Perempuan Agung...

Tuesday, August 16, 2011
Bos tak approve lagi cuti raya. Padahal dari minggu lepas lagi dah apply. Tak kira, tak approve pun, saya tetap nak cuti jugak. Raya...mana boleh tak balik. Yer dop?

Alhamdulillah, mak saya sudah jadi full-time housewife sejak tahun lepas. Mak minta pencen awal. Dengan kerenah pelajar-pelajar yang semakin menyesak dada mak saban hari tambah dengan penyakit mak, mak minta pencen awal. Kalau diikutkan, 2 tahun lagi sepatutnya mak baru boleh pencen.

Saya bersyukur, sejak mak duk kat rumah. Saya nampak mak bertambah sihat. Tidak lagi pening-pening, sakit-sakit seperti waktu mak masih lagi bergelar pendidik dulu. Hatta teman-teman mak yang datang melawat pun kata mak bertambah sihat berbanding dulu. Alhamdulillah...syukur sangat-sangat saya tengok perubahan mak kini.

Cuma..saya tahu mak sunyi tatkala semua anak-anak mak merantau keluar. Tinggal budak-budak kecil Nabilah dan Huda saja di rumah. Time mereka ke sekolah. Sorang-sorang la mak di rumah. Alahaii kesian mak.

Saya rasa Allah dah makbulkan doa mak dulu-dulu. Mak kata, time anak-anak besar nanti, mak nak anak-anak mak semua keluar. Rasa dunia luar. Biar tinggal mak dengan ayah je berdua kat rumah.

Sekarang saya rasa doa mak dah berubah. Nak suruh anak-anak semua tinggal berdekatan dengan mak. Walaupun mak tak cakap direct, tapi saya tahu, sebab mak sunyi...kalau anak-anak dan cucu-cucu balik, boleh tengok sangat raut gembira yang amat kat wajah mak.

Selalu juga, waktu tidak terlalu sibuk di pejabat saya telefon mak. Kadang-kadang boleh dikatakan tiap-tiap hari. Sebab saya tahu waktu tu la mak duk sorang-sorang. Saya fikir, kalau dah jasad tak boleh berada dekat, sekurang-kurangnya ada suara yang boleh dijadikan ubat.

Ada satu hari tu, saya cadangkan mak buat blog, boleh share cerita masak ke, cerita anak-anak ke, cerita apa saje pasal kehidupan macam Kak Tirana, Kak Kamsiah, Kak Tinie dan blog-blog ibu-ibu yang lain. At least, mak takde la bosan sangat kat rumah sorang-sorang. Ada kawan-kawan yang boleh bertukar cerita, walaupun di alam maya cuma. Tapi....mak cakap mak tak pandai. Mak cakap, mak pandai Word dengan PowerPoint je.


Mak....
I love you mak...wherever you are..

20 comments:

senyumSOYA said...

sama la ngn mak saya akak..
skng suh abg2 balik keje kat klate..

sunyi katenya..^^"
smoga akak dapat balik braya tahun ni =)

nur aisya humaira said...

mak aisya tunggu aisya dpt keje btl2 bru die nak berenti keje...:(

cikguNae said...

nanti Afida balik buat kursus asas belog untuk mak... haha... boleh saya turut ziarah...
Alhamdulillah, saya dah pindah tempat kerja yang dekat dengan mak abah...
Semoga Afida dapat cuti raya^^

Azian Elias said...

akak bersyukur sangat waktu ramadan ni mak abah ada bersama - sama.nak dekat raya nnt baru depa balik kg.

Abd Razak said...

Assalamualaikum saudari afida...

Moga saudari sihat sejahtera hendaknya..

Jangan bimbang boss tu dah approve cuti saudari cuma dia saja nak bagi saudari panik hehe...

Norsha said...

mak ngan anak pompuan, macam kawan karib, byk boleh kongsi rahsia dan mintak petua...

sahromnasrudin said...

takpe, fida..mak tak pandai, awak leh ajar kan..nnti namakan blog itu supermak ya hehehehee

Iera Daniera said...

ira dah approve :)

Kakzakie Purvit said...

Kakak rasa semua insan bergelar mak/ayah begitulah lumrahnya. Kalau boleh nak anak belajar pandai keluar dari rumah pun tak apa, tapi bila semua dah tak ada dia sunyi.

Kakak ada 3 anak 1 dah duduk asrama sejak umur 13 tahun lagi. Tinggal dua di rumah. Heee.... macam takut pulak....

Kay said...

mak kay pun mcm nak suh kay balik dok kuantan...

Pn Kartini said...

Assalamualaikum my dear..Dik fida:)

Punyalah akak menghayati permulaan citer fida dgn rasa syahdu ...tup2..sampai kat last tuu...buat tergelak lakk tgk ada nama akak!hehehe...spoii terus penghayatan tadi..aduhaii..

p/s: dear..akak kan..dah byk kali..dan mmg berkali2 jugak laa pikir pencen awal nii;)

fuad ansari said...

mungkin bos akak bercadang nak mintak jasa baik akak untuk jasa ofis masa raya nanti.. (",)

mcamana la orang pencen merasai kehidupan erk? mesti terasa lebih nikmat kan..

