12.23 AM

Monday, April 14, 2008
Mata terasa sukar untuk dilelapkan. Tiba2 baru ku teringat. Semalam Hari Ahad, KI nye besday, Hepy Besday KI. and Hari ni lak Hari Jadi Im, Hepy Besday Im. Moga Allah mempermudahkan segala urusan dunia akhirat kalian berdua dan semua sahabat-sahabat dan teman2 sekalian alam. Amin.. Nah tu kek tuk kalian berdua. Kongsi je la deh..hihihi
:D


Berita yang agak menggumbirakan baru aku terima dari teman senegeri. Dia dalam proses mendonlot semua episod X-files tuk semua season...wahhhhhhhhhhh!!! Hepynye aku. Dah lame aku mencari DVD tuk semua season ni.. ni yang nak kene pow dia ni..hihihi..Citer peberet aku zaman dahulu n zaman skrang juga. Tahun ni tak sabo nak menunggu second movie the x-files..huhu, kuar bulan berape entah, bulan 8 kut.
Ok la, this time tamo tiru kata2 akhir palie lagi dah ...huhu
Sampai di sini dlu, disebabkan beta berasa sangat mengantuk sekali..ahahhaha beta??
moga berjumpa lagi di lain entry.
Bagi sesiapa yang belum wish Im and kI.. pi la wish.
Sweet Dream
WaAllahualam
Wasalam

IIUM Alumni HomeComing Dinner.

Sunday, April 13, 2008
Terasa cam VIP plak, apabila aku n Syikin tiba lambat di tempat kejadian. Dinner dijadualkan berlangsung pada pukul 8 mlm, tapi kitaorg tiba hampir sejam kemudian, dekat2 pkul 9, gara-gara aku yang nekad tuk magrib di rumah, alamatnye kul 8 baru bertolak dari putrajaya... wuahuahaha.. Sib baik dinner tuh tidak dimulakan lagi. Menunggu kitaorang gamaknye. hahahaah, yer la kitaorang sampai je majlis pun bermula. Alhamdulillahh...

Masuk je dewan, nampak la kelibat Halim n Keon di hujung sana. Join depa la, lgpn x nampak dah orang lain yang dikenali saat itu. Eh, rupa2nya ramai jugak yang de kat meja tu. Haliazni, Apek, beberapa minit kemudian nampak kelibat Wahida lak, pastu syara. Pastu Aiza n Pakwe. Penuh la meja kitaorang ngn batch 012 n 013. Batch Maxis n Celcom. Hahahhahaha,

Makanan best jugak la. De masakan kampung n bandar. Dan yang best de kerabu mangga... Sodapppnye. So de la iringan muzik dr group nasyid mana entah,pastu de speech dr Autisme Organization, ckp2 pasal penyakit Autisme ni... tapi itu la sayangnye, kitaorang tak layan sangat sebab masing masing duk bzi menyembang n makan... huhu, maklum lah lame benor tak jumpa huhuhu. Tu pun ramai lagi yang tak datang. Kalau semua datang, uishhh mau runtuh dewan banquet yang agak kecik ni .Bukan nak kutuk dewan kecik , tapi memang benar pun dewannye agak kecik. Aku budget dinner ni diadakan di dewan besar CAC, tapi rupanye kt Bangunan Admin lak.. huhuhu Kalau dewan besar CAC tu memang gile luas la. Tapi sayang lak, tak ramai yang datang. huhuhu, so kalau buat kat dewan ni, walaupun tak ramai yang datang, nampak ramai jugak la orangnye.

Sedang masing-masing menikmati juadah yang lazat2, tiba2 puan MC, kasi ucapan menandakan majlis telah berakhir...Lorrr, makanan lam pinggan berlambak lagi, ni cam nak suruh halau balik je. wakakaka, tapi kitaorang tak endahkan arahan Puan MC tuh.

Makanan tetap dihabiskan. Apa yang nak tambah, tambah..kang rugi lak datang jauh2 tak makan dengan kadar yang sepatutnye ...huhuhu. Tapi rugi lak rasa tak sempat nak merasa roti jala. Bukan rezeki aku la tuh.. So pas makan, pe lagi. Bergambo la kitaorang ni.. huhu, pas luar dewan, kat lam gallery kt bawah. Ish ish ish..sedor x sedor dh kul 11.30..

