The Power of Dreams ;)

Wednesday, July 02, 2008
Semalam,sambungan mimpi itu menjelma lagi setelah sekian lama ia menyepi. Haha, mimpi pun pandai menyepikan diri ni..apa kes?? Tapi serius la, aku mimpi perkara tu lagi,yang semalam macam sambungan dari mimpi yang lepas. Kira mimpi semalam part ketiga. Adehhh.. boleh pulak mimpi aku ni sambung-sambung. Ada trilogi pulak tu! Tapi sweetnya mimpi tu..walaupun ianya hanyalah mainan tidur;)

Agak-agak, kalau mimpi yang sweet tu jadi nyata..amacam?

Aku senyum jer la dalam hati;) ...dan syukur alhamdulillah atas apa yang Allah dah tetapkan untuk aku. Aku terima seadaanya ketentuan Allah itu. Cheewahh dan dan.. Ala setakat mimpi di malam hari. Mainan tidur. Mainan khayalan di alam yang tidak nyata.. Realiti ketika di alam nyata..waAllahualaam..tapi tidak mustahil untuk merealitikan mimpi tersebut. Nothing is impossible kan?? So caiyok caiyok Fida!.. Kasi semangat untuk diri sendiri:)

Tapi sebenarnya, apa yang aku rasa best or baik or bagus or sweet tu, mungkin tidak baik untuk aku. Mungkin.. dan tidak semua la begitu. Zahirnya nampak elok, tapi hakikatnya? Hanya Dia yang Maha Mengetahuinya.

"dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan ingatlah,Allah jualah Yang mengetahui semuanya itu, sedang kamu tidak mengetahuinya" -Al Baqarah:216-

Apa pun.. aku hanya berserah padaNya kerana Dia Maha Mengetahui segalanya. Di sebalik ujian dan dugaan yang ditimpa untuk hambaNya, ada hikmah yang tersembunyi. Tiada sesuatu yang dijadikanNya sia-sia! Yang pasti aku harus redha dan sabar dalam menghadapi hari-hari mendatang yang kian mencabar! Go go Fida! Kasi semangat untuk aku lagi:D

"Saat pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Namun seringkali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak menyedari pintu lain yang terbuka buat kita".. nice quote. Aku copy paste mana entah. Lupa nak amik source. Apa pun, enjoy the rest of this day. Tomorrow's waiting! Gambatte!!

Until next entry..

"JANGANLAH KITA HIDUP DI DUNIA UNTUK MENDERITA DI AKHIRAT"

WaAllahualam
Wasalam

4 comments:

Anonymous said...

Having fun reading of your blog.


berto xxx

Anonymous said...

We should have a great day today.

Anonymous said...

This topic have a tendency to become boring but with your creativeness its great.

Afida Anuar said...

thanx berto xxx... just telling a crap thing. Merapu je banyak!

Yes u've read mine. Wat bout urs? i can't get into ur blog berto..:)

free lotto??lottery online?? huhuhu..HARAM..

 

Browse