Single is Simple;-)

Sunday, August 07, 2011
Hampir menginjak waktu asar, dah terbau orang rumah atas memasak. Sedap sungguh bau dia. Macam masak nasi lemak. Tak pun dia buat sambal bilis kot! Allahualam..

Kami.... masak kat bazar je kot petang nanti! Tambah-tambah ada bazar ramadhan yang baru dibuka kat sebelah rumah ni. Pergi pun jalan kaki je..alhamdulillah. At least, time malas nak masak, ada bazar yang terhidang, errr. Ala...orang bujang macam ni la. Kalau masak pun campak-campak je. Kalau malas nak masak, beli. Simple kan? Ah, single tu kan simple ^-^ ngeee.

Mak kata, time bujang-bujang ni boleh la nak bermalas-malasan lagi bab masak ni. Time dah kahwin nanti, jangan harap! Mau kena umpat dengan mertua 7 hari 7 malam kalau tau menantu dia malas memasak.. errr

24 comments:

IMANSHAH said...

haha single is simple, double is trouble

senyumSOYA said...

kak fida duk presint brape? hehehe....

DAMAI SURIA said...

Teringat dulu masa dok rumah sewa di Pandan Jaya. Kitorg masak nasi goreng. Baunya memikat..bila dah terhidang membuka selera:) sabar je lah time pose ni..aha.

nur aisya humaira said...

duk ngan family lgi best...klu nak makan sedap2, mak nak tu nak ni...

mak beli barg, hahhh..buat!!hahaa....

time duk umah sewa dlu, mkn telur ngan kicap pun jadi...keh2

kak, single is simple..!!ble nak jdi trouble ni???lps ni blh jdi triple plak...hehe

cikguNae said...

Afida, wah... dekat pula dgn bazar Ramadhan... cepat & mudah. Saya sejak ngajar pagi dah malas nak keluar membeli. Dulu ngajar petang seronoknya balik kerja singgah membeli...
Selamat Berbuka... Bertarawikh...

kak Jah said...

mmg begitulah kak.. penat org kt bazar tu masak2.. kalau bukan saya yg beli.. siapa lagi.. :)

Norsha said...

salam fida,
hehehe... tercuit dgn kata2 iman shah tu, single is simple, double is trouble.....trouble pun troublelah, nak wat cam na....

intan.maisarah said...

salam
nasib baik sara lambat lagi proses menuju ke arah bermentua


boleh amalkan konsep simple
haha

Adliff said...

Afida, simple n smart. Jimat duit kalau hidup seorang dgn membeli di pasar Ramadan. Namun kalau sudah bertiga berempat, sukar sedikitlah.

Aliff sudah bertahun hidup seorang diri hadap Ramadan
Dan penyelesaian paling mudah ialah berbuka di masjid siap terus terawih.

nahmy said...

bab masak mmg senang bila sorang2...tapi bab makan sorang2 tu yg sedih sikit...(ini pengalaman masa bujang dulu). akhirnya hampir setiap weekend balik rumah org tua. skrg dah beranak-pinak susah plak nak mkn secara senyap dan tenang...karenah anak - perkhh!

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
But in my opinion, single is simplex! In a simplex method, there are variables and constraints. Analogically, the longer `the single` stays, the higher will be the variables and constraints that he/she has to manipulate in life. In other words, the single will become complex as time pass by.
Wallahualam

Afida Anuar said...

Shah-->kalau triple pulak?he he

SenyumSOya-->Precint 11. Awal2 dulu kira mcm duk kat hujung dunia,skrg bila banyak rumah dah bukak tak kira hujung dah..meriah sini, meh la;)

Damaisuria-->Haaaa,plan petang ni kami nak buat nasi goreng. Tapi buat kat rumah la bukan kat bazar.. he he;)

Aisya-->duk rumah memang heaven pun aisya, tak leh lawan. Bila nak jadi trouble? hehe... Allahualam.. doa2kan;)

Nae-->Bazar pun kecik je nae, tapi boleh la in case ada hari malas masak. kekeke.. oooo, tp masak sendiri la best kan?;)selamat berpuasa juga;)

Tropical-->a'aa kan? kesian jugak kat diaorang penat2 buat makanan takde orang nak beli.. he he;)

Kak Norsha-->salam kak norsha, trouble tapi bahagia.. iyer dak?;)

Sara-->mana tau lambat ni? entah2 bulan depan dak?;)

Aliff-->Ooo, lagi bagus berbuka di masjid Aliff, jimat belanja, dapat kenal dengan ramai orang. Berbuka di masjid putra ke? ke masjid besi?;)

nahmy-->he he, saya makan sorang diri tak pernah lagi. Ada ke kawan teman ni... Takpe nahmy, tak boleh makan dengan senyap tenang pun, at least bahagia ada di situ. kan?