Unknown said...

SALAM,
SEMOGA CUTI DILULUSKAN. SELAMAT BERPUASA

Afida Anuar said...

Senyum Soya-->Orang tua kan... teringin juga nak balik bekerja di kampung, tapi tatau la. MErancang je.. Wamakaru wamakaraAllah...WaAllahukhairul maakirin.

Aisya-->InsyaAllah..akak doakan Aisya dapat kerja betul2:)

Nae-->nae, jelesnya fida dengan mereka2 yang bekerja dekat dengan mak ayah ni.. dapat tu..dapat tu, jangan risau.. he he

Kak Yan-->jelesnya dengan kak yan...

Abdul Razak-->Waalaikumusalam saudara abdul razak, semoga saudara pun begitu jua..
he he, memang panik pun saudara. Cuti orang lain dia approve. saya punya dia tak approve.. hu hu

Kak Norsha-->itu la kak norsha, waktu kecik saya rapat dengan ayah. Sejak besar ni rapat dengan mak;)

Sahrom-->tak leh bayang saya kalau mak saya ada blog sahrom.. he he

Iera-->aaa, akak baru cek, still lagi tak approve. Tak adil ni..

Kak Zakie-->kenapa akak takut, takut nanti akak kena tinggal sorang2 ke nanti? insyaAllah kak..kena redha. walaupun anak2 jauh, doa sepanjang masa sentiasa ditadah untuk ibu yang dikasihi..

Kay-->tu la kan.. mak tak cakap direct, tapi kalau boleh la. huhu..aminn, insyaAllah..moga2 kalau balik kg tu yang terbaik moga Allah permudahkan.

Kak Tinie-->Waalaikumusalam my dear kak tinie, he he... spoil ke akak..takde la, niat berkongsi. akak cikgu, mak fida pun bekas cikgu. Kak Tinie seorang ibu, mak fida pun ibu.Kira dah banyak persamaan;) ok la tuh kak.. he he

Fuad-->he he,ingat akak ni mak guard ke? tak kira nak cuti jugak:P.... hmmm sabo..sabor..lambat lagi nak pencen tu..

LF-->Salam LF..insyaAllah.. selamat berpuasa juga..

padlie said...

Gitu la, bila dah pencen, mesti ada rasa kehilangan tu..
Bila dah pencen, leh tumpukan perhatian sepenuhnya kepada keluarga dan agama..

Fida kena ajar la mak fida guna teknologi ICT ni.. kalau takleh berblog, chatting pun ok ngan anak-anak.. :)

lu'lu' wa marjan said...

luv u tooo..:-) we will try the best for ur mom..insya allah,doa mak termakbul.

shameel Iskandar said...

salam Afida.
baru tahu mak afida tu seorg guru. mmg benar kdg2 karenah pelajar2 sekarang sgt menyakitkan hati dan memeningkan kepala, so sape kata jadi guru tak penat.

Bagus juga kalau mak afida ada blog. boleh ceritakan asam garamnya dlm dlm dunia keguruan utk dikongsi bersama.

Mutiara Bernilai said...

salam,
insyaAllah kak, moga terus memberi kpd mak dan bapak

hu, sayu pulak mutiara bace entri ni,. rindu mak abah jugak,, :(

Adliff said...

Afida,

Emak saya seorang penoreh getah. Bersara selepas anak bongsunya lulus ijazah sarjana.

Emak saya sangat garang. Emak saya selalu tanya, kenapa tak balik?

Emak saya, adalah segala-galanya.

Tanpa emak siapalah saya.

Afida Anuar said...

Padlie-->Nak ajar memang dah lama dah padlie, tapi mak tak sudi. Mak kata, mak dah tua, buat apa la nak duk ngadap komputer ni.. hu hu..ada ke..

Kak Hanan-->Aminn Kak Hanan..moga2 yang terbaik.. luv u too;)

Shameel-->Shameel, dah pencen pun shameel, mengajar sekolah menengah, macam shameel. Jadi bayangkan, dah la sekolah di luar bandar, dengan karenah pelajar-pelajarnya... Allah tak leh nak bayang macam mana mencabarnya jadi cikgu.. tabik hormat saya kat cikgu.

PS: tak leh bayang rasanya mcm mana kalau mak sya ada blog.. he he

Mutiara-->Salam mutiara. InsyaAllah, selagi ada hayat.. doakan.

Aliff-->yer aliff, tanpa emak sapa la kita. Tapi mak fida faham situasi anak perempuan, kalau ada jodoh, tempat isteri di sisi suami, bukan mak. Sebab tu mak tak harap fida dpat berada dekat..

 

Browse