Cinta Sejati Cuma Di Depan Mata ..

Sunday, March 01, 2009
Sekarang musim hujan petang. Kalau petang jek, mesti hujan. Kalau hujan je, petang la tuh. Dan tatkala hujan turun, aku suka menapak di tepi tingkap rumah aku. Merenung hujan, mencium bau hujan.

Hurmm...hujan ada bau ke? erkk....

Petang tadi hujan melanda lagi. Boleh tahan kelebatannya, cukup indah pemandangan apabila ditambah rias oleh manik-manik hujan. Buat sekelian kalinya aku menapakkan diri di tepi tingkap ini lagi. Tanpa jemu melihat pemandangan sekitar. Melihat deret-deret perumahan milik kerajaan yang sudah lama siap tapi belum diduduki. Di tepi kawsan perumahan itu terdapat padang liar terbiar luas yang dihias dengan sebiji kolam takungan hujan, kolam buatan manusia mungkin.

Tiba-tiba pandangan aku terhenti melihatkan telatah 2 ekor anjing di tengah padang itu yang cuba melarikan diri dari ditimpa titis-titis hujan yang semakin menggila. Itu mungkin pandangan biasa. Salah seekor dari anjing itu tempang, maka larian anjing tempang itu agak perlahan berbanding pasangannya. Itu mungkin juga keadaan biasa.

Yang menjadi luar biasa, apabila anjing yang normal itu turut memperlahankan lariannya untuk sama-sama berlari dengan pasangannya yang tempang itu. Apabila dirinya seolah terkedepan, dia akan berhenti seketika menunggu. Begitulah keadaannya sehingga kedua-dua ekor anjing yang normal dan tempang itu sampai ke tempat berteduh, iaitu di bawah sebiji buldozer yang terletak di sebelah padang.

Ralik aku memerhatikan gelagat dua ekor anjing itu, tanpa sedar aku telah membuat kesimpulan. Aku rasa 2 ekor anjing itu sedang bercinta la..erkk.

Yer la, kalau tak disebabkan cinta, manakan anjing normal itu sanggup menunggu dan menunggu dan menunggu anjing yang tempang itu di tengah-tengah hujan lebat yang begitu menggila. Kan? erkk....

Manusia pun sama, dengan adanya cintalah dia sanggup mencintai pasangannya walaupun pasangannya itu cacat, tempang, buta, tidak sempurna dan sebagainya. Tanpa cinta, bisakah dia mencintai walaupun pasangannya itu serba serbi sempurna??

Aneh sekali rasa cinta itu.

Kan?

9 comments:

Tirana said...

Adakah kita akan jatuh cinta pada orang yang kurang sempurna? Dan adakah cinta akan kekal bila tiba2 kekasih yang kita cintai itu tiba-tiba accident dan jadi kurang sempurna? hehehe..

miSs dee 4 dino said...

Cinta adalah hal yang memberi dengan rela..kadang-kadang ramai antara kita yg keliru tentang cinta, syg dan suka..kalu kita betul2 cinta..xkira ape kondisi pasangan itu kita seharusnya menerima dengan rela..ntah lah..susah kot nak cr org macam tuh skrg...

Afida Anuar said...

Kak Tirana-->hurmm...soalan menguji minda nih..heeee.. cemane nk jawab eh..erkkk

Ida-->aku tak tahu la ida nk berfalsafah mengenai cinta ni..heee,tp betul la apa yg ko cakap tu...aku sukun..heeee..
mencintai...dicintai...owhhh

Afida Anuar said...
This comment has been removed by the author.
:.Yus.: said...

cinta pada Allah hakiki dan kekal abadi..itu yg pasti..jgn dikejar cinta manusia tp kejarlah cinta Allah

Nuar said...

kadang2..
manusia sempurna pada luaran... tp tidak pada dalaman..
dan kadang2..
manusia sempurna pada dalaman... tp tida pada luaran..
dan kadang2 juga..
manusia sempurna pada luaran dan dalaman..
dan juga kadang2..
manusia tidak sempurna pada luaran dan dalam..



hati klu mmg da suka kt seseorang tu.. dia xkn kisah kekurangan kt pasangan dia..even cacat sekalipun... tp klu cinta dia hanyalah pada luaran.. maka pabila kecacatan luaran itu menjelma.. maka nyah la ia.. hahaha.. nyah ko.. lalalalala...

Wan Zuriati said...

Salam k.fida..pd pendapat wan..sikap anjing itu menunjukkan ketulusan talian persaudaraan antara mereka..semangat kekawan..andai sesuatu ikatan itu ikhlas terjalin..kawannya pasti akn membantu kawannya yg lain sedaya yg mampu..

~Kerana Cinta pada yg Esa..kerana Ukhwah kita bersama~

Khairi Mohd said...

yg tempang tu bini dia kot fida.

tau tak sbb apa dia tunggu?

sbb dia takleh kokong bini dia hehehe...

Afida Anuar said...

Yus-->tp ramai skrang mengejar cinta manusia berbanding cintaNya..kan?

Nuar-->huh mantap kata2 ko nuar..aku sukun..

Wanz-->mungkin kerana tali persaudaraan yg utuh..akak sje tulis mereka bercinta..konon..heeeeeeeee

Khairi-->hahaha..kokong ke? bukan gonggong... anjing pn ada bini yer..eheh

 

Browse