Budak comot itu perlahan berjalan masuk ke kelas 3 Anggerik. Semua mata yang dari tadi khusyuk memandang papan hitam kini tertumpu kepada budak comot itu ,dari atas sampai ke bawah. Baju comot. Kasut comot. Rambut kusut. Beg lusuh. Cikgu Azam yang masa itu sedang menulis latihan matematik di papan hitam berhenti tatkala melihat kehadiran Alif, budak paling comot dalam kelas, juga budak yang selalu sampai lambat ke sekolah.
"Alif, kenapa kamu datang lambat lagi? Tengok jam sekarang sudah pukul 9 pagi, kamu ingat ini sekolah kamu? Suka hati kamu je nak datang pukul berape!", sergah Cikgu Azam.
Alif tunduk, sepi. Tiada kata yang dilafazkannya. Semua orang dalam kelas tergamam. Takut pun ada apabila mendengar sergahan Cikgu Azam.
"Apa pula alasan kamu kali ni?" sambung Cikgu Azam seolah sudah masak dengan kerenah Alif.
"Saya tanya kamu ni Alif!!", tinggi suara Cikgu Azam kali ni.
Alif tunduk membisu. Pelbagai alasan sudah diberi. Kini dia hanya mampu berdiam diri dan bersiap sedia menerima hukuman dari Cikgu Azam seperti biasa. Tangan kanan Cikgu Azam menghayunkan bulu ayam, laju...terus hinggap ke punggung Alif.
"Paaapppppp"
"Paaapppppp"
"Paaapppppp"
Hukuman selesai.
"Pergi duduk tempat kamu", arah Cikgu Azam kepada Alif.
Alif tunduk menahan malu dan sakit sambil berjalan ke tempat duduknya, di sebelah Ida di tengah-tengah kelas. Perlahan-lahan dia melabuhkan punggungnya, dan menyangkutkan beg lusuhnya di kerusi.
"Kau tolong mak kau menoreh getah lagi ke pagi ni Alif?", tegur Ida yang agak memahami masalah Alif.
Alif mengangguk.
"Mak aku sakit Ida, kalau aku tak tolong dia menoreh, kami nak makan apa hari ni?", terang Alif.
Ida tersentak. Timbul rasa simpati terhadap kesusahan hidup yang dialami Alif sejak kematian ayahnya.
Waktu rehat, Ida mengajak Alif ke kantin. Namun alasan kenyang diberikan.
"Aku tahu ko tak jamah apa-apa lagi sejak pagi tadi kan? Jom la, lagi pun aku dah suruh mak aku packkan mee goreng ni untuk 2 orang", pujuk Ida.
Alif memegang perutnya yang kempis itu. Dia pandang Ida, memang dia lapar. Tersangat lapar. Hendak membeli makanan di kantin, duit pula tidak pernah di bawanya. Dan dia tersangat malu dengan Ida yang sudah banyak kali berkongsi bekal makanan dengannya. Dia malu...
"Ala kau tak payah la nak malu dengan aku Alif, jom laa", pinta Ida..
20 TAHUN SUDAH BERLALU....
Dan Alif si budak miskin yang comot, yang sering berpakaian lusuh itu sekarang sudah bergelar Doktor Alif. Tiada lagi gelaran Si comot. Tiada lagi gelaran si miskin. Tiada lagi denda dari Cikgu Azam. Yang ada hanyalah Dr Alif bin Abdullah.
Ida?? owhh hurmm... anggaplah dia hidup bahagia bersama Dr Alif. Ehehehe...
p/s: Cerita di atas tiada kaitan antara mereka yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Sekian, terima kasih.
MORAL OF THE STORY: Sentiasa lah bantu membantu sesama manusia. Jika kita bawa bekal ke tempat kerja atau ke sekolah (bagi yang masih bersekolah) sudi-sudilah berkongsi bekalan itu dengan kawan-kawan yang lain yang tidak membawa bekal yer. InsyaAllah murah rezeki. Tambah-tambah lagi kalau kawan yang dioffer bekal itu mendoakan kesejahteraan hidup kawan yang mengoffer itu dunia akhirat. MasyaAllah...betapa besarnya rahmat Allah terhadap si pengoffer.
Okay, sapa nak share bekal dia dengan aku hari ni? Aku tak bawak bekal ni?heeeeee
Until next entry..
WaAllahualam
Wasalam.

