said...

abg saya rajin bawakan jenazah2 tu .. berlari sambil berteriak "thoriq2x" :D

keon said...

sejak sensei balik dari Umrah ni, saya tak sabar nak nantikan entry terbaru.. setiap pagi pasti click blog sensei.. teruskan berkongsi ya!

dari 'saya' yang merindui 'saat' itu

Anonymous said...

meleret tapi sedap dibaca. banyak betol pengalaman fida kat sana. masyaAllah.. tu fida yang baik selama ini, aku yg tak berapa nk baik ni camanelah pengalaman kat sane agaknye.. *insaf*

tajnur said...

Salam!
Allah Yang Maha Esa, Maha Mendengar permintaan hamba2Nya. Surah Albaqarah:186,`Dan apabila hamba2Ku telah bertanya kpd engkau (Muhammad) dari Aku, sesungguhnya Aku adalah hampir, Aku menyahur seruan doa dari org yg memohon apabila ia menyeruKU`
Begitu jugalah kalau kita ketahui dalam Surah AlQaf:16 bahawa Allah SWT lebih hampir kpd kita dari urat leher kita sendiri. Tetapi apa yg penting sekali adalah hubungan kita dgn Allah SWT, takut2 diri kita tak ada nilai disisi Allah sehinggalah kita mendirikan AlQuran spt dalam Surah AlMaaidah:68! Wallahualam...

uj said...

teruskan... sekurang-kurang UJ dapat kongsi dan membuat imaginasi sendiri seolah-olah berada di sana ....

Afida Anuar said...

Putrixue-->isk..sabar sabar...kang tak bagi kang..hehehe

Yus-->insyaAllah yus akan pi situ jugak..dun worii..

Ajat-->yer, baru akak teriak..dia teriak 'thoriq2'...huh rindunya...owhh kiranya sukarela la sapa yang nak bawa...ingatkan memang pekerja2 utk bawa jenazah.

Keon-->insyaAllah selagi diberi idea n keupayaan utk menaip...owhh terima kasih kerana sudi click blog picisan ni setiap pagi...kalau ikutkan ada lagi nak cerita ni..erkk. Harap tak bosan membacanya.

Edot-->banyak edot..ada yang Dia uji, ada yang Dia mudahkan.Edot, nanti baca next entry apa yang saya tuliskan untuk edot kat perenggan akhir yer!

Tajnur-->Salam!!Saya dah baca tafsir AlMaaidah:68 kerana saya kurang jelas apa yang Tajnur maksudkan. Ayat-ayat lain, insyaAllah saya faham. Tajnur, terima kasih kerana sudi berkongsi petikan dari ayat-ayat suci al-quran dalam segenap entry saya. Saya hargai dan saya suka. Sungguh!

UJ-->InsyaAllah selagi Dia kasi idea dan kekuatan utk menulis...InsyaAllah UJ akan ke sana nanti...doa saya sntiasa bersama UJ dan keluarga..

tajnur said...

Salam!
Biarlah saya rujuk kpd Tafsir Jalalain dan Ibnu Katsir. Asal kita diciptakan dgn sebaik2 kejadian ( taqwim iaitu program pembangunan) spt Surah AtTiin:4. Bila sebut saja `taqwiim`, kita sudah tahu bahawa Allah SWT telah mengaturkan perjalanan hidup manusia dari alam ruh, rahim ibu dan ke dunia fana ini sudah diaturkan dgn lengkap iaitu menyediakan AlQuran utk panduan hidup. Tugas kita adalah belajar bagaimana mendirikan AlQur`an spt dalam Surah AlQasas:85 sehinggalah dapat sebuah negara Islam spt mana Rasulullah telah lakukan 13 tahun diMekah dan 10 tahun diMadinah. Negara Islam tidak akan terbina kembali setelah runtuhnya Daulah Uthmaniah semasa diTurki pada tahun 1929. Semua perlantikan khalifah sejak zaman Saidina Abu Bakar sehinggalah tahun 1929, mesti tidak melebihi 3 hari spt yg diputuskan oleh Ijmmak Sahabah. Malangnya sehingga kini, tidak dilantik atau dilakukan oleh mana2 umat Islam menyebabkan AsbabunNuzul Quran terdapat dalam Surah AlMaaidah:54 dan Surah AlBaqarah:81 dimana semua erada dlm keadaan dosa sehingga kembali mentadabbur AlQuran spt zaman Rasulullah saw diMekah.... Wallahualam

Faridrashidi said...

Saya rasa, bumi para anbiya' doanya mudah termakbul. Di Mesir juga begitu.

Tetapi di Mekah dan Madinah lebih-lebih lagi hingga kelak dajjal tak berani masuk!

Afida Anuar said...

Tajnur: Salam! Thanks.

Farid: Saya pun rasa begitu. Best kan? Dah la kat sana susah nak jumpa orng yang buat kemungkaran. Amannya bumi mekah dan madinah..subhanaAllah.

Imadagreat said...

Seronoknya baca entry kak fyda ni..boleh smbung enty ni lg x? huhu saya pun sedang pasang niat ke sana dan semoga saya akan dipanggil untuk ke sana satu hari nanti, InsyaAllah!

Afida Anuar said...

Terima kasih putri hati... insyaAllah kalau ada idea lagi nak sambung, tapi rasanya dah beberapa entry dah tulis pasal kisah di sana ni..

InsyaAllah akak doakan putri hati juga akan menjejakkan kaki ke sana nanti..ameen..

 

Browse