Doa Makbul...

Sunday, March 21, 2010
Alhamdulillah, ibadat umrah kami yang seterusnya berjalan lancar. Ayah dan ibu sangat bersemangat dan sangat gigih melakukan sebanyak mungkin ibadat ketika di sana. Mengalahkan semangat muda saya sewaktu mula-mula sampai. Apa pun saya bersyukur Allah bagi kedua orang tua saya dan saya kekuatan dan kemudahan untuk melakukan ibadat umrah dan tawaf sunat berkali-kali.

Risau juga saya, maklumlah ibu saya mengalami sedikit masalah kesihatan. Cuaca pula sangat panas, kering dan agak berdebu memandangkan kerja-kerja pembinaan bangunan-bangunan pencakar langit di sekeliling masjidil haram sedang giat dijalankan.

Ketika di sana ada beberapa hari ibu terlupa untuk mengambil ubat hariannya, Alhamdulillah, walaupun terlupa mengambil ubat hariannya yang wajib, kesihatannya langsung tidak terjejas. Malah saya lihat ibu lebih sihat dan bugar dari biasa. Ada kalanya lebih pantas dan lebih bertenaga.Di Malaysia, kalau ibu terlupa mengambil ubat, saya pasti ibu akan jadi lemah tidak bermaya.

Ibu kata, ibu doa banyak-banyak supaya ibu kuat dan tidak sakit. Mekah bumi yang barakah, doa cepat makbul, kata ibu lagi. Saya mengangguk yakin!

Di Mekah, tabiat minum banyak air kosong saya kekal tidak berubah sama seperti di Malaysia, cuma yang bezanya di Mekah saya dapat minum air zam zam yang banyak disediakan di Masjidilharam. Memang air zam-zam je yang diminum, tiada air lain. Kadang-kadang 3,4 botol sehari. Botol hijau-1-liter yang saya bawa dari Malaysia setia meneman saya ke mana saya pergi. Betapa nikmatnya terasa bilamana air zam zam melalui celah kerongkong. Sejuk...segar..Alhamdulillah...

Hari pertama di sana saya mengadu kat ibu. Saya kata saya takut nak minum air zam zam banyak-banyak. Takut nanti asyik nak ke tandas, air sembahyang tak tahan lama. Ibu kata, kenapa saya tak doa. Sambil minum air zam-zam niat dan berdoa semoga Allah tak kasi rasa nak ke tandas. Kasi saya dapat buat ibadah lebih aman dan tenang. Sejak tu, setiap kali minum air zam zam, saya berdoa, selain berdoa untuk kesembuhan penyakit yang ada, saya juga berdoa supaya Allah tak kasi saya rasa asyik nak ke tandas. Alhamdulillah!!! Dia Maha Memakbulkan doa!

Kisah lain pula, pernah suatu hari, sewaktu mahu mandi pagi untuk ke masjid bagi solat subuh, air paip hotel yang keluar terasa baru lepas mendidih. Padahal kami tidak memasang 'heater' langsung sepanjang berada di situ kerana airnya sudah automatik panas. Tapi pagi tu, air terasa panas yang lain macam. Panas yang sangat pedih. Memang tidak boleh bersentuh dengan kulit langsung. Waktu tu, tinggal saya sorang yang masih belum mandi. Ayah sudah ke masjid. Ibu pula sedang bersiap sambil menunggu saya di bilik. Kalau saya dan ibu lambat, sah sah kami tidak akan dapat peluang untuk bersolat jemaah di hadapan kaabah. Tiba-tiba saya teringat kata ibu, apa-apa doa kita di tanah suci ni cepat dimakbulkan Allah. Lantas hati saya terus berdetik,

"Ya Allah, hambaMu ini ingin bersuci untuk beribadat kepada Mu. Kau sejukkanlah sedikit air yang sangat panas ni",

Tak sampai beberapa saat saya rasa, air yang dari tadi seolah baru lepas mendidih beransur-ansur hilang aura mendidihnya. Akhirnya menjadi suam-suam yang boleh dibuat mandi. Terus saya mengucap kata-kata syukur, Alhamdulillah...Alhamdulillah. Masuk je bilik, terus saya khabarkan kejadian tadi kepada ibu. Menurut ibu, dia pun mengalami kejadian yang sama sewaktu mahu mandi sebelum saya tadi, subhanAllah!!

