Apa Pun Yang Terjadi, Moga Aku Bisa Berjalan Tanpa Henti..

Wednesday, November 11, 2009
Selepas 'cut over' projek ni, aku ingat kami boleh la bersenang lenang di pejabat sambil menunggu lampu hijau dari bos untuk menghantar kami balik ke ibu pejabat di Cyberjaya, rupanya banyak lagi kerja yang kami kene buat especially bab queue. Kalau sebiji dua queuenya ok la jugak. Ni sampai beribu-ribu. Sabo je la..

Kalau ikutkan tempoh keberadaan aku di sini, tak sampai 2 minggu je lagi. Lepas ni sebahagian dari kami akan pulang ke Cyber. Aku berharap sangatlah nama aku merupakan antara nama yang akan dihantar pulang. Bukannya aku tidak suka berada di Subang ni, cuma.. bila mana mengingatkan ranjau perjalanan pergi dan balik dari Putrajaya ke Subang dan Subang ke Putrajaya yang penuh liku dan paku.. aku jadi tawar hati untuk terus berada di sini. Lagi pun, aku belum menjejakkan kaki lagi ke ibu pejabat baru yang sudah pun berpindah bangunannya berhampiran balai bomba Cyberjaya. Teringin jugak aku nak jejak kaki ke sana. Nak merasa cubicle baru, bangunan baru, suasana baru. Doa-doa la moga aku dapat balik..

Minggu lepas sempat aku menyelidik, pembaca-pembaca yang masuk ke blog aku melalui enjin carian 'google'. Kebanyakan mereka masuk kerana meng'google' kata kunci 'langkah bendul'. Boleh dikatakan 80% daripada carian yang dibuat adalah langkah bendul. Eh ye ke 80%? Pandai pulak aku buat statistik ni yer..hehehe.

Aku pernah menulis perihal langkah bendul pada akhir tahun lepas sejurus aku dapat menghidu bahawa bendul aku bakal dilangkah oleh adik lelaki aku. Bukanlah menulis kerana aku tidak puas hati bendul aku dilangkah, cuma sekadar berkongsi cerita. Alhamdulillah, pada bulan 6 yang lepas adik aku selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya. Mantap betul, dia langkah bendul abang dan kakak dia sekaligus. Gelabah kakak dan abang dia dibuatnya nak jawab soklan-soklan panas dari wartawan yang tak bertauliah..hehehe..Cerita basi ni, tapi takpe la.

Harap lepas ni bendul aku tak dilangkah lagi dah. Tapi kalau Allah dah takdirkan kene langkah lagi...erkkk..

Belum kene langkah lagi ni... ayuh berusaha supaya tak kene langkah!!! hehehe

PS: Kalau dia yang terbaik untuk hambaMu ini, permudahkanlah urusan kami ya Allah.....

7 comments:

Khairi Mohd said...

kena taip bendul byk2 hahaha. Lama awk tak apdet blog ek. SIbuk2 dahulu, apdet2 kendian tau hehehe.

Tirana said...

Hebat adik Fida...sampai dua bendul sekali dia langkah...hehehe..Panjangla kaki dia tu agaknya.. Doakan dia berbahagia..Masa untuk Fida, akan sampai juga, insyaAllah.

putri_xue said...

fida, dont worry ok..
i takkan langkah bendul punya, hahahah

Kay said...

PS: Kalau dia yang terbaik untuk hambaMu ini, permudahkanlah urusan kami ya Allah.....

soalannya ialah: siapakah dia itu?

p/s: lagu siti tuh mmg best laa... kay suka giler...

Anonymous said...

kakno

long time no c...
yup...bendul akan dilangkah lagi
..he..he
jgn kasik la...lompak dua-dua

keja moolek tepak oran
remember, tempat jatuh lagi dikenang!
mane lagi pulo ruse lah tu...

peace..

aideeb said...

fida, adik ko yg uia tu ke? aku ingat lagi adik ko yg tu sbb muka mmg mcm muka ko...hihihi

Afida Anuar said...

Khairi-->nak buat mcm mana khairi, ada certain waktu, blog sy terpaksa dikorban,huhuh...

Kak Tirana-->hehe..mmg panjang pun kaki dia akak.tu yang dapat langkah 2 bendul sekaligus tuh..hehe. insyaAllah, ada umur panjang masa tu akan tiba. hehee..doa2kan fida yer kak tirana..

Putrixue-->hehehe...i tau u takmo langkah bendul i..tp klu u nk langkah..i izinkan jek..hehehe

Kay-->fida tak suka lagu siti tu..erkk.. kay,dia tu..erkk... ada masa kita smbang eh...hehehe

AYah su-->insyaAllah,tak de dah langkah2 bendul ni..doakan lah eh ayah su. klu diizinkan buat sekaligus..lg ok kan? heheheh..

tak sabarnye nk balik pulau rusa raye aji nihhhhh.........

aideeb-->yg kawin tu bukan adik aku yg uia tu la..yg uia tu no 2...yg kawin baru ni no 3:D

 

Browse