Tajnur-->Waalaikumusalam wbt. Tiba-tiba terkaku tangan nak menaip bahasa orang putih ni.. kekeke.

No wonder, i can feel that complexity in me as day passes by. he he;)

Tirana said...

Fida, bila dah kawin, kalau rasa malas masak, ajak suami pergi makan kat hotel. Kalau dia tak mau, suruh dia masak sendiri..hehehe.. (nasihat yang tak patut diikuti..)

Khairi Mohd said...

saya setuju dengan komen kak tirana di atas sebanyak 20% haha.

Buffet hotal dlm 20 RM boleh. Tapi kalau nak suruh saya masak... errr... bukan malas, takut tak sedap hehe.

fuad ansari said...

kalau dah kawin, bile dah kerap masak, sampai satu stage, masak main campak2 pun dah rasa sedap.. insyaAllah..(",)

saya rasa...
might be single is simple at the beginning, but trouble at the end..

might be double is trouble at the beginning, but simple at the end..

kata orang, bersusah2 dahulu, bersenang2 kemudian.. (",)

Adliff said...

Afida,

Aliff tak pernah masuk pun masjid putra atau masjid besi sebab kariah masjid aliff bukan di putrajaya.

Tekalah aliff duduk kat mana sebenarnya?

Putrajaya itu pernah jadi rumah aliff sekitar tahun 2007-2010 sahaja...

Abd Razak said...

Assalamualaikum saudari afida..

Moga saudari sihat hendaknya terutama di bulan puasa ni..amin

Masak sendiri atau beli tak kisah, asalkan ianya dapat mengenyangkan dan meluluskan tulang belakang..

sahromnasrudin said...

kalau duk sendiri takpe..tp klu duk dgn mertua, memang kne hambat hahahha

tp pasangan sekarang lebih suka duk sendiri walau uma mertua setaman hahahahahhaa

~PENCHENTA~ said...

Ishk. Tak best lah duk sensorang.

Bila masak takde orang nak puji.
Bila makan takde orang nak teman.
Bila mengaji takde orang nak dengarkan.

Ishk. Hahah.

*Mode gatal*

Afida Anuar said...

Kak Tirana-->Hehe, tengok la kalau ada rasa nak ikut nanti kak;) gagagagga

Khairi-->Ala khairi, tak cuba tak tau..entah2 lagi sedap dari orang perempuan masak dak?:)

Fuad-->Okeylah, akak setuju apa yang fuad tulis... single does not mean simple, double does not mean trouble..u r right..u r right;)

Aliff-->Ooo...mati2 ingatkan aliff ni ahli jemaah putrajya...hurmmm kalau tak duk putrajaya, duk bangi ka?;)

Abdul Razak-->Waalaikumusalam saudara abdul razak, Alhamdulillah, saya sihat2 je di sini. Moga saudara di sana pun begitu juga:)

a'aa kan? Asalkan dapat bagi kekuatan tuk berterawih bertahajjud..Alhamdulillah.. thanks saudara;)

Sahrom-->a;aa kan? ish, nak duk sendiri la lagu ni.. he he

Penchenta-->a'aa, memang tak best pun... ;)

shameel Iskandar said...

dlu masa kt sabah sy pun slalu masak sbb agk jauh nak gi restoran. tak berbaloi nak keluar sejauh 30 km semata2 nak mkn jer. Tapi dok perak ni, restoran brlambak brhaampiran. so, habis hilang ilmu masak memasak.

Afida Anuar said...

Shameel, kalau dah ada basic memasak..dun wori..insyaAllah ilmu itu takkan hilang..chewah:)

ummu said...

salam Fida
betul masa single nilah
nak berehat-rehatan
kalau dah berdouble
nanti ajdi bertiga dan berempatan dan seterusnya, ngggeee,takde masa tuk diri kita, Fida.tapi takpe, Allah tahu apa yg kita mampu lalui.semoga Fida menemui apa yg Fida hajati.

Afida Anuar said...

Kak Ummu, terima kasih kak. Terima kasih sangat2...Allah tahu apa yang terbaik tuk kita semua kan??

hehe, sementara masih ada peluang untuk diri sendiri...

 

Browse