Satu Perjalanan Dalam Kehidupan..

Thursday, December 18, 2008
Alhamdulillah, dalam kesibukan menyiapkan test case yang berlambak,aku, Dilla, Intan,Naz dan Wa sempat ke Hospital Pusrawi hari ni untuk buat some medical check up. Ada orang nak tolong bayarkan kosnya, so kitaorang pun apa lagi. Buat jek la.

~Darah aku ada dekat satu cawan kene ambil.
~Dada di Xxx-Ray.uhuh
~Abdomen dan payudara diultra sound.
~Pastu kene berjalan-jalan atas treadmill. Untuk stress test.
~Urine test lagi.
~Test mata tengok rabun ke idak.
~Test apa lagi ek? erkkk...

Resultnya, alhamdulillah, semua organ dalaman, ginjal, pankreas, hati semua berada dalam keadaan sihat walafiat. Darah, hemoglobin, normal, dan disahkan bukan pembawa thalassemia memandangkan hemoglobin aku juga berada dalam keadaan yang begitu bagus. Jantung juga dalam keadaan baik, salur-salurnya tidak mengalami sebarang kesumbatan. Mata pun cool, tak rabun. Alhamdulillah, baik-baik belaka organ dalaman dan sel-sel dalam badan aku ni rupanya. Terharu pulak aku. huh!

Cuma... walaupun aku ni nampak kurus (perasan kurus tuu), doktor kata aku kene kurangkan sedikit tahap kolesterol dalam badan. 5.08 mengikut yang tercatat di situ. Doktor nasihatkan sebaik-baiknya tahap kolesterol kita patut berada di bawah 5.00. Aku rasa ni kes makan daging lembu banyak sangat ni time raya haji minggu lepas, erkkk..mebe. heh! nak salahkan daging lembu pulak, haihhh.

Dalam banyak-banyak test yang aku buat hari ni, ada satu test tu aku fail .Test apa tu, let it be with me je la. Siap kene lecture dengan doktor lagi sebab aku ni degil. Ingat lagi entry aku ni? (Aku dan doktor yang hensem)? Kira aku kene lecture sebab ada kaitan dengan tak pi buat follow up check up ni la, dan doktor tadi tu kata aku lagi pentingkan kerjaya dari kesihatan, huh! Yer ke? Sengih je la aku dengar lecture beliau. Lagipun ada benarnya apa yang dilecture doktor tersebut.

Yang paling best, kakitangan Hospital Pusrawi semuanya peramah-peramah dan baik-baik belake. Mekasih buat Kak Normah dan Kak Liza yang banyak menguruskan hal kami hari ni. Lepas ni kemungkinan besar kene buat follow up lagi..erkk...

Doktor 1: Puan Afida, sila masuk.

Aku: erkk..

Doktor 1: Puan ke cik?

Aku: Cik.

huh!

Until then. Nak tido dah. Penat sangat kut berlari atas treadmill tadi, ceh!

Selamat malam semua.

WaAllahualam
Wasalam.

11 comments:

Anonymous said...

hoh~ aku paling takot kene jumpe doktor.
tak kirela ape pon, even checkup.
paling tak suke kalo dengar test darah.
aku paling takut kat jarum yg dibenamkan dalam salur vena aku.
aku tak suka. huk3

Kay said...

biar betul kat secawan darah dia amik... derma darah ke apa??

kay pun kolestrol tinggi... pun salahkan daging masa raya! ekekekeke....

tak baik btul!

natni said...

Alhamdulillah sehak2 belako deh =P

miszacasian said...

kak fida,
kak sarimah la~

bkn normah!!

nanti majuk plak kak sarimah tue kak fida salah type nama dia..
hohohoho..

jOm kak fida..
kita bersukan..
utk membuang semua kolestrol2 berlebihan dlm badan kita..
hohoohohoh

T____T

Khairi Mohd said...

ambik darah pakai cawan? erk!

hehe..

wah, tahniah menjadi orang sihat. saya nak belanja saya wat check ek.. atau kena cari kerja baru?

hehe..

Noli said...

cian akak..
tp alhmdulillah..sihat sumenyee..

p/s:lupa nk suh kem slm kat abe doc..haha

agHoo said...

gile byk darah die amek..aku xde darah ni cane?

jumpa x doctor yg rawat sayfool bukhari dulu??

Afida Anuar said...

Edot-->Ala edot..bukannye sakit pun..rasa kene gigit semut lagi sakit dari tu..uhu

Kay-->Betul kay..picagari yang digune tu besar gile,mmg banyak gile darah yang dia amik..huhuhu

Intan-->Itu lah, alhamdulillah..kamu juger Alhamdulillah...

Wa-->owhh kak sarimah ek? hahahha camne aku leh ingt normah..huhuhu.
Jom jom kita joging besok..eheh.

Khairi-->mna lak amik darah pakai cawan khairi. Dia gune picagari.besar gile picagari tu..darah lak, banyak gile dia amik..ni kene makan hati lembu bnyk2 ni, nk ganti darah yg hilang..huhuhu
hahaha..sihat dan sakit itu semuanya datang daripada Allah..

Noli-> Alhamdulillah.. aisehh..klu idak dah leh sampai kan salam. ade abe doc sore tu hensemmmm noli..gagaggaga..

Arif-->Alamak, kamu takde darah??alien ke kamu nih?? huhuhu. Jumpa kut Arif.. apa ek nama dia?lupe suda..

natni said...

kakakaka klako la k.fida nih, br bc komen wa tuh, wahahaha sian kak sarimah tuh.. =P normah pulak die...taun dpn tmbh test audiogram heh..lg 1 org rs xde la smpi secawan die amek drh kte... 10ml jek (kowt) agk 1 syringe tuh

^___________^

Afida Anuar said...

itu la intan..sian kt sarimah jd normah..mana aku dpt nama tu entah.. baek, tahun depan amik audiogram nyer test lak...

heee...10ml?nape akunye macam 100ml?hahahahahah:p

Anonymous said...

Youг сurrent аrticle featureѕ cοnfіrmed
necеsѕary tο uѕ. It’s reallу helpful and уοu're obviously extremely knowledgeable in this area. You have popped my personal eye to various thoughts about this matter with intriguing, notable and strong articles.

my blog - wiki.watson.sk
Here is my web site ; phentermine

 

Browse