21 comments:
Arif ada kt sini..nak share bekal x ida eh fida??hehehe..
luv read ur writing
aha perlu ke cite dongeng? nk kisah benar.. :p
Aro-->haha..Arif ek..lar, Ida eh Fida tak bawak bekal la ari ni..camne nk share ngn ko..bekal kepek ada.nak? heeee
Anon-> hee..me too:D
Mus-->Sekali sekale perlu dikisahkan cite dongeng gak... x leh kisah benar berterusan, bahaya!!heeee..Eh citer kt atas tu pn ada benarnye jugak tu:D
Hi Afida, just looking aroung. And its fun reading your blog :)
Hi Azue81...tQ sudi singgah, blog merapu jek. heeeeee
fida,
mcm cite i jer. tp terbalik profession, terbalik jantina.
i dulu suka ngepau bekal member i. dia bagi hehe. tp dia laki i laki.
tp dia yg jd doktor bukan i. i pandai sikit, dia pandai byk!
dia kaya. bapak dia byk umah sewa.
nama dia bukan alif tapi arif.
aripin. he he he
mcm citer u khairi? errkk..sori tatau pn u punyai citer sebegini, x ciplak ek..heeee..tp seyes citer ni hanya rekaan kecuali part atas tu ada benarnye sket..dia mmg anak orang susah,selalu datang lambat sekolah sbb tulun mak ayah dia..tp bukan menoreh la..diubahsuai..heeee
nama pun rekaan..hurmm,but close..arif n alif..it's life then..coincidence is everywhere..
:D
Fida ni makin lama makin pandai main reverse-physchology.
haha!
Resepi mudah,senang main dgn emosi.Tambah tolak,sedih-gembira.
Aku pun suka baca entri kau..kalau cerita ni dibuat drama swasta,
clichenya..jangan bagi Rosyam Nor watak Alif itu.
mual-lah!
haha!
klise-nye..kenape kalo budak miskin, bile besar, nak tunjuk berjaya kena jadi doktor? apsal x buat die jadi programmer ke? tester ke? system analyst ke? x cukup berjaye ke tu? hehehe
jauh sgt tu 20 tahun kemudian. haha
Hafeez N-->penerbit drama swasta mana la nak amik citer aku yang seciput ni nk buat drama. Klu ada...erkk...mmg aku takkan kasi watak Alif tu kt Rosyam Nor.. aku kasi kt ko la..heee. yg watak Ida tu kasi kat Mira, jangan marah mira..gune nama mira lagi..heee
Yoe-->erkk..sebab aku suke doktor..heeee... sbb doktor ni paling glemer, cuba ckp kt orang kampung keje sbgai doktor..musti orang kasi tabik hormat bagai.. tp klu ckp keje programmer, tester, system analyst..musti orang2 kampung tanya... "keje apa tu nak? tak penah dengar pung", heh!...
Mus-->dekat dah tu, Darjah 3 bersamaan 9 tahun usia.. + 20 tahun..cukup arr masa tuk dia jadi doktor yang mantap lagi pakar....heeee
alif baa taa...~
hehe~
Alif itu wataknya kontra-ry dengan sifat aku.
walaupun kami mungkin sama meminati pelaran sejarah dan membenci matapelajaran matematik,namum mungkin dia tidak se-konvertif aku.
aku rasa watak Alif tu mungkin kalau kau letakkan pemberat seperti kehilangan orang tua,mngkin akan jadi one hit wonder cerpen ini.
Aku minat watak Ida,seorang yang suportif.Aku agak kesudahan dia mungkin dia jadi doktor juga ataupun juru-rawat.
mungkin mereka pernah makan maggi bersama sewaktu susah dahulu!
jangkaan?
sigh.
ida=fida. btoi tak?
Lela-->1,2,3...A,B,C...heee
Hafeez N-->jangan mngharap citer ni ada kesudahan atau smbungan kerana pengakhirannya hanya takat ni...yer, mungkin mereka pernah makan megi bersama..tidak kira waktu susah atau senang,kerana megi bukanlah makanan untuk orang yang menghadapi waktu susah. Waktu senang juga megi bisa dimakan:D
Khairi-->Salah..potong 20markah..hehehehehe
org yg nama arif ni memang pandai2 ek?ehehehehehehhehee...
Well..it's u then...
kan maksud nama di sebalik arif tu kan yang memahami..sbb tu pandai2 gamaknye org yg nama Arif ni... uiksss dalam entry aku ni nama Alif la.bukan arif:p
tp nama Arif..pi panggil Aghoo..terus habis maksud yg pandai2 tu...heeeeeeeee
Lps ni nk panggil Arif arr, tamo panggil aghoo dah:D
yg bijaksanala huhu...
aku da lama nak suh org pnggil aku arif tp usaha tu xpenah berjaya smpai skang..panggilan tu doa..
tu yg aku jadik kureng pndai sikit tuh..sedey x?huhu
Heee lupe,yg BIJAKSANA:D
okay la klu camtu aku panggil ko arif la..n aku dh tukar kt list tu dari Aro ke Arif..
jangan lak lepas ni aku panggil arif ko tak jawab panggilan aku..heeee
hahahahha bagus2..
Post a Comment