Hari Raya...

Thursday, October 02, 2008
Alhamdulillah, raya kali ini disambut dengan agak sederhana. Raya kali ni, mak aku nekad nak masak nasi minyak. So malam raya pertama kami adik beradik perempuan tolong mak prepare apa yang patut untuk masak lauk nasi minyak. Bertapa kat dapur la kami malam tu.

Hari raya pertama muncul juga akhirnya. Takbir raya kedengaran sana sini memuji kebesaran ilahi. Aku jadi sayu. Allah masih lagi memberi aku peluang untuk menyambut raya kali ini bersama keluarga yang tercinta. Aku benar-benar bersyukur. Selepas breakfast dengan nasi minyak raya kami, kami sekeluarga ke kubur Tokki dan adik perempuan aku yang terletak di belakang rumah je. Termasuk pak cik dan makcik aku join sekali kitaorang ke kubur. Selepas itu semua bergegas ke Masjid dan surau untuk bersolat sunat aidilfitri.

Selepas itu seperti biasa, kami satu famili bersalam-salaman, bermaaf-maafan antara satu sama lain. Time ni la time aku nak menitiskan air mata. Entah la, pagi-pagi hari raya dah nak setat sedih. Lama aku rangkul tubuh tua kedua ibu-bapa ku. Dalam hati, moga raya akan datang, aku akan diberi kesempatan untuk merangkul kedua tubuh tua itu lagi....

Duhai bonda..duhai ayahanda... segala-galanya bagi anakanda...

Hah, It's Photo time!! Time amik gambar famili, semua nampak skema. Maklumlah masing-masing baru je lepas menitiskan air mata. HEh!

Wajah-wajah insan yang paling aku sayang....

Lepas bergambar, kitaorang pergi serang umah tok sedara dan mak su yang terletak di belakang rumah je. Ala jalan kaki tak sampai 30 saat dah sampai. Salam-salam, amik gambar kenang-kenangan dengan semua orang. Kasi duit raya dekat anak-anak buah dan sepupu sepapat yang masih kecil.


Owhh yer, aku ingatkan tahun ni seperti juga tahun lepas, aku sudah tidak termasuk dalam golongan yang mendapat duit raya, tapi petang tadi time pergi beraya di rumah sepupu aku, dia kasi jugak RM10 kat aku, dan sorang lagi sepupu aku kasi RM5. Menurut mereka, aku tergolong dalam golongan yang masih belum berkahwin, dan secara automatiknya golongan yang masih belum berkahwin walaupun sudah bekerja masih lagi eligible untuk mendapat duit raya dari depa. Huh! Kan best kalau ramai yang berfikiran seperti sepupu aku ni. Hikhikhik....

Semalam Kak Nass dari New Zealand call sempena aidilfitri ni, heppynya aku mendengar suara Kak Nass. Dah lama aku tak dengar suara yang chuuumel itu. Banyak juga yang kitaorang sempat sembang dan bualkan. Tengah syok sembang mak pulak panggil sebab ada saudara aku yang datang. Sorry Kak Nass tengah-tengah kita syok sembang Fida pulak terpaksa pi. Bila Fida bagitau kat mak yang Kak Nass call dari New Zealand, mak pulak cakap kenapa tak bagitau je yang ada teman jauh yang tepon, takde la mak nak panggil suruh turun. Alaaaa dah disconnect pun..... ampun Kak Nass, lain kali kita sembang lagi ek. Ngeee...

Hurmm... rasa takat ni dulu untuk hari ni, insyaAllah kalau aku masih diberi kekuatan untuk mencoret-coret, aku akan sambung balik cerita raya ni keesokkannya pula. Itu pun kalau aku rajin arr.. gagaggaa..Until next entry...

p/s: Disebabkan mercun yang jiran-jiran sebelah rumah main, kereta pakcik aku dah sedikit cedera disebabkan sisa-sisa baki mercun yang dari langit jatuh ke atas kereta pak cik aku. Kesian pak cik aku.

"Woii jadi arr main mercun tu"!!! Kata pak cik aku...

WaAllahualam
Wasalam..

6 comments:

Anonymous said...

selamat hari raya

saya pun still lagi terima duit raya dari sorang dua makcik ..ehehe..

Afida Anuar said...

Selamat hari raya Incik Mat Burn...

Owhh..yer ke? Mebe sorang dua makcik yang kasi duit raya tu berfikiran spt sepupu sy la kut. Sebab tak kawin lagi wlupun dah kerja. Sebb tu still lagi dapat duit raya..ekekekekeke...

Anonymous said...

selamat hari raye~ maaf zahir dan batin..

AL-BIMA SAKTI said...
This comment has been removed by the author.
AL-BIMA SAKTI said...

salam,

seronoknya dia beraya. dapat duit raya lagi gitu...

kita jugak yg tak dapat balik beraya KT kali ni. ada masalah teknikal sket. nak buat macam mana. nasib le...

maaf yer sebab tak dapat berkunjung ke rumah afida...

owh yer.., bila nak beredar dari kampung tuh..?

Afida Anuar said...

edot->> Selamat hari rayaa..

Al-Bima Sakti--> Ptut pun, sy tertunggu2 kedatangan Incik Al-Bima sekeluarga. Takpe2..tahun depan kita jmpa lagi InsyaAllah..

besok pagi sy beredar la dr kg tercinta ni..huh, berat sungguh rasa hati nak beredar... ari rabu baru masuk opis. Amik cuti lama sket kali ni, dah lama tak balik kg...huhuhu..

kan best klu bleh duk kt kg ni sampai bila2...gaggagagag

 

Browse