So mmg masing-masing tak sabo nak balik la plak, cam Keon, dari opis terus mai dinner. Patut pun cam tak menyabo nak balik..hahaha.

Aku lak anto Syikin balik umah dia kt Wangsa Maju, n aku mnuju ke rumah cousin aku kt Taman Gombak Jaya, sebab dah janji ngn dia nk overnite kt ctu. Itu je la kisah dinner. Di sini de di selitkan beberapa keping gambar, sila la silau2 deh.
















































Ok la, till then
WaAllahualam
Wasalam

Bila hati enggan berbicara..

Saturday, April 12, 2008
Satu hari blog ni dibiarkan tanpa sebarang entry.. rasa lain macam sangat.. Tapi aku biarkan jua.. Entah, tidak tahu mengapa hari ini, tangan ini berat benar untuk dibiarkan menari-nari atas keyboard. Fikiran rasa begitu kosing untuk meluahkan sejuta rasa yang memendam di jiwa dan hati ini seakan kaku untuk berbicara..
Aku kah ini?

Kedinginan malam ni betul2 terasa sampai ke tulang. Sehinggakan tidak sabar pula rasanye untuk melelapkan mata. Tapi malam masih muda. Layan Tv pn ok gak. Citer ni pn cam OK untuk ditonton. 'A Lot Like Love'...Tapi tengok la cmne, kalau aku still diberi kekuatan untuk menonton. huhu. Kalau idak. Good Nite. Sweet Dreammm.. hhihihi

IIUM Alumni Homecoming Dinner.. nanti la kalau aku rajin aku citer.

Ader org kate "Cintai dan sayangi lah diri mu, sebelum menyintai dan menyanyai orang lain"
Hmmm...Betul ke? Sekadar renungan bersama.

Ok tu je la kut tuk kali entry kali ini. huhuhu.
Sampai ketemu di lain entry InsyaAllah.
Till then
WaAllahualam
Wasalam

Sehari Tanpanya di Sisi. What would happen?

Friday, April 11, 2008
Malam ni,hari Jumaat malam... aku terpaksa menghadirkan diri ke IIUM Alumni Homecoming Dinner. Bukan lah terpaksa, tapi dengan rela hati la aku pegi sebab aku fikir dah lame tak jumpa kengkawan UIA ni. Bukannye senang nak jumpa x-uia ni. Maklum lah masing-masing bizi dengan kerjaya masing-masing dan tak semua berada di KL ni. So time ni la nak bersua muka, menanye khabar berita, mendengar berita dan macam2 lagi la bagi mereka yang menghadirkan diri mcam aku ni..chewahhh.. Well, that's UIA nye story then.

Tapi dengan member2 X-Infocion lain pulak ceritanya. Walaupun masing2 cam bzi. Tapi ada je waktu yang kitaorg plan n gather sama-sama time wiken la. Nama je gathering infosys, macam 4,5,6 tahun tak jumpa, tapi sebenarnya, baru je minggu lepas wat gathering, minggu ni buat lagi. Baru je bulan lepas jumpa-jumpa n makan-makan, bulan ni nak buat lagi. Adehhh.. macang-macang..tp best pe kan? hihihi

& pe yang jadi problem nye plak, dinner tuh setat kul 8mlm. huhuhu, aku dr Cyber ni dh la kuar opis kul 6ptg. Jalan ke Gombak memang for sure Jam nye la. Lebih2 lagi dekat MRR2 n Kt Taman Shamelin. So aku plan mgrib kt umah je la. Tak kisah la sampai lambat ckit pun. Kan kan? Tak kemane gak dinner tuh.. huhuhu.

Nanti kalau aku tidak meninggalkan kamera aku, leh arr aku snap 2,3 keping gambar dinner untuk dimuatkan lam next entry. Kalau idak, bed time story la.. hahahahhahah. 2, 3 keping je? hahahahah.. We'll see then.

