Contengan Semalam...

Wednesday, May 04, 2011
4 hari menghabiskan cuti di kampung kali ni, akhirnya here i am...again. Kembali ke kota. Kembali menggarap rasa. Kembali disambut kerja...Kembali...ye kembali semuanya...

Semalam flight air asia yang saya naiki sepatutnya tiba di LCCT pada jam 10.10 malam. Tetapi disebabkan kesesakan trafik di udara menurut kata kaptennya.. maka melewati jam 10.40 malam jugak la baru pesawat yang saya naiki benar-benar mendarat. Kebiasaannya penerbangan ke Kuala Terengganu-Kuala Lumpur atau Kuala Lumpur-Kuala Terengganu cuma memakan masa lebih kurang 50minit saja. Tapi disebabkan hal semalam, masa penerbangan diheret kepada sejam lebih. Untung juga saya bawa 'peneman setia'. Kurang-kurang masa yang berlalu di dalam flight tidak begitu terasa.

Menaiki bas dari LCCT ke Stesen ERL Salak Tinggi, dan dari Salak Tinggi ke Putrajaya Central membawa saya hampir ke jam 12 malam. Bimbang yang saya akan mengganggu waktu tidur Kak Sal (memandangkakn hari ni Kak Sal kerja shift), maka saya batalkan niat untuk menyuruhnya menjemput saya di Putrajaya Central. Lantas, saya ke terminal bas di tingkat bawah, bertanyakan perkhidmatan bas yang ada, dan bas mana yang harus saya naiki untuk ke Precint 11. Maklumlah hal-hal bas saya agak buta pasai tak biasa naik bas..er. Alhamdulillah, perkhidmatan awam ini beroperasi sehingga jam 12.40 malam rupanya. At least saya masih belum terlambat. Nak naik teksi sorang-sorang, tiba-tiba saya dilanda rasa takut lebih-lebih lagi bila mengingatkan cerita The Bone Collector...

Bas yang ditunggu akhirnya muncul. Waktu tu hanya saya seorang perempuan dan 2 lagi lelaki yang menjadi penumpang bas tersebut. Kecut juga perut memikirkan beberapa perkara..tapi saya pujuk diri...insyaAllah tiada apa-apa. Dalam hati tak putus-putus berdoa moga tiada perkara buruk yang berlaku...

"Dengan nama Allah yang tidak dimudharatkan sesuatu apa pun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui"

Melalui jalan di Precint 9 yang sedang menjalani pembaikian yang banyak, saya perasan masih ada pekerja-pekerja yang sedang bekerja membaiki jalan. Meriah suasananya seolah bukan malam yang menyapa. Kagum sekejap dengan ketegaran manusia bekerja mencari rezeki di waktu begini. Cuma yang agak sedih, ketegaran tu bukannya datang dari orang-orang kita, tapi orang-orang mereka. Dari bangla dan india sana..saya rasa la berdasarkan hipotesis yang saya buat bila tengok wajah-wajah gelap mereka..er...

Dengan keralikan panorama lewat malam dari dalam bas, dan kerisauan tentang beberapa perkara yang mengisi kotak fikir, akhirnya bas pun sampai betul-betul di hadapan pangsapuri yang saya sewa, alhamdulillah...Pantas pula waktu berjalan, getus hati...

Sewaktu hendak turun...

"Dari mana sorang-sorang? Tengah-tengah malam pulak ni?", pakcik pemandu bas, ingin tahu lagaknya.

"Dari Terengganu, flight delay pakcik. Terima kasih", tak nak panjangkan perbualan sebab saya mahu cepat tiba di rumah.

Pakcik pemandu bas angguk. Pintu bas dikatup. Bas berlalu.

Dengan beg laptop dan handbag di bahu kiri dan tangan kanan mengheret bagasi, langkah perjalanan saya teruskan. Rupanya heretan bagasi beroda di atas jalan menolong memeriahkan suasana sepi lewat malam. Ye la, dah bunyi roda ni je yang kedengaran. Tak dengar bunyi lain. Kalau la ada orang tengok, nampak je saya ni macam berani melangkah sorang-sorang menuju ke blok tengah-tengah malam buta, tapi sebenarnya saya takut. Bukan takutkan hantu... tapi takutkan manusia yang mungkin ada niat jahat..err. Tu pun langkah-langkah yang saya langkah tak tahu la dah masuk speed berapa, ha ha.

Akhirnya, alhamdulillah... saya selamat sampai di depan pintu rumah sewa yang saya diam hampir 4 tahun. Rumah gelap dan sepi tatkala pintu rumah dikuak. Kak Sal dibiliknya, gelap..dah lama lena gamaknya. Perlahan-lahan saya masuk menuju ke bilik saya dengan harapan tidak mengejutkannya. Bilik yang ditinggalkan berhari-hari agak berhabuk. Kerja-kerja pembersihan harus dilakukan. Tengah malam pun, tengah malam la. Bukannya apa, pernah la saya dengar pantang larang orang tua-tua yang kita tak leh sapu rumah malam-malam hari ni kan? Pasai apa entah.

Tapi saya tetap dengan kerja pembersihan saya. Tak hirau dah kata-kata orang tua-tua. Lantai saya sapu, comforter saya ganti lain. Barang yang dibawa dari kampung saya simpan di tempat sepatutnya...kemas.

Akhirnya selesai semua benda yang patut diselesaikan. Jam pun dah hampir menginjak ke pukul 2 pagi. Badan yang tak berapa penat dibaringkan. Mata yang tak berapa nak lena dipejamkan. Fikiran kembali menerawang, menerawang dalam kegelapan... menerawang ke situ... ke 11th hour.....


