Sekarang, baru lah saya faham kenapa Nur Amina (cerita Nur Kasih) lari ke Makkahtulmukarramah untuk mencari ketenangan setelah mengalami krisis dengan Adam yakni suaminya. Walaupun hanya bekerja sebagai pembantu kepada Ummi bagi menguruskan kedatangan orang-orang yang datang untuk buat haji atau umrah (dalam cerita tu la kalau tak silap), tapi dia sanggup tinggal di bumi Allah itu bertahun-tahun. Itu dalam cerita .Tapi benarlah, keberadaan diri di sana sudah cukup mendamaikan dan menenangkan.
Udara, suasana, pemandangan, bau kota Mekah sendiri, wajah-wajah saudara seagama yang pelbagai rupa dan warna....semuanya seakan-akan menghembus ketenangan yang amat mendamaikan. Saya suka. Sangat-sangat suka. Berkali-kali saya katakan pada ibu. "Best kan ibu, kalau kita dapat stay sini terus, tak payah pulang". Ibu senyum. Besoknya saya mengadu lagi kat ibu, "Kak Nor rasa macam malas nak balik Malaysia la, nak duk sini je". Besok kata-kata yang sama lagi. Saya tahu, ibu rasa apa yang saya rasa.
Di sana...saudara-saudara seislam kita selalu buat hati saya tersentuh. Tak kira bangsa apa. Cuma sedikit pertolongan buat mereka, tapi doa mereka untuk kita, masyaAllah saya kira lebih besar dari pertolongan yang kita buat. Ada yang memeluk kita erat sambil berdoa untuk kita, ada juga yang mengusap-usap belakang kita sambil mendoakan kita, semuanya buat saya terharu. Dan yang buat saya sangat sayangkan mereka, doa mereka untuk kita begitu bersungguh-sungguh dan penuh keikhlasan walaupun tak pernah mengenali kita. Saya dapat rasakan itu. Bayangkan itu baru pertolongan yang seciput. Kalau pertolongan yang besar macam mana la agaknya.
Kalau kat Malaysia, kita hanya ucap terima kasih je kan kalau ada orang tolong kita? Iyer dak?
Nak baca cerita selepas subuh pertama saya di Masjidilharam? Subuh selepas mengerjakan ibadat umrah yang pertama. Kisah ni lagi buat saya terharu bila saya duk teringat-ingat. Saya tak buat apa-apa pun kat dia, kenal dia pun tidak, tapi dia mendoakan saya. Dia menyakinkan saya Allah itu Maha Memakbulkan doa hamba-hambaNya. Moga Allah memberi kesejahteraan yang berterusan untuk dia di dunia dan akhirat. Aminn.
Ceritanya begini, usai solat subuh berjemaah yang pertama kali buat saya di sana, saya terus menadah tangan berdoa kepada Allah. Tiba-tiba dia, (saya rasa dia orang Turki) yang duduk berjemaah di sebelah saya memegang bahu saya lembut sebaik saja dia lihat saya selesai berdoa. Dia berkata sesuatu di dalam bahasa Turki sambil mengangguk-angguk yakin. Saya tidak faham apa yang dia ucapkan, kecuali perkataan 'Allah' dan 'doa' yang boleh ditangkap dek telinga. Saya mengandaikan dari 'body language' dia, dia kata Allah akan memakbulkan doa saya.
SubhanaAllah..Saya tersenyum dan mengangguk-angguk juga, mengiakan kata-katanya, saya tidak mampu untuk berkata-kata atau mengucapkan terima kasih kepadanya kerana masih lagi sebak, cuma senyum je yang saya mampu lakarkan. Dia membalas senyuman saya sambil menepuk-nepuk bahu saya lalu berlalu meninggalkan saya. Wajah dia takkan saya lupakan sampai bila-bila.
Selain dia, ramai lagi orang baik-baik yang saya jumpa kat sana. Kalau saya cerita kat sini sorang demi sorang kisah mereka-mereka yang baik-baik itu, mungkin tidak tidur kalian membaca kisah mereka gamaknya, hehe. Biarlah saya simpan cerita mereka-mereka yang baik-baik tu dalam hati saya. Saya rasa, sampai bila-bila pun saya takkan dapat melupakan mereka-mereka itu.
Kalau kalian nak tahu juga, cuba-cubalah selami hati saya, mana tau dapat membaca kisah mereka-mereka yang baik-baik itu. Kisah Donia, Eshwar, makcik urut kaki, suri rumah Turki, makcik berkerusi roda, pensyarah german, ibu Dewi, Aunty Ana..uish banyak banyak..tak mampu saya nak cerita malam ni, erkk.. (Bagitau je la dah malas nak menaip kan? huhu)
Dan Edot, saya bukanlah baik. Edot lebih baik dari saya. Saya tahu itu. Percayalah Edot, saya ke sana membawa selautan dosa, malah mungkin lebih lagi dari tu. Saya tatau nak kata apa. Moga-moga Allah mengampunkan saya dan kita semua. InsyaAllah, kalau Edot ke sana suatu hari nanti, saya yakin segala pengalaman edot, pasti lebih baik dari saya, insyaAllah!!!
