Kisah Di Sebalik Ombak..

Sunday, October 26, 2008
Ombak sepi datang menghempas pantai hati. Sepikah jadinya pantai tatkala dihempas ombak sepi?atau hatikah yang sepi tatkala diri berjalan seorang diri di pantai? Mungkin juga ada kebisuan antara pantai dan ombak yang telah menyepikan sekeping hati yang cuba mencari ketenangan di antara hempasan ombak ke pantai.

Dia berjalan menyusuri pantai yang seolah tiada penghujung itu. Menahan setiap hembusan angin yang terkadang berhembus kuat menimpa diri. Namun dibiarkan saja angin pantai itu, bukan malas untuk dilayan. Tapi kerana dia tahu, dia takkan bisa menahan angin itu dari berhenti menimpa dirinya. Arghh, setakat angin pantai...

Sampai satu ketika dia berhenti melepaskan lelah perjalanan. Jauh dilontarkan pandangannya ke tengah laut. Tenang... tersangat damai. Cuma kekadang, ketenangan dan kedamaian itu digugat percikan air laut yang menghempas pantai dan terkena dirinya. Hampir basah keseluruhan jeans biru yang baru dibeli 3 minggu lepas. Arghh, setakat jeans yang basah....

Tiba-tiba telefon tangan yang terletak di poket kanan seluarnya berbunyi. ONE SMS RECEIVED. Melihatkan nama penghantar membuatkan hatinya sedikit resah. SMS itu dibuka. Ditatap dan dibaca bait demi bait yang dihantar. Matanya mula berkaca, namun ditahan.. Ya Allahh...!!

Dia berlalu lagi menyusuri pantai itu. Lambat kakinya melangkah seolah kekuatan melangkah itu telah dirampas oleh bait-bait ayat SMS yang baru dibacanya. Dia cuba mengumpul kembali kekuatan untuk melangkah lebih laju. Namun kali ni, dia tidak mampu. Malah tidak mampu untuk melangkah langsung. Dia berhenti di tengah-tengah sisir pantai tu. Manik jernih yang dari tadi cuba ditahan jatuh juga akhirnya dari kedua kelopak mata. Disekanya manik-manik jernih itu berulang kali dengan kudrat tangannya yang lemah itu.

Berita dari SMS
Shah, laporan perubatan isteri kau dah keluar. Tapi, ia tidak seperti yang aku sangka. Kanser isteri kau merebak terlalu pantas. Kau kene bersiap sedia dengan segala kemungkina-Dr Irfan-

p/s: Coret-coret kali ini tiada kaitan dengan berita yang dikhabarkan dari ombak, kerana berita ini dikhabarkan melalui SMS. Dan kisah di atas juga bukanlah kisah benar untuk diambil tindakan kerana kisah di atas adalah rekaan aku semata-mata.

Ucapan selamat menyambut hari dewali dan deepavali buat kawan-kawan yang menyambutnya. Have a nice day ahead, dan selamat bercuti buat semua yang bercuti.

WaAllahualam
Wasalam.

8 comments:

Tirana said...

Nasib baik cerita rekaan...airmata kak tirana dah siap tergenang di kelopak mata...menunggu masa jatuh ke pipi..hehehe..

Adam. said...

Jikalau semua nista boleh di-halang,dan diganti dengan kejujuran.

Maka tiada prejudis.

Entri kali ini,perasaan-nya pernah aku rasa.Cuma di-dalam keadaan yang berbeza.

haha!

Afida Anuar said...

Kak Tirana-> Air mata sy pn bergenang sewaktu terfikir bait2 nak taip..hehehehe..same same sensitip kita ni. Kalau jadi betul2 depan mata tak tau la lagu mana...

Hafeez n-->Buang jikalau.. So ayat baru, semua nista boleh dihalang dan diganti dengan kejujuran..heeeee

Pernah kau rasa? Biar benar, sebijik2 perkataan entry ini lahir dari dalam jiwa aku tanpa satu pun diciplak.... tp nasib baik ada statement kt belakang;dalam keadaan berbeza...heh!

agHoo said...

buat la pnjang2 sikit..leh jadik novel terus nnti aku kopi then jual okeh..ahaks!

Afida Anuar said...

hamboi hamboi hamboi Aghoo...

sbb tu arr aku buat versi pendek2..sbb tau klu aku wat versi panjang mung akan kopi n jual..:P

agHoo said...

ombak jahat..!!

agHoo said...

ala berkire ar..xmo tolong mmber2 jadi kaya ke?huhu..

Afida Anuar said...

Ombak jahat Arif? Takde ombak...apa maknanye pantai?heeee..

mne de aku berkira, nak je aku tulun mmber2 jd kaya..tp bukan ngn novel ciput aku tu sbb tu aku merapu..aku tulun cr lain arr.

kang klu ko kaye kang, jangan lupe aku lak..mana la tau..heee..
aku selalu doa kan mmber2 aku dimurahkan rezeki olehNya..Aminn

 

Browse