Bulan Itu Tetap Bersinar....

Wednesday, July 16, 2008
Sejak dua menjak ni, negara digegarkan dengan berbagai krisis politik, krisis ekonomi, minyak yang melambung naik, fitnah, liwat, bom mengebom dan bermacam lagi, you can simply name them. Terasa telinga ini sudah terlalu penat untuk mendengar kisah-kisah sebegitu sejak dari dulu hingga sekarang. Dan yang sedang hangat diperkatakan sekarang adalah kes liwat mantan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dari pagi heboh diperkatakan kemantapan hujah-hujah yang dilontarkan beliau dalam debat semalam, tapi tidak sampai separuh hari, beliau sudah ditangkap polis. Polis oh polis. Oppsss... lupa.. polis hanya menjalankan tugas.

Hurmmmm.. Malaysia owhhhh Malaysia la. Tapi dengan fakta kejadian, keadaan semasa, aku rasa kita semua dapat berfikir siapa yang berada di landasan kebenaran, dan siapa yang berada di sebalik topeng penipuan. Cheewah, bagi aku this is kind of conspiracy theory untuk menjatuhkan DSAI buat kali kedua. Bagi aku la. Yang pelik bin ajaibnya, bagi sebelah pihak lagi, Raja Petra siap buat akuan lagi berkenaan Datuk Najib terlibat dengan kes bunuh Altantuya, tapi polis relek jek. Langsung tidak diambil apa-apa tindakan terhadap TPM tu. Owhh lupa, beliau seorang TPM. Bukannya mantan TPM. Kebal dari undang-undang. Undang-undang Malaysia mana boleh menyentuh beliau. Nak cuit pun tak boleh. Inikan nak tangkap untuk soal siasat. Beliau kan seorang TPM...Hurmm.. ok? Fida.. take note that! He's our TPM. Erkkk.. ok noted!

Kadang-kadang akal terasa begitu terhimpit dengan rentak dunia hari ini. Bila fikir-fikir, bagaimana keadaannya 10 tahun akan datang? Amankah hidup? Bahagiakah negara? Namun apakah kayu pengukur yang boleh digunakan untuk mengukur kebahagiaan negara itu sendiri?

Bahagiakah negara dengan pemerintahan yang sedia ada? Atau negara akan bahagia dengan pemerintahan yang baru? Aku percaya, bukan aku seorang yang mencari kebahagiaan itu, tapi semua orang. Semua orang dahagakan kedamaian. Semua orang inginkan keamanan. Tapi ada seorang hamba Allah pernah memberitahuku, negara kita sudah cukup aman damai. Sudah cukup bahagia.
Huhh..come on man! Aman ke kalau kes bunuh menghiasi dada akhbar setiap hari. Damai ke kalau setiap masa ada orang kene rogol. Bahagia ke kalau setiap jam ada orang kene rompak. Apatah lagi ada rakyat Malaysia yang tidak cukup makan! Yang hidup merempat! Kalau pada pandangan beliau, itu lah yang dimaksudkan dengan aman damai. Well just go ahead! But for me, i'm looking other situation to define 'negara yang aman damai'. It's me then. Maybe sound 'cerewet'. But i'm still looking, and i'm still fighting!

Aku di sini yang masih berjuang dengan selemah-lemah iman.....
Aku di sini yang masih menunggu bulan terang untuk menerangi kegelapan malam.....

"JANGANLAH KITA HIDUP DI DUNIA UNTUK MENDERITA DI AKHIRAT'

WaAllahualam
Wasalam.

7 comments:

[Palie] said...

go fida go.. adeehh.. aku x pandai nk ulas mcm ko.. tp aku setuju ngn ko 100%.. hehe..

Afida Anuar said...

Hahaha..setakat go go je?
hikhikhik...

Aku pun tak pandai palie, tapi bila dah ada feel nk tulis tu..semua benda mai kat lam akal ni. Tp banyak gak la ayat merapu. Aku bukannye pandai sangat ulas seperti yang ko dakwa tu.uiksss...

Apa pun, mekasih puji aku pandai ulas..hahahahah

sitizero said...

kak fida!!!!
hahaha...
saje je.
x reti nk komen2 psl ni.
tp saje je nk menyebok.
nk menambahkan bilangan pengkomen.
hee...~
da,g smbg karang blog tuk ari ni yek.
chaiyo~
=P

Husna said...

negara bole aman kalo pakcik2 yg memerintah tu sedar diri yg diorg tu x bole jadi pemimpn..
mslhnyer smpi skrg x sedar2 jgk..mayb duit x ckp lg kot kt dlm poket diorg..nnt dh melimpah ruah duit tu..br diorg nk menyedrkn diri kotttt..tggu jer la kak

Afida Anuar said...

Hid--> Mekasih..ngeh33

Husna--> Penantian itu satu penyeksaan. cam penah dengar pepatah ni.

saizulhafiz said...

hahaha...sapa hamba allah tu??mcm aku je...soal politik aku xnk cmpur.bg aku smua negara hadapi mslh yg sama.kejadian jenayah yg mcm2.even negara2 yg maju pun..itu lumrah manusia.sapa2 memerintah pun t sama je kejadian jenayah fida..tp bg aku yg byk jgak la pgalaman dh ke negara org,aku rs Malaysia boleh d banggakan.bukan politik ek.ko jgn silap anggap plak..bsyukur la.kita leh ulang alik kerja dgn aman damai.kuar weekend hepi2.kecuali ade rusuhan ah...bukannye kita hidup dlm ketakutan.kejap2 ade sekatan polis.kejap2 bunyi bom.kejap2 perang,kejap2 bunyi senjata..hehe.kalo rs xbsyukur g xtahu la..sama2 kita fikirkan..hahahaha..takbir!!!!!!!

Afida Anuar said...

Lar..perasan pulak encik saizul ni.Mung ingt dengan mung sorang ke aku debat pasal politik ni. Bukan mung sorang la yang selalu brainwash aku tuk masuk jd ahli umNO. Ada sorang lagi hambaAllah tu.Tapi biarlah rahsia. ekekekeke..

Ok this time no politic ek..

ok klu bagi mung,negara kita dah aman damai..ulang alik ke keje aman damai, kuar wiken hepy2. Tapi mung hanya memakai kaca mata mung. Cuba mung terai pakai kaca mata orang sekeliling yang lain.

Kita jgn tengok kita di sini saizul, alhamdulillah memang kita di sini takdok susah2 kene perang2 ke, kene bom, gempa bumi or whatsoever. Tapi cuba tngok keadaan negara skrg. Bagi aku la..pendapat aku, memang dari zahir nampak 'aman'. Tapi batin... kalau dulu nak dengar ada orang kene bunuh pun susah, sekarang dah jadi macam perkara biasa. Setiap jam ada je dengar kes bunuh. Tu yang keluar berita. Yang tak keluar berita.

Kalau perempuan lak, kene hati2 dengan kes rogol. Nok nok, kalau jalan sensorang..malam-malam ke, siang-siang pun kadang-kdang boleh berlaku. Ketakutan tu di mana-mana.

Sharlinie, sampai sekarang dok jupe. Nurin Jazlin lok, tngok apa jadi dengan arwah. Nauzubillah..

dan itu jenayah2 yang kita dengar. Jenayah lain yang tidak sampai ke pengetahuan kita?

Sekarang ramai syaitan yang bertopengkan manusia. Why? Simple..kerana tiada iman dalam diri. hurmm..

memang negara aman dan damai kalau tngok luaran..tapi ada something yang kita kurang...hurmm.. fikir-fikir dan renung-renungkan.

waAllahualam.

 

Browse