Jangan Bertangguh...

Friday, July 22, 2011
"Namun tidaklah ada seorang pun di dunia ini yang beriman tanpa diuji.
Janji-janji Allah kadangkala penuh teka-teki."


(Fenomena di pintu masuk belah utara pasar malam dan pasar tani Putrajaya di petang Jumaat menangkap pandangan mata saya... eh ke belah selatan...he he)

Dari jauh saya nampak seorang budak lelaki penjual kismis cuba memancing orang ramai yang mengunjungi pasar malam Putrajaya tu, untuk membeli kismisnya.

"Kak, kismis kak..seringgit je satu"

"Abang, kismis bang"

Ada sorang kakak berhenti dan beli. Ada yang geleng-geleng tak nak. Ada juga yang buat tak endah. Kesian dia. Nampaknya macam ramai yang tak berminat nak beli.

Bila saya melalui tempat dia yang berniaga sambil berdiri, saya terlepas dari pandangan dia, dia tak perasankan saya sebab sibuk nak promote kismis kat orang yang lalu lalang gamaknya. Tapi saya dah niat, on the way balik nanti...saya nak beli kismis dia. Saya juga nak sedekah barang seringgit dua buat dia beli air ke, beli apa-apa ke..... Tambah-tambah hari tu hari Jumaat. Moga Allah menambahkan lagi kebaikan buat semua.

Tapi on the way saya nak balik, saya tengok dia dah takde. Alahai... ke mana pulak adik ni pergi..

Hari yang lain, saya berkunjung lagi ke pasar malam merangkap pasar tani di Precint 2. Barang basah di rumah kami pun sudah kehabisan. Elok sangat la kalau singgah ke pasar tani tu. Di pintu masuk, mata saya tercari-cari adik penjual kismis. Namun hampa. Dia tiada.

Saya rasa, kalau kita nak buat benda baik...walaupun kecil, jangan bertangguh...

Kan?

22 comments:

Solehah said...

setuju tu.pernah juga alami situasi yang sama..tapi kalau nak buat benda jahat, baik tnagguhkan terus kan..hehe

Norsha said...

betul tu fida, masalahnya kita selalu berkira-kira dlm membuat kebaikan

Kamsiah yusoff said...

salam
betul tu Fida...peluang membuat kebaikan bkn datang selalu...sebaiknya gunakan ia jika tetiba muncul didepan kita kerana ianya tak datang utk kali kedua...

nahmy said...

yaa...fida you've got it right. omputih panggil tu procrastination. one of the most destructive habit!..don't play2 with it...kita org islam pun kena jauhkan sifat2 mazmumah camni

Abd Razak said...

Assalamualaikum saudari afida..

Moga Allah kurniakan buat sahabat kesihatan yang berpanjangan serta keimanan yang mantap...amin

Apa pun jangan hendaknya jangan bertangguh dalam apa juga perkara kebaikan lebih-lebih lagi taubat..

Bertangguh itu mencuri masa..

Azian Elias said...

akak punya style, tanya hati.. ikhlas tak nak sedekah. kalau ada syak wasangka, akak stop. tak nak. kalau nak, bagi je duit kat depa.

Insyallah next time jumpa lagi.

Sedekah itu lebih tajam dari doa.

Afida Anuar said...

Solehah-->InsyaAllah Solehah... tp biasanya manusia ni, perkara yang tak elok tu la yang cepat je dia buat, perkara yang baik tu selalu je nak tangguh2.haihh manusia..manusia...

Kak Norsha-->kan kak? buat kalau berbuat kejahatan dan perkara sia2 tu jarang nak berkira pulak..haiihh...

Kak Kamsiah-->Kan kak kamsiah, suka bertangguh..ni la jadinya..insyaAllah lepas ni akan sentiasa beringat.

Nahmy-->Ohh, baru minggu lepas sebut pasal procrastination ni;).. he he..thanks nahmy.. insyaAllah

Abdul Razak-->Waalaikumusalam saudara abdul razak.. Alhamdulillah. Moga2 saudara pun begitu jua. Amin.. Terima kasih saudara mengingatkan kepada yang lebih penting.. jangan bertangguh dalam bertaubat. Sebab kita tak tahu, bila kita akan mati.

Kak yan-->InsyaAllah kak... Fida punya style pun lebih kurang akak jugak.. he he..

cikguNae said...

