The Rest is Still Unknown..

Monday, July 21, 2008
Kedengaran satu suara larangan daripada seberang sana. Jangan mengunjungi blog aku, kerana blog aku dikatakan berbaur politik. Yer la, keadaan politik semasa juga yang mempolitikkan blog aku. Hurmm. What to say? Walaubagaimana pun, ia tidak la menyimpang terlalu jauh dari tema blog aku. Kerana tema blog ini...hurmm...bebas kut! Seperti burung-burung yang terbang bebas di atas ni :)

Tapi nasib baiklah larangan itu bukannya datang dari kepimpinan tertinggi umNO atau PAS atau PKR atau DAP ataupun mana-mana badan NGO. Kalau tidak, jadi headline kut blog aku ni. Headline jam 8 malam. Di TV3 suku gamaknya. Amacam? Hahaha. Perasan la aku nih! Abaikan. Itu hanya lah selingan di dinihari yang mendung ini.

Mendung. Hurmm...Hari ini agak mendung dari awal pagi. Awan seolah dicat dengan warna kelabu. Suasana sekeliling begitu kelam dan kusam. Dan awan 'bercat' kelabu itu berarak perlahan seperti menangisi sesuatu. Akan tetapi air mata awan itu, langsung tidak kelihatan walau setitik. Mengapa susah benar untuk dia menitiskan air mata itu? Tabah sekali menghadapi angin-angin yang kekadang berhembus kencang dan kekadang berhembus mesra itu. Masih air mata itu tidak sewenang-wenangnya jatuh bercucuran disebabkan angin itu. 'Pandai' betul awan kelabu itu menyembunyikan air matanya. Aku menatap lagi dada langit yang penuh dengan awan kelabu itu. SubhanaAllah... patut la tiada 'air mata' yang berlinangan jatuh. Rupanya ada sinar mentari di balik awan itu. Maha Suci Allah yang Maha Mencipta.

Moga aku bisa menjadi seperti awan kelabu itu. Tabah dan tidak mudah untuk menangisi sesuatu. Tabah menunggu sinar mentari yang akan tiba bila-bila masa tanpa menitiskan air mata, tanpa mengenal erti putus asa, tanpa mengenal erti jemu. Aku tidak mahu menjadi awan kelabu yang mudah menitiskan air mata. Tanpa angin, tanpa apa-apa, air mata itu mudah benar jatuh bercucuran. Tanpa dipinta,tanpa dipaksa. Aku tidak mahu jadi seperti itu. Aku mahu tabah seperti awan kelabu yang berarak di atas bumi yang aku pijak hari ini. Bumi Cyberjaya;)

Huh! Namun aku manusia lemah. Siapa aku untuk menentukan ketabahan itu milik aku? Kelemahan dan kekurangan itu di mana-mana. Manakan bisa untuk aku menidakkan kelemahan yang sentiasa mengintai diri aku ini. Manakan mungkin aku mengiakan kata-kata yang aku ini tabah orangnya. Kerana aku bukannya setiap saat dihembus angin ketabahan. Angin itu tidak setiap waktu bersama aku. Ada ketika, dia menghembus insan lain pula..

Dugaan demi dugaan sudah dihadapi. Beratus-ratus titik air mata juga sudah dijatuhi. Namun dugaan itu tetap butuh juga datang menyapa hidup ini. It's life then. That's why it is called a life. Without tears, without hurdle, without test, life is meaninglessnes.. Smile then, because your life is yours, and it is meaningful :D
Ok, today's entry done. Until next entry. Have a nice day ahead!!