Ada beberapa lagi kisah doa atau lintasan hati yang Allah terus makbulkan betul-betul berlaku di hadapan mata saya ketika saya berada di bumi Allah yang penuh barakah itu. Nanti la saya sambung entry akan datang ;)

Selamat malam semua...
Wasalam..

16 comments:

nahmy said...

alhamdulillah...Dia lah yg memudahkan semua urusan.

Tirana said...

tak sabar menunggu cerita selanjutnya...

Anonymous said...

cepat lah sambung citer nye...

Afida Anuar said...

Amy Syaquena-->have a good day too..wait aaa...

Nahmy-->Alhamdulillah..ada juga ujian dan cabaran dari Dia..insyaAllah nnti akan dikisahkan di sini jika ada kesempatan.

Kak Tirana-->sabar..sabar..heheh

Putrixue-->sabar..sabar...heheh... ok pi keje dulu..bai..

Kay said...

lagi...

Anonymous said...

bestnya cerita ko fida. tulis la lagi. aku tungguuuu~

Khairi Mohd said...

Air yang trapped dalam paip kat luar building mmg panas Fida, boleh masak telur tu heheheh. Bila air yang dalam paip tu dah keluar semua, air dlm tank lebih sejuk.

Saya ke Jeddah dulu, panas gile air dia. Kena tadah dalam tong dan biarkan seharian baru dia sejuk.

yang saya kagumi semangat ibu ayah awk tatkala di sana. Buat saya semangat kembali utnuk menabung tabung haji ayah saya. Skang ni masih ada separuh. isk.

Afida Anuar said...

Kay-->sabar-sabar kay..hectic bzi semalam, tak sempat menaip..tengok la mlm kang ke..erkk

Edot-->insyaAllah edot,kalau diberi kekuatan n idea tuk menulis;) tungguuuu

Khairi-->tatau la..tp kt hotel mekah yg sy menginap tu,air tak pernah sejuk. mmg panas memanjang..

Itu la khairi,sy pun syukur sangat2 diaorang diberi kekuatan. Kalau ikutkan sy risaukan ibu sy lebih dr ayah sebab ibu sy tak berapa sihat...tp tiba kat sana...subhanaAllah semangatnya lain mcm.Kalau saie tu, saya pulak yang risau duk tanya ibu, nak rehat dulu ke, takut penat ke apa...tp ibu takmo,ibu kata ibu ok..ibu dengan semangatnya berjalan. Lagi pantas dari saya yang muda dan tak sakit ni.

saya sokong khairi menabung tuk haji ayh khairi, besarnya pahala masyaAllah.... insyaAllah saya doakan moga dia dapat ke sana nnti..

PS: kalau tengok semangat orang2 tua turki lagi la. Dengan bertongkat, jalan pun mcm nak rebah je...tp semangat mereka beribadat kat sana mengalahkan kami2 yang muda2 ni..muda?erkkk

Faridrashidi said...

Allah Allah Allah,

subhanallah. Allah sayang kamu. syukurlah. Teruskan untuk berkasih sayang dengannya hingga akhir hayat!

Afida Anuar said...

InsyaAllah Farid!!... Thanks for the words... Allah memang sayang dan kasih kat kita semua.. cuma kadang-kadang kita yang tak sayang dan kasihkan Dia...ya Allah...

john said...

jelesnyaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!

Afida Anuar said...

john...jangan jeles, siapa tau pengalaman awk di sana lagi baik dr saya!!

Anonymous said...

kak fida..
ni 1st time sy bc blog akak..
tap.. bila tros baca yg akak pergi umrah ni..
hati saya sebak..
saya teringin sgt nk pergi..
terime kasih dgn pglaman tu..

Anonymous said...

kak fida..
ni 1st time sy bc blog akak..
tap.. bila tros baca yg akak pergi umrah ni..
hati saya sebak..
saya teringin sgt nk pergi..
terime kasih dgn pglaman tu..

Anonymous said...

kak fida..
ni 1st time sy bc blog akak..
tap.. bila tros baca yg akak pergi umrah ni..
hati saya sebak..
saya teringin sgt nk pergi..
terime kasih dgn pglaman tu..

Afida Anuar said...

Anonymous..

dik, boleh akak tau adik ni sapa?erkk..

InsyaAllah satu hari nanti adik pun dapat jejak kaki ke sana..doa banyak2 moga adik dapat ke sana...

Kalau dah pergi sana, mesti ada rasa nak pergi lagi..skrang akak rasa kerinduan kat tanah suci begitu mencengkam...tiap2 hari belek gambar yang diambil di sana...ya Allah...

 

Browse