This Crush Ain't Going Away...

Wednesday, October 29, 2008
Banyak benda yang aku nak coret-coretkan sebenarnya.Tapi bila aku mengadap inspiron biru gelap ni, semua jadi blur. Benda-benda yang aku nak coret tu pulak lari entah ke mana. Mungkin disebabkan inspiron ni kaler biru gelap kut. So apa-apa idea yang cuba menyinggah akan di gelapkan oleh kaler biru gelap inspiron ni. Erkk.... apa-apa je la. Arghh, nanti idea tu datang balik la kut (cuba menenangkan hati yang cuak sebab idea tak datang-datang, hahahahaha) Sambil-sambil menunggu idea yang tak singgah-singgah tu boleh la aku terus layan flirty@1030;)

Dulu aku dah niat, walaupun tema blog aku ni bebas, tapi buat masa sekarang aku nak terai stop kutuk-kutuk orang. Aku nak terai stop luah segala kemelut politik semasa atau masalah negara, atau apa-apa saja yang tak kekok untuk diluahkan di sini. Even harga minyak dunia jatuh merundum, tapi harga minyak Malaysia tak jatuh-jatuh pun aku tak complain kat sini. Aku tahu, Pak Lah ada banyak benda nak fikir tu. Aku cuba fahami Pak Lah.... sebab tu aku tak kutuk Pak Lah time ni. (Anak sapa la yang dah tak kutuk Pak Lah ni. baikkknyerr... eheh!)

Aku cuba jadi pemerhati, bukan pengutuk. Aku cuba ubah apa yang tak betul dengan blog ni. Biar orang yang baca coret-coret aku ni hanya membaca kisah kehidupan dunia. Membaca segala pengajaran dan iktibar yang boleh didapati dari hidup aku atau dari kehidupan watak-watak ciptaan aku yang sama sekali langsung tiada kaitan antara yang mereka yang hidup atau sudah meninggal dunia.

Aku tahu, kalau api yang kecil di tambah minyak tanah, maka akan jadi lagi besar api tu. Maka aku cuba hindarkan itu. Hindar segala kutukan yang boleh membesarkan lagi api-api yang cuma sebesar mancis. Aku cuba dan aku cuba.....dan aku akan terus mencuba.

p/s: Not self-explanatory entry. Erkk..noted.

I'll be here again. The same me...
Until next entry...

WaAllahualam
Wasalam.

20 comments:

Tirana said...

Ha'a Fida..tak baik kan kutuk-kutuk orang di belakang.. Nak kutuk biar berdepan..hehehe..Agak-agaknya berani tak Fida kutuk Pak Lah secara berdepan?

Kak Tirana tak berani tapi teringin juga nak jumpa pak lah secara live..Dengan DSAI dah jumpa baru ni..

agHoo said...

sesungguhnya mengutuk itu menyeronokkan wakakakka..!!

Kay said...

takyah laa kutuk paklah.. telinga dia dh tebal.. dah tuli dh... ekekeekeke

NHY said...

Niat yg sangat baik, cik fida ~ teruskan2 ^_^ tp kan, nak tanya, apakah kaitannya dengan tajuk entri yg macam lirik lagu budak comel? huhu. . Ke saya dah tertinggal baca line mana2? =s

diana abdullah said...

insaf2..:-)

xxx said...

same dilemma~~

Afida Anuar said...

Kak Tirana-->Fida penah kutuk Pak Lah depan2..Depan tv time muka Pak Lah kuar..heee..betul2 depan Pak Lah tak pernah terai lagi, sebab tak pernah jumpa Pak Lah lagi. huhuh..

Fida lak teringin nk jmpa DSAI. Tak pernah jumpa pun lagi. Yang biasa jumpa Tok Guru Nik Aziz n Haji Hadi. Tu pun nampak dari jauh..hhuhuhu


Arif--> See, tengok aku mempraktikkan panggil nama mung Arif. Baik kan aku? heeee...
kutuk mengutuk mmg seronok arif..tapi keseronokan tu tak sampai ke mana... baik kutuk diri sendiri..baru leh maju..eheh...

Kay-->Erkk..baek kay. heee

Nisah-->Kamu tak tertinggal mana2 line pn cik nisah. kan dah letak kt nota kaki tu, not self-explanatory entry... sesaje la sbb time nk tulis tajuk dengar lagu David archuleta, Crush..tu yg tertulis lirik dia buat tajuk tu..

Diey-->Alhamdulillah..insaf jugak kamu diey..heeee;)

Afida Anuar said...

Same dilemma baanu??heeeeee welkam welkam...

Khairi Mohd said...

Fida,

Kutukanmu tidak mampu mengubah masalah di luarmu, cuma semata-mata membesarkan masalah itu di hatimu sahaja.

Right?

World is already there, take it as it is. Do what u can.

Afida Anuar said...

Right..u r right mr.khairi...

sbb tu la tamo dah kutuk2 masalah sekitar ni.tp nk cuba ubah dengan kemampuan sendiri yang sekelumit ni.... harap2nya berjaya:D

LeLs said...

kutuk..mengutuk..
kutuk..mengutuk..
kutuk..mengutuk..
kutuk..mengutuk..
kutuk..mengutuk..
kutuk..mengutuk..
kutuk..mengutuk..

STOP...!~

Afida Anuar said...

Lels aku suke lagu STOP n STARE..
eheh!...

Anonymous said...

Si Bacul selalunya menulis tanpa berfikir.

Si Bacul selalunya baling batu sembunyi tangan.

Si Bacul menggunakan kebebasan bersuara untuk mencerca yang lain.

Sudah aku rasa semua itu.

Awas ya,si bacul.
Aku dendam kau sehingga aku mati.

Afida Anuar said...

Sabar sabar hafeez n...

Niat aku tuk hentikan kisah kutuk mengutuk ni takde kaitan ngn sape..cuma dulu kan aku selalu kutuk kerajaan, pak lah, pak jib seme dalam blog aku ni..so skrang aku dah insap..tp ini bukan bermakna aku sudah bertukar pegangan politik aku.heeee..


hafeez n, tak baik berdendam,...nnti hati tak bahagia..

theblabber said...

tak salah rasanya kalau nk kutuk demi kebaikan.Eheh.No harm!

xxx said...

hi kak..
kak d'tag jugak~~
sudi buat yaa...

Anonymous said...

haha!

aku gurau je.saje nak buat ayat ambiguos camtu.

;)

Afida Anuar said...

Mizi-->demi kebaikan ek..eheh..akan difikirkan kalau perlu dan kene pada tempt baru aku kutuk..huhu.

Baanu-->Alamakkkk..malasnye tag tag nih...klu tak buat aci dak baanu? ehehehhehe

hafeez n-->huh! sib baik gurau..ingtkan ko betul2 tadik...ekekeke

xxx said...

hhhmmmm...
hhhmmmm...
boleh je...
anything oso can.. =)

kak kan master...yahoooooooo!!

Afida Anuar said...

Heee...mebe i buat kut..tp not all, sikit jek..aci ek..heee...

Ala, master apanye. I'm still..me:D

 

Browse