PS: Di samping kat sana, kat sini pun saya banyak jumpa dengan orang baik-baik., termasuk lah kalian semua. Syukur Dia temukan kita. Dan Kak Nass... Pensyarah german tu mengingatkan saya pada Kak Nass. Dia macam Kak Nass, baik hati dan comel;)
Till then..selamat menghirup udara malam semua.....

15 comments:
salam kak...ermmm, teringinnye nak ke sane...(^_^)
best nya pengalamaaan, mau jeles lah. hee. Alhamdulillah selamat sampai n pulang suda :)
Subhanallah :-)
pengalaman yang berharga ini moga dapat dijadikan panduan untuk sesiapa yang bakal menjejakkan kaki ke tanah suci itu..
SubhanaAllah!!!
Pengalaman itu mampu mematangkan kita & menginsafkan kita
eh eh fida, ade dedicated paragraph pulak tuk Edot. huhu.. thanks fida. insyaAllah murah rezeki kami yg kat sini dapat g sana juga cedok pengalaman kami sendiri.
bace blog ko ni dapatlah kami sedikit hint apa nk buat dan jgn buat masa di sana nanti.
cerita je pasal yg lain2 tu. mesti cite bes bes. kalo ko tak tulis kat sini takot terlupa plak :P
Salam Afida.
Subahanallah. Suasana begitu yang saya rindukan dan selalu inginkan. Suasana di mana setiap orang saling mendoakan satu sama lain.
Menarik cerita jemaah Turki yang prihatin itu.
Salam!
Tidakkah Afidah tahu bahawa terdapat dlm suatu hadis Nabi, Orang mukmin yang bersabar menerima gangguan/halangan dan bermuamalah dgn manusia adalah lebih baik dari org mukmin yg tidak menerima gangguan dan tidak bermuamalah dgn manusia`. Semua para Nabi turun ke bumi berhadapan dgn gangguan manusia apabila menyampaikan kalimatulHaq. Begitu juga terdapat dlm Surah AlAhzab:48. Wallahualam
Kerana itu Islam datangnya BUKAN dengan berbangsa-bangsa, berpuak-puak.. jika begitu, sudah tentu arab saja yang berhak.
Tetapi tidak, Islam milik semua bangsa. Alangkah indahnya Islamkan?
Saya alami pengalaman yang lebih kurang sama dalam berkawan dengan Muslim dari luar negara. Berbanding kita, mereka jauh lebih baik dalam menunjukkan penghargaan dan berterima kasih. Kita wajar bermuhasabah dan belajar dari mereka.
Starsyeea: salam. InsyaAllah dik akan ke sana nnti..
Sesumpah: sila lah jeles..hehhe..Alhmdulillah selamat pergi n pulang. Thanks for doa.
Putrixue: Alhamdulillah...
Yus: insyaAllah...tuk yus sekali nnti;)
Bspotgurl: yeap.. that is so true!
Edot: hehe yang lain tu mungkin tak kut skrang. Dihambat masa ni...hohoho..
Ustaz Cahaya: salam ustaz, kat sana mmg macam tu.Nampak sekasar-kasar mereka pun, tapi hati..subhanaAllah..
Tajnur: Salam!Saya pernah dengar hadith tu. Sbb mereka mendapat kesusahan yang lebih, menjadikan mereka lebih baik. Terima kasih kerana sudi berkongsi.
FaridRashidi-->yeap. Betul tu farid. time kat sana, semua jdi satu, tak nampak dah puak2... Semua pakai ihram putih. Dalam masjid, bila tibanya waktu solat, semua boleh berdiri dan buat saf dalam beberapa saat...tanpa ada orang arah...subhanaAllah..
R.o.l: Incik rol, betul, masa saya belajar di UIA dulu, saya pun ada berkawan dengan mereka-mereka yang dari luar negara...cara mereka menghargai kita mmg agak berbeza dgn budaya kita di sini....sesuatu yg harus kita belajar...
Salam dear...
sayu pula dibuatnya bila membaca cerita fida....
Salam kak tinie...mungkin gaya bahasa kut...erkk... tp yg pagi subuh tu mmg betul2 buat fida haru. Sangat!!
tol kan.. lum sampai sana pun kita dah dpat bayangkan ketenangan nya kalao berada di sana kan... yang dalam nur kasih.. itu dalam cerita kan.. walaupun setting drama tu bukan kat mekah or madinah mcm dalam citer cinta madinah ke...setting tu banyak kat jordan... rase cam ade cacat skit drama tu kat plot situ sapa yang pernah sampai jordan mungkin dorang tahu.. pe tah lagi masjid tu national mosque jordan.. kubah biru tu senang sangat nak kenal...uiksss tersasul review nurkasih lak... sorry...hehehehhe
Lar ye ke..tp nampak dari Jabar Rahmah tu macam betul je..yang aidil berlakon tu, kata je kat Jordan, tapi kat UIA je, serius!..hehee...
owhh takpe2, review nur kasih takpe..hehe review benda lain tak boleh..hehe
Post a Comment