SuperMom..

Tuesday, March 10, 2009
Hari ni aku cuti lagi, alhamdulillah. Bos aku dengan baik hatinya kasi aku cuti ganti pada hari ni bersamaan Selasa 10 Mac 2009 memandangkan pada hari Ahad yang lepas aku dengan terpaksanya datang kerja gara-gara mengejar due projek 'pecah penjara';kerja pada semua hari orang bercuti. Pekerja yang baguskan aku nih? heh!

Tapi bila difikir, dicongak, dihitung, dikaji..kalau masih bujang ni mungkin orang tak berapa nak kisah kerja di hujung minggu ke, balik lewat malam ke sebabkan nak siapkan kerja apa bagai. Tapi nanti, takkan dah ada anak laki pun, masih lagi nak bekerja di hujung minggu? Masih lagi nak balik lambat? (Habis la jadi bahan umpatan mertua,ipai duai, bla bla bla.. huhu)

Kan?

Kalau aku, sebagai anak, aku pun tak suka kalau mak aku terpaksa ke sekolah kerana aktiviti ko-kurikulumnya pada hujung minggu. Anak aku nanti, apatah lagi kan? Pasti tak suka yang teramat kalau ibunya terpaksa bekerja di hujung minggu, balik lambat, sibuk pasal kerja, bla bla bla..(macam dah ada anak!! eheh)

Harus, jalan manakah yang terbaik yang harus aku ikuti dalam menyiapkan diri untuk menjadi supermom ni ek. Bekerjaya tapi dalam masa yang sama rumahtangga tidak terabai.

Boleh ker?

"Ibuuuuu, Aiman nak tanya, 1+1 berapa?", Aiman.

"Tanya laa ayah, ibu sibuk nih!".

"Ayahhhh, 1+1 berapa?", Aiman lagi.

"Tanya ibu, tak tengok ke ayah sibuk nih!".

ISK ISK ISK....KESIAN AIMANN..

huh!

12 comments:

saizulhafiz said...

esok dtg opis ek...bosan giler aku dok sorg td itu balik awl.hahahaha

:.Yus.: said...

sian aiman..dua mak ayah dia sibuk..apa kata aiman pn bt2 sibuk cm mak ayah dia gak boleh??

~lalalala~

hehe :p

syahza said...

xpe aiman, auntie tointoin ada =P

Afida Anuar said...

SAizul-->mung gitu la, yer la yer la bsok aku mai..

yus-->aiman nk buat2 sibuk cemane...1+1 pun tatau lagi..ekekkekeke

Cik Toin-->hahahahha..aiman..pi tanya auntie tointoin 1+1 berapa...(kesian aiman..ehheheh)

Khairi Mohd said...

cara-cara nak jd supermom... pakai spender kat luar.. hau hua hau...

err fida... jgn selalu balik lambat...bg seorang isteri yg ada dua keje, keje rumah is the first prioriti tau.

kalu keje pejabat melimpah sampai ke rumah, itu salah.

kalau keje rumah melimpah sampai ke pejabat, itu betul.

mcm mana tu? :p

masz14 said...

it is very hard not to feel guilty kalo ignore anak mcm tu. anak aku yg kecik lagi tu pun, kdg2 aku tgh buai2 dia, dia tgk aku tp aku tgk tv! oh bersalahnya.... tp aku takda idea nak cakap apa dgn dia. last2 cuma kiss pipi dia n keep rocking him while mata ni pegi balik kat tv..

Anonymous said...

eh..aiman tak kisaah!

Anonymous said...

sian aiman..takpe..

meh sini geng ngan anak Auntie Im meh...hahahahah

Afida Anuar said...

Khairi-->hahah smpat buat lawak pulak nk jadi superwoman tuh...adehh sakit perut gelak nih..ekekekke
InsyaAllah sy ingat tu khairi..

alhamdulillah sesibuk mana pn..setakat ni tak penah lagi bawak balik keje kat rumah...lalalalal..rumah kan tmpt beristirehat, bukannye tempat buat keje opis..eceh.

Masz-->sifat ibu mithali..tengok..tinggalkan anak sbb nk tengok tv pn rasa bersalah..ni lagi la..erkk..tp mas rasa bersalah pn tv tetap ditengoknya..mmg rocking mama betul ko nih..heeeeee..

Anon aka ayah su kan??-->aiman kisah...aiman kisah...ekekekek

Halimah-->nk suh panggil aunty im ke..kakak im?hahahahhah

AL-BIMA SAKTI said...

masa belum berumahtangga
kerjalah selagi terdaya
kerahkan kudrat selagi termampu
buatlah yg dirasakan perlu.

Sudah berumahtangga
rintangan tetap ada
kerja dah jadi nombor dua
banyak perkara nak dijaga
bukan sekadar rumah dan tangga
pagar dan laman nak ditinjau jua
belum lagi jiran tetangga...

he he he....merapu ajer...

Tirana said...

hahaha...nak jadi superwoman??

Fida, kak tirana dulu pun macam Fida, sebelum kawin dan sebelum ada anak, selalu tertanya-tanya..mampukah aku jadi superwoman?

Tapi bila kita dah berada dalam situasi tersebut insyaallah we can be a superwoman...Kita akan tahu adjust diri sendiri..believe it. Allah menguji mengikut kemampuan kita.

Afida Anuar said...

Al-Bima Sakti-->merapu yang ada maksud tu..hehehe..terima kasih Incik Al-Bima..

Kak Tirana-->InsyaAllah kak tirana..doa2 la moga kita semua dapat jadi superwoman yang berjaya...cheewah..

 

Browse