Weekend kali ni ramai yang balik kampung. Cuti hari minggu di sambung pula pada hari Isnin. Mana diaorang tak ambil kesempatan untuk pulang. Semua teman rumah aku juga pulang tapi aku..erkk, mungkin tidak :(
Baru je 3 minggu lepas aku bercuti panjang di kampung aku di Kuala Terengganu. Jadi aku fikir, tidak mengapalah kalau aku tidak pulang untuk menghabiskan cuti pendek kali ni. Lagi pun, aku dah khabarkan pada keluarga di kampung dan nampaknya mereka tidak kisah.
Aku nak kasi rindu tu pendam lama sikit. Baru lah terasa nikmatnya balik kampung next cuti nanti. Kan? heh!
Owhh yer, komuniti sukan di sebelah rumah aku ni dah dibuka lebih sebulan yang lalu. Ada court badminton, squash, kolam renang, tennis dan etc. Jadi aku plan dengan beberapa orang teman untuk menghayun raket badminton pada malam besok.
Sapa mau join? Do roger me ok!..eheh
Alamak, mak aku dah belebel panjang lebar minggu lepas, tak kasi aku hayun raket badminton ni dalam masa 6 bulan. Katanya orang baru lepas operation tak boleh nak aktif macam orang biasa sebab bla bla bla bla dan bla bla...
Dan hari ni genap sebulan aku menjalani pembedahan. Tapi aku rasa, aku dah okay. InsyaAllah dah ok. Tak betah la nak jadi orang sakit yang tak sakit ni lama-lama, cheewahh. Bukannya apa, aku cuma tak biasa. Biarlah aku jadi normal.... mengidam jugak tengok orang dapat makan serba serbi tapi aku tak dapat, erkk...
"Fida masih berpantang???"
"Pantang la sangat!!!"
heh!
8 comments:
cik pida sengaja xnak blk ghanu sbb xnak blikan kepok leko toin.. uhuk..
hikhihkhihkhiikk..
akak...mau join jugak..mlm esk ek..
ala tp nk tgk AF..hehe
Cik Toin-->hikhihkik..jangan mare ek cik toin..itu lah, klu balik sah sah kene belikan kopok lekor cik toin,.hikhihihik..(;)gurau jek)
insyaAllah next balik kg nnti cik pida belikan..
Yus->larrr...kaki AF jugak ke,.heeeeeee...
balik la selagi ada peluang dan masa :) i love ganu, to bits!! Erkk
selamat berhujung minggu.
Miezi...I love my ganu too;)
Best kan Terengganu..eceh smpat puji negeri sndiri uuuu..~lalallalla
Bukannya tamo balik Incik miezi, cuma nk peram rindu ni kasi mendalam sket(konon)..eceh..
Selamat berhujung minggu juger...
cuti tak cuti sama saja bg ku..
tetap tak bleh balik kg...
tabahkan laa hati ini utk menanti hari2 merdeka...
tibalah is suatu hari nnt...
ekekekeke
dah sebulan erk??
rasa macam baru je kan fida..
huhuhu..aku mungkin ke shah alam malam esok..maybe aku boleh join@mengacau ko..opsss??ntah lah..kalau boleh aku roger yea.
Kay-->hehehe..biasa la tuh 'student' gaji besar..kene la berkorban tak balik kg..erkkk
Ida-->itu la..dah sebulan dah ida..kejap sungguh masa berlalu skrang.huhuhu
Post a Comment