Dia Terus Ke Syurga. Kita?

Monday, March 01, 2010
Lagi budak mati di tangan kekasih ibu!! Sambil baca kisah arwah adik Syafia 2 hari lepas, sambil tu tangan saya rancak mengurut dada. Sebak, geram, sedih, rasa macam nak tikam bunuh 'syaitan' tu pun ada. Hati saya tak faham, jiwa saya celaru, minda saya berkira-kira,kenapa ada manusia yang sanggup memperlakukan insan sekecil adik Syafia sedemikian rupa? Syaitan menyerupai manusiakah dia? Atau dia memang syaitan!!

Yang saya pasti, adik Syafia sudah bahagia 'di sana'. Syurga tempatmu dik. InsyaAllah..

Setiap yang berlaku pasti berhikmah. Pasti, kejadian yang meragut nyawa adik Syafia ini pun berhikmah. Barulah satu Malaysia tahu kepincangan yang berlaku dalam masyarakat kita sangat meruncing. Ibu Syafia dikatakan bersekududukan dengan 'syaitan' tu hampir 4 tahun! MasyaAllah. 4 tahun!!!

Bila dengar pasal tu, rasa kasihan saya kepada ibu Syafia pada awalnya terus hilang. Hati saya turut sama membenci ibunya sebagaimana saya membenci 'syaitan' yang membelasah adik Syafia tu.Saya rasa mungkin semua sudah tahu kisah sedih dan mengejutkan ini. Tak perlu lagi saya melebarpanjangkan kisah.

Cuma sekarang... saya duk tertanya-tanya, apa lagikah kebenaran atau kisah kepincangan masyarakat yang bakal tersembur di depan mata kita semua selepas ni? Selepas kisah adik Syafia ni.... Ya,sama-sama kita tunggu dan lihat . Bukan saya mendoakan agar musibah seperti ini berterusan berlaku, tapi ini adalah hakikat yang masyarakat kita harus terima. Selagi Islam dan undang-undang Islam itu tidak terpasak kukuh di bumi ni, sampai bila-bila ummat Islam akan berterusan 'nazak' begini. WaAllahualam.

PS: Kisah beberapa hari sudah, tapi baru hari ni saya ada semangat untuk menulis.

16 comments:

Khairi said...

innalillahi wa inna ilaihi rojiun.

minta jauh dari keluarga kita semua :(

Frodo Baggins said...

dah hilang simpati ngan ibu adik syafia. Cisss ~~ masih isteri org tp ada llaki lain?


Alfatihah buat Arwah adik syafia.

Afida Anuar said...

Khairi-->jauh2 dr keluarga pun tp masih depan mata kita juga! innalillahi wa inna ilaihi rojiun.
InsyaAllah tempatnya di syurga..

Frodo-->mula2 sy simpati juga, tp entah la bila tau perbuatan mak dia lagu tu..terus tak simpati..haihhh..mcm2 akhir zaman ni..

tajnur said...

Salam!
Tak perlu kita tangisi krn kita adalah sebahagian dan bertanggungjawab atas apa yg berlaku krn kita lupa pesan Allah hubungan kita dgn masyarakat. Turunnya surah AlMauun, menggambarkan berapa ramainya Allah gelarkan pendusta agama atau lebih jelas lagi hidup berpura2 selagi kita tidak ada usaha program kemasyarakatan. Kita sudah hilang sifat kasih-sayang dlm masyarakat dan kalau kita buat pun ramai yg ambil kesempatan! Wallahualam

rosman said...

idup umno
erk..

Afida Anuar said...

Tajnur--> Salam!! setuju.. sebahagiannya mmg salah kita juga.Tak ikut perintah Allah. Rasanya program kemasyarakatan dah banyak buat,tp itula..selagi Iman takde...selagi Islam tak teguh.. WaAllahualam.

Rosman-->kat dunia bole la hidup,tu pun dengan izin Allah. Kalau Allah nak matikan, sekejap je. Dia punya Kuasa. WaAllahualam.

Kay said...

kay baru nak taip satu perkataan pasal hal ni, jadi tak semangat...

sedih! marah! benci! kecewa! semua ada...

Faridrashidi said...

Ini adalah tanda bala Allah kepada manusia yang ingkar mengamalkan sistem dan aturannya.

Nah, hadiah itu untuk mereka berhati zalim juga!

Tirana said...

Fida...

segala kepincangan yang berlaku disebabkan kita sendiri...kita yang menjauhkan islam itu dari kita. Itulah padahnya. Nabi tinggalkan dua perkara pada kita iaitu Quran dan sunnah tapi satu pun kita tak ikut. Kalau ikut pun dalam hal tertentu aje padahal dua perkara itu patut dijadikan asas untuk membentuk seluruh kehidupan kita.

Afida Anuar said...

Kay-->rasanya kita semua punya rasa yang sama tentang kejadian ni...hurmm..

FaridRashidi-->mmg bala,peringatan dan pengajaran buat semua.. mmg ada hikmah kejadian ni berlaku Farid. Kalau tak, kisah kecelaruan keluarga,masyarakat yg begitu runcing itu tidak akan terdedah. Al-fatihah buat adik Syafia...

Kak Tirana-->iyer akak,kita pun tak terkecuali..mmg sebahagiannya salah kita jgk. Spt kata tajnur. Bila la gamaknya Islam nak bertapak kukuh dalam hati2 ummat islam..bukan Islam pada nama saja,tapi isi yang penting...WaAllahualam.

kurniawan.q said...

salam ibu semoga ibu tabah menghadapinya

Afida Anuar said...

salam jalani hidup apa adanya..terima kasih.

UstazCahaya said...

Salam Afida.

Itulah hikmah Allah. DIA mengambil anak itu ke syurga. Oleh kerana, anak itu menjadi PERINGATAN kepada kita semua.

Saya juga geram. Namun sebagai manusia, kita doakan sahaja mereka yang terlibat. Semoga ini menjadi turning point kepada perubahan hidup mereka menuju jalan yang lebih baik dan bersih.

Saya juga berdoa semoga kita dilindungi Allah daripada musibah dan dosa seperti itu, Amin.

Afida Anuar said...

Salam ustaz cahaya... saya pun berdoa moga mereka dan kita semua mendapat keampunan Allah dari apa yang berlaku ni. Amin...

Hidier said...

nilai jiran zaman sekarang..
dah x ramai orang yg kenal jiran di sekelilingnya

Afida Anuar said...

Hidier..dunia dah akhir zaman....manusia dah tak ingat Tuhan..bala pun menimpa,

 

Browse