Ya afida... selalunya utk buat sesuatu kebaikan, kita selalu bertangguh.
Di sini saya kongsikan satu kisah yg agak mirip kisah Afida, semasa mengajar di Sabah, Ada anak2 kecil datang menjaja makanan ringan seperti yg Afida paparkan di atas, agak tersentuh melihat anak kecil tersebut, saya dan kawan memberi sumbangan seikhlas mungkin. Mungkin baru sekolah rendah anak itu...
Dalam perjalanan ke tempat parking, kami terserempak dengan anak tadi bersama rakan2 yg lain... Ditangan masing2 ada rokok... mereka merokok??? tanpa mempedulikan kami yg memerhati... Keikhlasan tadi sedikit tercalar... harap anak kecil yg Afida paparkan betul2 ikhlas mencari rezeki...

Tirana said...

insyaAllah dengan niat tu pun dah dapat satu pahala..tapi kalau buat, lagi banyak dapat pahala...

fuad ansari said...

mmg x boleh nak bertangguh buat baik.. tapi takpe.. moga Allah terima niat baik akak tu..

p/s: minggu depan akak nak pegi pasar mana?? sy nak jual kismis kat situ.. (",)

Afida Anuar said...

Nae-->Hurmm, Allahualam. Saya pun harap dia ikhlas berniaga kismis tu. Walau pun dia buat benda tak baik di belakang yang mungkin kita tak tahu, moga2 Allah bagi kebaikan buat Nae sebab memberi.. insyaAllah...

Kak Tirana-->InsyaAllah kak tirana..

Fuad-->InsyaAllah... minggu depan akak balik kampung, Jumaat...yeayyy, tak singgah mana2 pasar malam dah, tak sempat... he he. Kalau fuad nak jual, jual kat kg akak la.. he he

IMANSHAH said...

xpa, rezeki dia dengan orang lain tu

naimisa said...

stok kismis dia dah habis tu....

scya lollita said...

ouh betul lah .
kdg pluang k2 tu xkan dtg .


beramal selama msih sempat .

tegelak said...

Oh dah pandai tenguk video Anwar ibrahim bogel dengan Cina bogel tu ya.

Dah biasa tenguk filem lucah memanglah tergelak tenguk anwar pakai seluar dalam big spender tu.


Muka boleh lari tapi big spender tu sape pakai lagi zaman ni..?

BF you? hmm bf pun tak de kut tu lah tgk video lucah anwar..

shameel Iskandar said...

salam afida
Lakukan benda baik jgn bertangguh, itulah mesejnya. Sy juga pernah alami perkara sebegini. Walau apaun, niat utk menolongnya sudah dikira pahala.

eiyzniey said...

btol3!

Mutiara Bernilai said...

salam sis afida,,

:)

betul3, kadang syaithan sengaja suh kita tangguh2kan berbuat baik,,

iyargghh! jum mujahadah!

Pn Kartini said...

Assalamualaikum my dear:)

petikan dari n3 ..
"Apabila seorang hamba bercita-cita hendak melakukan kebaikan,
maka malaikat yang di sebelah kanannya akan menuliskan
baginya satu kebaikan,
dan jika dia mengerjakan kebaikan itu ,
maka dituliskan pula baginya sepuluh kebajikan, yang kemudiannya digandakan lagi menjadi tujuh ratus kali ganda oleh Allah Taala..."

:)

InsyaAllah my dear...jika diizinkanNya..jumpa lagi dgn adik kismis tuu...:):)

Afida Anuar said...

Shah-->Moga2nya lah..

Naim-->hmmm..mungkin kut. Tak terfikir pulak tang tu..

Scya-->Ayuhh..sama2;)

Tegelak-->Astarfirullahalazim... seronok buat fitnah yer.. Alhamdulillah. Orang kata, kalau orang fitnah kita, ucap alhamdulillah. Pasai, orang tu kasi pahala dia kat kita. Terima kasih:)

Shameel-->Salam..insyaAllah shameel... takde niat pun nak bertangguh, tapi itu la. Pengajaran..pengajaran..

Eiezniey-->mcm upin ipin.. he he

Mutiara-->Salam my dear mutiara.. Syaitan pun main peranan jugak, tak nak kasi nya kita ni buat baik kan? jum;)

Kak Tinie-->Waalaikumusalam my dear kak tinie, InsyaAllah..harap2 berjumpa di bazar ramadhan nanti.. he he

ummu said...

assalamualaikum dik
niat yang baik, tetap Allah nilaikan sebagai suatu amal solehah,inshaAllah.
kismis, bagus untuk minda dan kesihatan,kalau ibu hamil.lagi bagus makan kismis ni.
teringat surah al.ashr,demi masa...
semoga kita diterima ALLAH sebagai hamabaNya yang diredhaiNya.selamat menyambut ramdhan al kareem dik

Afida Anuar said...

Waalaikumusalam kak..InsyaAllah, moga2 mcm tu la kak..

selamat menyambut bulan ramadhan juga buat kak ummu sekeluarga...

 

Browse