So disebabkan dinner tu of course la abis lambat. So aku pn kol la cousin aku,yang juga lecturer kat UIA, yang juga X-UIA, yang juga dijemput menghadiri dinner tuh malam ni. Huhu, banyak nye 'yang'. Konfem dia pun pegi, tapi lambat la sikit. So tujuan aku tepon dia sebab nk konfemkan overnite aku kat umah dia. Dari hari tu dia ajak pi umah dia, dan aku tidak berkesempatan lagi tuk ke sana. So ni la masanya nak melawat sanak saudara. hahahah.
So konfem aku tido umah dia malam ni. Lagi pun, takkan aku nak drive sensorang balik ke Putrajaya malam-malam. Kalau 1km tu x pe gak, ni berpuluh2 km nak ke Putrajaya....Ishh, tak berani la aku. Dah la sekarang ni bermacam-macam kes terjadi apabila perempuan drive sorang diri di malam hari. huhuhu. Nauzubillahiminzalik..

Besoknye, Aku kene ke Shah Alam pulak. Cousin aku yang duk sana baru kol semlm, jemput tuk makan2 kat umah dia. hahaha, ramainye cousin.. :D
So disebabkan cousin aku Kak Nor de hal, so dari Gombak aku akan bawak la anak-anak dia pi sekali dengan aku ke Shah Alam tuh.. huhuhu, Jauhnye perjalanan hari esok!!! n malasssssnyeee...huhuhu. Ceh, macam tak biasa,aku nih!!!

Nampaknye memang tak mengadap pc la aku seharian sok. huhuhu, We'll see then... hihihi
Ok la, this time around, really need to settle this test case.
Got to Go.. till then
WaAllahulam
Wasalam.

p/s: Org UIA tu br reply email aku hari ni yang mengkonfemkan aku pi dinner tu. Padahal aku dah hantar email tuh sebulan lepas. huhuhu sabo je la. :D

Aku Terima Nikahnya.........................

Thursday, April 10, 2008
Perkahwinan satu ibadah. Menuntut kesabaran, keikhlasan, keprihatinan, pengorbanan, pengabdian, toleransi, dan pastinya kerjasama yang erat antara dua hati, dua jasad yang jauh berbeza. Jangan sesekali menyesali perkahwinan, na'uzubillah. Kekurangan dan kesilapan pasangan bukanlah pengakhiran kepada janji setia sebuah tugu cinta yang dibina atas nama Allah. Takkan manis perkahwinan tanpa cabaran. Takkan indah perkahwinan tanpa ujian.

Sesungguhnya pasangan merupakan tanggungjawab dan amanah yang Allah pikulkan untuk ditangani sebaiknya. Sabarnya Nabi Lut menghadapi isterinya yang derhaka, tidak sebanding dengan cabaran kita menghadapi segala perbezaan dan kekurangan antara pasangan. Sesungguhnya kita juga serba kekurangan. Jika diri menghendaki pasangan memperbaiki kekurangan dan kesilapnnya, diri juga harus bersedia sebaliknya.

Kembali merenung diri, sudahkah diri menjadi yang terbaik jika menginginkan pasangan kita juga menjadi yang terbaik. Tercapaikah citi-cita untuk mendapat keluarga yang soleh wa mushlih, zuriat yang soleh dan solehah, andai diri belum benar-benar bertaqwa, tidak bersungguh dalam bermujahadah demi Rabb tercinta. Cita-cita takkan kemana tanpa usaha. Ketuklah pintu hati, tanyalah iman dalam diri, moga ketemu jawapan.

Untukku (Calon) Isterimu
Pernikahan atau Perkahwinan
Membuka tabir rahsia
Suami yang menikahi kamu,
Tidaklah semulia Muhammad SAW
Tidaklah setaqwa Ibrahim A.S
Pun tidak setabah Ayyub A.S
Atau pun segagah Musa A.S
Apalagi setampan Yusof A.S
Justeru suamimu hanyalah pemuda akhir zaman,
Yang punya cita-cita
Membangun keturunan yang soleh......