"JANGANLAH KITA HIDUP DI DUNIA UNTUK MENDERITA DI AKHIRAT"

WaAllahualam
Wasalam

10 comments:

[Palie] said...

sape plak org seberang sana tu fida? xkan org seberang perai plak? ehehe.. lantak la ape org nk janji.. yg penting ko ade pembaca ko sendiri.. chewaahh..

gile puitis ayat ko ari nie.. tau la baru abis baca ayat cinta.. nak try2 apply la tu.. aku rasa kan ko dah sampai seru nie.. hahahaaa... jgn marah, just kidding.. kalo betul pun ape salahnye btol x? semoga kekal ke anak cucu.. eh kekal ngn sape plak nie? mesti ko tertanye2 kan? ngn sesape la yg ko nk kekal... hahhahaa..

Afida Anuar said...

Adeh palie palie...
seberang ni banyak makna la palie.. tau la ko keje kt seberang perai. Seberang sungai pun ye gak. Ok la, anggap seberang sg terengganu la...hahah

Gile puitis ek? huh! Tak sangka lak aku. Padahal aku merapu2 je masa taip tu.hihi. PAstu takde kaitan ek ngn ayat2 cinta. Bahasa ayat2 cinta tu lain. Ayat aku lain. Take note that! hahahha

Ni dah setat dah ni. Ayat puitis ckit dah sampai seru. Ayat puitis ckit dah sampai seru. Abis, klu ayat ko tu, alamat sampai ke sudah la tak sampai seru? hahaha

Guro je palie, jangan marah. Apa pun mekasih doakan aku dan dia kekal ke anak cucu. Aku pun tatau kekal ngn sape palie? Tertanye2 gak aku..hahaha.

Anonymous said...

kak fida, wa rasa pas abis bonding ngan satyam, baik kak fida jadi novelis jer..
ayat puitis! penuh ngan maksud tersirat...
klau btul la kak fida ada buat novel sendiri, wa la akan jadi pembeli pertama =P

Anonymous said...

ape kate fida, wat blog bau politik tapi tabur sket perencah perisa ayat cam novel tuh~ umm! nyum2

Afida Anuar said...

Wawa--> Erk.. jadi novelis? bukan bidang la. Tu pun aku merapu-rapu je wa. Main sedap tulis jek orang cakap. eekekke..
Ingt abis bond, nk balik kg tanam jagung la..hahaha
Erkk..aku de karang cerpen merapu..cuba ko cari entry 'Aku bulan dan kau bintang part 1 & 2'.. tu pun cerpen aku yang merapu gak..hikhik..klu de masa baca la..hahaha sempat promote cerpen sendiri cap merapu.
Nk wat novel, aku tak minat lak Wawa..uhuhu. Tp tatau arr klu takdir Tuhan sok bila aku betul2 jadi novelis. Jangn lupe beli tau novel aku.wakakakaka

Edot--> Btul gak kan edot. Campur perencah perisa ayat cap novel. Baru sedap ckit kan? tp tatau nk wat camne..hahahaha. Tengok la, idea sampai..akan ku buat campuran itu.hihihi

Anonymous said...

fida aku rase ko buat part time jd novelis ok gak kot.. dpt untung bln2 blanje aku makan.. ok x?

Afida Anuar said...

Huh?? belanje makan ek? ok je no hal klu de rezeki lebih. Tpi ko kt india time tu ajis.. gimana?

Ok ok time makan, aku makankan bahagian ko ek? hahahaha

Anonymous said...

kak fida, tak kan ajiz jer kot?
wa cam ner?
wa yg bg idea kak fida jadi novelis..
mana aci nie!

tak per, singapore dekat jer ngan mesia..bebler masa pun wa bole balik
=P

Afida Anuar said...

hahaha..pulak.. tu bg cadangan jek.. hihikhik.tak jadi lagi.

Patutnye wa ar yang belanje. Gaji sana dah mahsyuk banding gaji novelis..cheewahhh..

hihi, ye ye insyaAllah ada rezeki belanje la sape2 yang sudi datang di majlis belanje tu nanti..ahaksss..

Anonymous said...

ala kak fida, tak tentu pun agi wa dpt pegi singapore tue..
stil takder khabar berita pun...
maleh dh nk tunggu~
huhuhuhu...

 

Browse