Malam ni segala-galanya akan berubah. Bermula malam ini. Aku tidak lagi akan keseorangan menghadapi cahaya rembulan dan sinaran bintang itu. Malam ni aku akan membiasakan diri untuk menghadapi malam ini dan seterusnya berdua.Tiada lagi istilah aku keseorangan di malam hari. Tiada lagi istilah malam itu panjang, tiada lagi istilah ketakutan yang kadang-kadang menyinggah dek bunyi-bunyi yang menyeramkan. Erkk.. bunyi yang lahir dari perasaan aku yang takut gamaknya...huhuhu.. Biasa la, kalau sensorang tu, macam-macam perasaan yang timbul. Bunyi pintu rumah sebelah pun, dikata pintu rumah aku yang terbuka! Bunyi air dari rumah atas pun, di sangka air dari bilik mandi yang terbuka sendiri..hahahaha. Adehhh...
Tapi alhamdulillah, aku ni berani juga orangnya. Ye la, kalau tidak manakan sanggup tinggal kat rumah tu sorang-sorang memalam selama ni.. hahaha.
Lepas dah berdua ni, harap-harap tiada lagi kejadian-kejadian yang disangka ada kaitan dengan 'phenomenal activity' itu. Kalau ada pun, biar lah phenomena terserempak dengan UFO je dari tingkat 14 rumah kitaorang. Dengan alien duk melambai-lambai dari tingkap UFO...hurmmm..amacam?? Pemandangan yang indah tuu..Tak la seram sangat kut noo! Heh!
Till then....
WaAllahualam
Wasalam.



Kedengaran satu suara larangan daripada seberang sana. Jangan mengunjungi blog aku, kerana blog aku dikatakan berbaur politik. Yer la, keadaan politik semasa juga yang mempolitikkan blog aku. Hurmm. What to say? Walaubagaimana pun, ia tidak la menyimpang terlalu jauh dari tema blog aku. Kerana tema blog ini...hurmm...bebas kut! Seperti burung-burung yang terbang bebas di atas ni :).jpg)