Pernikahan atau perkahwinan
Mengajar kita kewajipan bersama
Suami menjadi pelindung, kamu penghuninya,
Suami adalah nahkoda kapal, kamu navigatornya,
Suami bagaikan pelakon yang nakal, kamu adalah penonton kenakalannya,
Saat Suami menjadi raja, kamu nikmati anggur singgahsananya,
Saat Suami menjadi bisa, kamulah menjadi penawar ubatnya,
Seandainya Suami jurutera yang lancang, sabarlah memperingatkannya......

Pernikahan ataupun Perkahwinan
Mengajarkan kita perlunya iman dan takwa
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah SWT.,
Kerana memiliki Suami yang tak segagah mana
Justeru kamu akan tersentak dari alpa
kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga
Pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara
Cuma wanita akhir zaman
Yang berusaha menjadi solehah
Amin.........

Taken from Anggun_Sari....bestnye kata2. InsyaAllah akan ku semat di dalam hati:D
Till Then..
Wassalam

Qalb @ Hati..

“Hati adalah cermin tempat dosa dan pahala berlabuh”

“Siapa yang mengenali hatinya, maka ia akan mengenal siapa dirinya, siapa yang mengenal siapa dirinya, maka ia akan mengenal Tuhannya”

Apa yang terjadi apabila Liverpool mengalahkan Arsenal??

Wednesday, April 09, 2008
1. Ajis masuk opis lambat. Kul bape entah. 11 kut.. akibat bangun lambat sebab layan bola sampai kul 5 pagi...hahahaha

2. Saizul tido time training lam lab. Sampai x sedar manager masuk. Kes yang sama sebab tido kul 5 pagi.

3. Saizul usha2 Yoe, penyokong kuat Liverpool, Gumbira n berpuas hati Liverpool menang. Membanggakan diri masing-masing. huhu, tak patut tak patut..

4. Saizul usha2 Mus, penyokong kuat Arsenal. Kesian Mus Arsenal Kalah... hahahaha.

5. Ishh, asyik org lain je... Aku lak cmne? hahaha, aku completely xde perasaan...sbb aku bukanlah penyokong kuat mana2 pasukan.

p/s: Sekadar coretan sebelum melelapkan mata:D
Good nite everibodi
Wasalam

Let It Be..

Kebizian melanda sekelip mata. Banyaknye keje yang nak kene setel. Nak kene hantar hari
Isnin pun ada. Namun kul 6pm sudah pasti aku tidak akan berada lagi lam opis. kalau sesiapa yang nampak aku kul 6.15pm masih berada kt cubic tu,bukan aku la... hahaha, yer la..keje aku tidak menuntut aku untuk stay back smpai kul 8,9 malam. dan juga keje aku tidak menuntut aku untuk membawa keje balik ke rumah. haha..

Aku merepek lagi.. bukannye merepek, sekadar mencari-cari idea untuk aku meneruskan entry ini agar lebih mantap.

Ari ni pulak cam biasa, tiada yang luar biasa yang berlaku. Tiada UFO atau makhluk asing yang aku temui, atau apa2 paranormal activity yang bisa menggemparkan dunia,hihihi. Hari ini berlalu seperti biasa. Training and training and training. Tapi training hari ini tidak sehebat semalam. Walaupun banyak keje, tapi mengantuknya masih terkawal. Training nya masih dapat diadapt lam diri.

Rupanya, pasal Software Testing masih banyak yang aku kene belajar and fahami. Baru lah leh nak ckp, i was born to be a tester. hihihi. Kan palie kan? ko pun Software Tester musti ko lagi memahami life as a Tester. Well, it's software tester than. huhuhuhu
Well, so grateful to be part of this team. Seriously. hihi

Almost 6 oredi, need to pack n go back home. Home sweet home.
Kejap je ni. Ingatkan tak sempat nak apdet kt opis. Rupanye sempat gak, kuar bilik training lepak2 jap n apdet blog.. wakakaka, well..hihihi
Ok la.
Till Then
Wasalam

Hanya Tuhan Yang Tahu

Ku pasrahkan diriku hanya padaMu
Ku serahkan diriku hanya untukMu

"HIDUP INI TERASA INDAH BILA SEGALANYA KERANA ALLAH"

Biarkan Gambar2 itu Berbicara...

