Mahu ku kenali hatimu
Ku sedari ini bukan biasa~
Huh, terasa aku tidak lagi dapat melindungi perasaan aku saat ini. Getaran hati itu, makin lama, makin lain getarannya. Bukan getaran hati untuk orang biasa-biasa. Perasaan itu muncul lagi setelah sekian lama ia menyepi. Huhh..kadang-kadang terasa berdebar-debar tatkala mahu bersua muka dengannya. Aku juga sedar,di hadapannya..aku mudah hilang arah. Gelabah tak tentu pasal! Semuanya terpaksa dicontrol. Gaya cakap, gaya jalan, gaya duduk.. Hahaha. Ini semua gara-gara sesi mengadap Reporting Manager kitaorang personally la.... sorang demi sorang dipanggil masuk mengadap! and i'm still waiting for my name to be called. Takde apa pun sebenarnya, kata member-member yang dah lepas, konon cam sesi suai kenal lebih rapat.
Namun, lirik di atas tiada kaitan dengan Reporting Manager kitaorang. Ianya dari sebiji lagu yang duk mengasak-ngasak memasuki kedua-dua gegendang telinga ini sejak dari awal pagi. "Opss..Fida layan lagu jiwang??" hahaha. Tidak la aku mengerti mengapa sejak dua menjak krisis dalaman negara terjadi dengan fitnah,liwat,bom C4 dan segala macam mak nenek tu, telinga aku senang benar nak terima lagu-lagu jiwang ni. Kalau sebelum ni, aku agak selective juga nak dengar lagu-lagu cenggini. Tapi sejak kejadian tu..semua selective itu dah bertukar. Ada effect juga rupanya masalah negara ni kat gegendang telinga aku. Ingatkan ke atas minda aku jek. Heh!
Abaikan kisah lagu jiwang itu. Aku sekadar warm up bagi meneruskan intipati entry aku seterusnya. Aku sedar, warm up itu perlu ada pada kali ini..kerana hari ini semua agak berbeda dari biasa... Apa yang berbeda? Aku pun masih dalam proses untuk memahami perbedaan itu. Cuma aku sedikit pasti, pandangan minda seolah sedikit kabur hari ini. huhu..moga ia tidak kekal berpanjangan.
Kelangsungan hidup berlaku seperti biasa hari ini. Smooth orang kata. Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Bumi Putrajaya-Cyberjaya aman damai dari zahirnya. Tiada sekatan jalan raya, tiada traffic jam,tiada kes bom mengebom, tiada kemalangan ngeri, tiada paranormal activity, tiada orang yang diculik oleh makhluk asing. Semua tiada. Mungkin ada di tempat lain, cuma tidak menjengah di telinga dan mata aku lagi hari ini. Hurmmmmmm....
Owhh, hari ini terasa otak ini sedikit beku. Jari jemari ini seolah kaku untuk bergerak-gerak. Tambah lagi dengan kesejukan dalam opis yang seolah berada di Alaska ini, menyumbangkan lagi ke arah pembekuan dan kekakuan itu. Huhh.. Aku perlu berhenti! Aku terpaksa warm up kan otak aku, agar bisa cair semula supaya ia bisa menggerak-gerakkan jari-jemari aku yang dari tadi kaku. Intipati hanya setakat ini. Izinkan aku berundur. Until next entry..
WaAllahualam
Wasalam
4 comments:
INgat kan revealing ur "precious" moment tadik .. haaha
:d
"precious" moment? hurmmmm..
Nanti la kalau ada..ngeh33
Ish... silap paham le pulak!
Hihi.. dun judge a content by it's title:)
Post a Comment