Dahagakan Banjir..

Monday, November 23, 2009
Huda, adik bongsu aku sudah mula menuntut hadiah dari aku atas kejayaannya mendapat nombor 1 dalam peperiksaan akhir tahun. Yer la, sebelum dia periksa akhir tahun hari tu, aku juga yang beria berjanji bagai dengan Huda dan Nabilah.

"Kalau Huda dan Lah dapat nombor 1, Kak Nor beli hadiah. Tapi nombor 1 je tau, nombor lain tak aci"

Tengok-tengok Huda je yang dapat. Memang la diakui Huda ni rajin sikit dari Nabilah. Nabilah pulak dapat nombor 9. Senyap je Nabilah time aku telefon. Tak seceria Huda dan tak de bersungut nak hadiah. Ye la dah dapat nombor 9.

Tapi disebabkan aku ni seorang yang berjiwa kakak,erkk(perasan!)..hehehe, aku belikan juga Nabilah hadiah. Sama seperti Huda. Buku..

Kalau kat Putrajaya ni, mana lagi tempat paling best nak beli buku kalau tak MPH Alamanda. Awal-awal pagi Sabtu yang lepas aku dah terpacak kat situ. Ingatkan aku la yang paling awal. Rupanya ramai lagi yang lagi awal dari aku. Aku tengok budak-budak la yang ramai. Maklumlah dah cuti sekolah. Bagus mak ayah diaorang, bawa pergi kedai buku. Macam-macam ragam budak-budak boleh ditengok. Seronokk..

Tapi kanak-kanak kat belah negeri aku sana pada musim tengkujuh begini, mana la nak fikir ajak mak ayah pergi kedai buku. Mana dengan banjir lagi, hujan tak henti-henti. Fikir nak main banjir je la. Macam aku dulu-dulu.hehehe.

Time pergi mengaji di rumah Tok We Pit adalah time paling ditunggu-tunggu pada musim tengkujuh ni. Yer la, kalau time lain nak keluar rumah memang mak tak bagi. Berbeza sekali kalau bukan musim tengkujuh. Nak pergi mengaji punyala liat.

Time musim tengkujuh la dapat main air hujan yang bertakung dengan banyaknya. Bestt! Lepas balik mengaji,dengan Quran dan raha di tangan kanan, payung di sebelah kiri. Kami harung air yang tak sampai paras tumit kat hujung jalan. Konon-konon harung air banjir la.,hehehe. Dahagakan banjir kami ni. Maklumlah dah berbelas-belas tahun kampung kami tak banjir besar. Tak silap aku, last banjir besar waktu aku umur 6 tahun kut. Kut..

Balik rumah, faham-faham je la. Seluar memang lencun. Mak dah pot pet pot pet. Memang mak tahu keterujaan kami nak pergi mengaji, bukannya nak pergi mengaji pun sebenarnya. Tapi nak main air.hehehe... Kisah lama..

PS: Kekok rasanya bilamana pukul 8 masih di rumah baru lepas sarapan. Biasanya masa ni aku tengah bersesak-sesak di depan Tol Sunway....hehehe.

Cyberjaya...here i come!!!;)

12 comments:

Tirana said...

Amani pun dapat buku baru ni tapi dia beli sendiri..hehehe..guna duit dia..buku yang dia inginkan tu alamak..mahal jugak..so dia nak bayar sendiri..kak tirana biarkan aje..

Khairi Mohd said...

oh dah balik putrajaya.

fasal banjir tu itu bukan banjir itu lopak hujan hahahaha.

putri_xue said...

boleh la jmp yang tersayang kan kan kan kan :-P

Afida Anuar said...

Kak Tirana-->wahh bagusnya Amani dah pandai berdikari nak beli buku sendiri..fida masa kecik2 dulu selalu harap mak yang belikan buku.. duit sendiri sayang nak guna,simpan masuk tabung..hehehe

Khairi-->mmg hari2 balik putrajya la khairi..ni opis dah pindah..dari Subang ke Cybertron..eh silap Cyberjaya..hehehe

awk panggil lopak hujan,kitaorang yg dahagakan banjir ni, panggil banjir..heheheh

Putrixue-->erkk...sapa2?? bekas adik ke?heheheh

FaridRashidi.Com said...

Sekarang ni musim hujan.. di KL tak banjirke?

Jemput baca dan beli!

http://www.faridrashidi.com/2009/11/24/bawa-bersama-khasiat-habbatus-sauda/#comments

ehem said...

uit afida, pe mksud si putri_xue tu ye?

Afida Anuar said...

Farid Rashid-->alhamdulillah.setakat smlm kl tak banjir..cuma petang2 biasa hujan...cuaca pn tak menentu skrang..

ehem-->ala putri_xue tu saje je ehem..mcm tau jek sapa ehem ni..hehehe... takde yang tersayang pn kat cyber tu..erkkk

hisham said...

salam terhah...nice blog n N3
salam aidiladha...tk cre

nahmy said...

makanlah roti canai kuah banjiiirrr...hilang kempunan tu

aideeb said...

aku nak komen yg tak berkaitan..cik yati kecik kita dah nak kawin bulan 12 ni...

Faridrashidi said...

Semangat membaca adalah baik.. mampu mengkhatamkan bacaan lagi-lagilah baik.

Afida Anuar said...

Hisham--> salam aidil adha..n salam maal hijrah..thanks.

nahmy-->roti canai kuah banjir??? owhhh nooo..heheh

adeeb-->yati kecik mana eh?lupa dah..erkkk

Farid Rashidi-->betul2..alamak ada buku yg tak khatam lg.hehehe

 

Browse