Tuesday, April 08, 2008
Ni gambar2 yg baru aku dpt dr Paparazi Kami iaitu Cik Sufian n Cik Haini.. So, biarkan gambar2 itu berkata2. Kerana cerita di sebalik gambar2 ini telah diketahui umum. :D


ni baru la adil, semua orang masuk gambar:D


Aksi drift haini...perghh gile laju cik haini bwk mr.vios dia:D

Gambar ni lagi? huhuhu


Hadiah peruz yg mnjadi kontroversi ..Sib baik mekdi sudi bawak


Well, well, well...:D

Huhuh, x abis2 bergambo, aku mane? huahuahuah

Apabila Laili bergaya dengan tuttt



YaAllah sorang2 bergambo..Palie ngn gaya apa entah, Tngok Yoe!! Apakah? hahahah


Gaya apa plak ni Peja??Adeh macang macang.. hahahahhah





Ni lagi... adeh, memang macang-macang la..:D

Alamak, Cik Sal tenang nya dia.. Muni, nape separuh je ni? Pian la ni..hihihihihi

Nampaknye, Upload gambar pun penat ek..So ok la, berenti jap. nnti klu dapat lagi kekuatan tuk upload gambar, akan diaplod lagi.. Ngee.

Mandi jap, makan2.. Till then.

Wasalam.

Ya Allah Kau Tabahkan Hatiku Menghadapi Hari2 Mendatang..

Kitaorang nye Testing training bermula semalam. Huhuhu, maknenye aku takkan ngadap pc aku la. cuma kalau lunch time n klu rest kejap leh arr aku usha2 pc aku, cek2 email, bls2 email, 4wd2 email, reply communicator.. bilik training seblah ni je. Tapi kan, huhuhu, rupanye training ni lagi penattt. Ceh aku ni, cm x penah attend training lak. Mane taknye, klu de activiti tuh, boleh la tahan.. tapi kalau nk tahan je telinga mendengar segala input-input yg sangat berguna itu, huhuhuhu Allah je la yang tahu betapa mata ni...ingin terpejam rapat gitu. Tapi tahan je la, nanti kan nampak sangat tak hormat kt instructor tu,penat2 dia berbicara,tp de yg tido.. dh la import dr Bangalore lak tuh.. so aku pn pe lagi, cara yang paling mudah, belasah nescafe la.. walaupun aku x berape gemar akan nescafe, tp demi tahan ngantuk.. belasah je la.

Ok la, hari ni kul 5, training dh setel. Alhamdulillah. Kuar bilik, mata terus segar bugar..Ngadap pc and terus apdet blog.. Hahaha, ader org salah tafsir aku, dia ingat aku bzi ngan training, blog aku takkan terupdate. Well cik Minen, it's me then.. hahahahaha.

Banyak je aku nak citer ni, tapi tak terluah pulak. Mayb banyak sgt input yang masuk kut masa training hari ni. Huhuhuhu, fida fida.. what ever la.

Eh, tapi baru teringat satu cerita lawak hari ni,begini ceritanya...hahahaha.. gelak dlu..Ok, begini ceritanya. Kitaorg kuar lambat lunch ari ni.. Almaklumlah training punya pasal, demi training tak pe la kuar lambat lunch pn. Walaupun masing2 dah cam kebulur. hahahhaah. Cam biasa kitaorg lunch kt Arena ni je,lagi pun dekat jalan kaki je, pas makan, si Mekdi ni duk usha burung2 murai yang de kat ctu, yang sedang makan makanan yang tak abis, sekali tengah dia kalut nak kasi payung dekat Hid, entah burung mane yang terberon atas baju dia.. huhuhuhu.. Kecoh mekdi time tu. Saizul pulak, tak abis2 gelak.. aku pun same.. Sori la Mekdi, bukan niat nak gelak, tapi tak penah2 dengar de orang yang kene beron ngan burung kat situ. huhuhu.

p/s: Beron tu diciplak dr ayat Palie..
beron....berak

Pengajaran hari ini, jangan duk usha burung kt Arena tuh.
hihihi..
Rasanye tu je la kut, tuk petang ni
InsyaAllah, kalau diberi kekuatan, akan ku apdet tuk sesi malam pulak
Till then..
WaAllahualam
Wasalam
 

Browse