Sempitkah Kehidupan?

Friday, July 11, 2008
Kesempitan...Ada apa dengan kesempitan?

Kesempitan masa?
Kesempitan wang?
atau kesempitan hidup yang mencengkam?

Owhh, minta jauh dari semua kesempitan itu. Kalau la kesempitan itu menjengah aku suatu hari nanti? Bisakah aku menghadapinya? Suatu hari nanti?? Eh, sekarang ni pun kesempitan fikiran sudah menjengahku. Aduhh... sempitnya terasa dunia akalku. Terasa sesak sekali dada ini untuk bernafas dengan sebetulnya. Aku buntu untuk memilih jalan hidup yang bercabang di hadapan ini. Mengikut kata hati, atau kata akal? atau paling mudah haruskah aku mengikut bisikan hati orang tuaku.?

Mereka tidak pernah menyuarakan apa-apa. Akan tetapi melalui kelopak mata mereka, sudah aku mengerti maksud tersirat yang sekian lama mereka pendam. Aku cuba untuk mengikut bisikan hati mereka,namun takdir Tuhan tidak mampu untuk aku halang.

Aku kesempitan lagi. Saat ini, waktu ini dan mungkin besok atau lusa, jika Tuhan masih mengurniakan aku umur yang panjang. Kesempitan antara kerjaya dan keluarga. Kesempitan antara cita-cita dan keinginan...atau..... aku kah yang menyempitkan diri aku?

Hurmm... berkali-kali suara itu kedengaran. Membawa pengkhabaran yang kesempitan itu hanyalah sementara, suatu hari nanti semuanya akan berakhir. Satu suara lagi kedengaran dari arah sana..berkata kesempitan itu tidak pernah pun menjengahku, cuma minda aku yang berkali-kali menyempitkan hidup aku yang sudah sedia luas ini. Mind setting aku harus diubah!

Huhh! Mana satu harus aku percaya? Kesempitan itu hanya sementara? atau aku yang tidak pernah kesempitan? atau memang kesempitan itu sentiasa di mana-mana... hurmmm.....

Moral of the story...Grab the opportunity that comes. Don't be afraid to face the world. Be confident and what is so important for me.. my family is my priority. Because, without them.. i'm nothing! That's why i choose to be sent away for a short period of time, and it's ok sangat-sangat if i'm just stay here. At least.. i'm here. This is the main problem for me working with the MNC. You'll have to travel at any time, anywhere around the globe. Opportunity of being sent away is so high if there is a demand.

Sapa yang mahu travel anywhere around the globe? Angkat tangan...Semua orang mahu. See see, ramai yang angkat tangan. Boleh kutip pengalaman negara orang. Boleh belajar budaya negara orang. Boleh jalan-jalan. But for me, i'm not looking forward those things, enough kut learning Indian culture, jalan-jalan sekitar Selatan India last year when i was sent there for 4 months training. For me maybe enough already for the time being. Just right now i'm looking forward the other things.

Things yang boleh buat aku dekat dengan family. Hurmmm.... ya Allah permudahkan la urusan aku ni:)

Dan sebenarnya, hidup ini tidak pernah sempit atau menyempitkan atau menjadi sempit. Cuma kita selalunya hanya memandang kesempitan dari keluasan. Padahal kesempitan itu hanyalah ilusi yang sentiasa menjengah minda. Pandang ke hadapan, baru ada kemajuan. Ingatlah orang yang tersayang Fida! Until next entry... Assalamualaikum.

Have a wonderful day and fabulous weekend !!!

"JANGANLAH KITA HIDUP DI DUNIA UNTUK MENDERITA DI AKHIRAT"

WaAllahualam
Wasalam..

8 comments:

AL-BIMA SAKTI said...

ikut kata hati
kesudahannya tak pasti.
ikut kata akal
isya-Allah ia akan kekal.

sesuatu yg sempit
tak semestinya sakit.
sesuatu yg luas
tak semestinya bebas.

Afida Anuar said...

InsyaAllah akan di ambil iktibar kata-kata itu...

"sesuatu yg sempit
tak semestinya sakit.
sesuatu yg luas
tak semestinya bebas"

It's true,really true...tp kebanyakan manusia selalunya memilih yang luas itu...kerana yang luas itu lebih menyenangkan dari yang sempit.

WaAllahualam.

Afida Anuar said...

Tapi adakah kita mempunyai pilihan untuk memilih antara sempit atau luas itu?

Manakan mungkin pilihan yang bisa diberi,melainkan kita berusaha mengubah pilihan itu sendiri.

Happy writing Fida!:)

AL-BIMA SAKTI said...

benar yg luas selalu jadi pilihan
malah ia boleh membawa keterlanjuran
andai keimanan terlalu picisan.

sempit atau luas
pilihannya bebas.

kalau jalannya sendiri yg cari
syaratnya juga sendiri yang beri.

tanya pada hati
timbang pada akal
setiap yg dicari
isya-Allah berafdal...

Didi Kartika Osman said...

Semoga apa yang diimpikan tercapai.. Insya Allah =)

Fida x larat aku nak apdet selalu mcm ko huhuhu.. Tabik Spring la aku kat ko

Afida Anuar said...

Al-Bima Sakti --> Cebisan kata yang terlalu mendalam. InsyaAllah akan diambil iktibar atas setiap pengajaran dr kata-kata.

Didi --> InsyaAllah cikgu dd. Yuhuuu..lamenye kau menghilangkan diri bersama ngn blog ko yang bersawang berhabuk..hahahah.. sori weh..tiap kali aku singgah, same je entrynye. Klu ko rajin apdet, leh gak aku tau citer ko kt sana;D

tu time aku rajin apdet, n idea berlambak lam kepala, apdet je la...hihihi.. kalau dak..hihih

agHoo said...

bley jadik penulis la...nice words

Afida Anuar said...

Alamak, jadi penulis apanye Incik Aro.. sy ni merapu jek memanjang..hihi..apa pun, thanks 4 the compliment;)

 

Browse