Aku percaya, segala yang berlaku ada sebab. Dengan lintasan habuk di depan mata ini pun bersebab apatah lagi dengan renungan itu, aku percaya ada sebabnya juga. Manakan Dia menjadikan sesuatu itu sia-sia. Manakan Dia menjadikan sesuatu itu tiada makna.
Cuma satu yang aku harapkan, dalam semua perkara yang aku lakukan dan dalam semua perkara yang telah berlaku, redha Ilahi itu sentiasa mengiringi semuanya. Kerana dengan redha dariNya lah, kesusahan itu menyenangkan. Tangisan itu menggembirakan. Kemiskinan itu melegakan dan keresahan itu menyenangkan. Semua kerana sekelumit redha itu.
Kini aku sudah berpijak di batasan ini, dan hanya batasan-batasan yang di hadapan sedang menanti. Perlukah aku mengundurkan diri untuk berpijak di batasan belakang? Owhh... sememangnya aku manusia yang sedang keliru buat masa ini... antara batasan di hadapan atau di belakang..... hurmmm. Okay..abaikan hal batasan itu. Tidak penting untuk dibicarakan lebih lanjut.
Ada sahabat menulis...
"Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan..cinta bukan mengajar menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan..cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.."
Orang seringkali mengatakan Cinta itu BUTA. Tapi mengapa aku merasakan cinta itu BISU? Bisukah cinta? Atau akukah yang tidak mendengarnya berkata-kata?
Till next time..
WaAllahualam
Wasalam
Wasalam
4 comments:
pekak kot..hehehehe
Pekak ek?? huh.. kene edit tajuk la gini.. Buta, bisu dan pekak..huhuhu
bercabang-cabang jenis genre penulisan fida lening..haha.
keep up the gud works.
Bercabang2 ek? hurmm..sy wase gtu gok sejak dua menjak ni.. tp dok pe la..lgpn tema blog ni bebas.. hikhikhik...
ikut mood jek sy tulis sbnornye.. idea tu yang mai..tu yang sy tulis..
harap2 enjoy la bc.. klu dok enjoy pun, buat2 enjoy la deh.. haahahaha
Post a Comment