28 comments:

Abd Razak said...

Assalamualaikum saudari...

Moga Allah limpahkan kesihatan dan ketenangan buat saudari..

Alhamdulillah selamat tiba di rumah.

Dulu biasa juga terbang di tengah-tengah malam dan mengambil sedikit ruang airport KLIA untuk tidur dan pepaginya baru berangkat ke KL. Now dah tak suka terbang malam, penat!

intan.maisarah said...

assalamualaikum
alhamdulillah
selamat juga sampai ke rumah

:)

Norsha said...

Salam fida,
Alhamdulillah selamat sampai,
suspen weh jln sorang2 ni, memalam pulak tu...

IMANSHAH said...

alhamdulillah selamat, sejuk hati mak bonda dan bapakanda di desa

naimisa said...

itu tak boleh sapu rumah malam-malam takut ada kesan bunyi seram. Nanti kan orang yang dengar bunyi fikir ada hantu tukang sapu buat kerja pula. haha...

Pn Kartini said...

Assalamaalaikum dear:)

Alhamdulillah..
fida selamat sampai!

...kiranya lepas2 ni ..memulakan tugas dengan semangat nan baru yaa;)

Afida Anuar said...

Menusuk Hati-->eh eh tp saya memang berani pun:P...kalau tak berani, tak buat kan? err..berani dalam terpaksa pun..terpaksa la.. heh!

Abdul Razak-->Waalaikumusalam saudara abdul razak..Alhamdulillah... moga Allah juga limpahkan ketenangan dan kesihatan buat saudara...

Saya ambil flight malam ni, pasai nak memaksimakan masa di kampung.. he he. Tp tak sangka delay, train pun delay...sebab tu lambat sangat jadinya. Apa pun alhamdulillah.. selamat sampai saudara...

Sara-->Waalaikumusalam sara.. alhamdulillah...selamat juga sampai, akhirnya

Norsha-->Salam kak norsha..alhamdulillah.. he he, sangat2 takut kak.. sorang2 tengah2 malam. Tapi buat2 berani..he he

Shah-->Alhamdulillah... harap2nya sejuk la... tau depa risau duk sini sorang2, tp insyaAllah Allah ada sebagai penjaga;)..

PS: Langit merah...bangat pagi ni..

Naim-->Oooo..itu macam ka naim? macam tak masuk akai jah... he he

kak Tinie-->Waalaikumusalam my dear kak tinie, alhamdulillah... selamat semua..

...errr..semangat baru tu...tertinggal kat kg kak..kehkehkhe

nurkass said...

alhamdulillah selamat..
selagi kita ingat padanya, selagi itulah dia akan melindungi kita..insyaAllah..

sekarang ni mcm2 kes..mmg takut kalau jalan sorang2 tambah pula waktu mlm kan..

intan.maisarah said...

▐▀▀▀▀████▀▀▀██▀▀███▀▀█▀▀▀▀▀▀▌
▐█──███▀──▄──▀█─▀█▀─███──▀█▄▌
▐█──██▀▄──▀──▄█▄─▀─▄███──██▀▌
▐▄▄▄▄▄▄██▄▄▄█████▄████▄▄▄▄▄▄▌

r.o.l. said...

Salam alaikum, afida. Masya Allah, rajinnya afida mengemas bilik walaupun sudah penat. Ada kualiti menantu yang baik. Mungkin ada bakal ibu mertua sedang membaca entri ini... mana tau, kan? :-D

Unknown said...

menarik cerita dia..huhu

Kakzakie Purvit said...

Assalamualaikum Afida,

Berani dlm takut, bibir dan hati mesti tak putus berdoa. Alhamdulillah dah selamat....

Cuma hati masih teringat kampung kan. Ala.... kakak tahu itu dah pasti.

senyumSOYA said...

lma kak fida blik kg lama lagi saya blik kg malam ni.. 4 bulan~

naseb baik kak fida sampai dengan selamat.. kdg2 kena belagak berani~ (^^~

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Saya tahu, afida mmg berani dan cekal hati. Tapi dlm keadaan sistem skrg yg tiada jaminan hakmilik diri, awam dan negara , byk perkara yang perlu kita fikirkan semula dihari muka. Bukannya apa, sebagai langkah waspada seperti mana sabda Rasulullah saw.`Orang mukmin itu sentiasa waspada dan bijak` Mutafaqa `laih.
Tetapi kewaspadaan macamana pun, kalau sudah ditakdirkan bertemu sesuatu perkara atau kejadian, itu adalah kehendak Allah SWT Sebagaimana terjadinya pertemuan dlm peperangan Uhud, kalau boleh semua org nak elak. Takdir tetap mempertemukan samada mahu atau tidak. Surah AliImran:122إِذۡ هَمَّت طَّآٮِٕفَتَانِ مِنڪُمۡ أَن تَفۡشَلَا وَٱللَّهُ وَلِيُّہُمَا‌ۗ Dan ingatlah ketika dua golongan daripadamu [1] ingin [mundur] karena takut, padahal Allah adalah penolong bagi kedua golongan itu.
Jangan cerita juga mengenai 11th hour kerana sbg orang mukmin, mesti ada ikhtiariah sentiasa mengambil peluang ruang dan peluang hidup yg ada. Surah AliImran:102وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسۡلِمُونَ Dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan kamu pasti dalam keadaan beragama Islam`.
Cerita `Contengan Jalanan` hanyalah satu plot cerita sahaja belum tentu berpijak pada realiti hidup. Walaupun ada sedikit persamaan hidup namun adakalanya manusia mudah tenggelam dlm kata2 seperti kata Ibnu Taimiyah dalam Usul Tafsirnya muka surat 86,`Dan daripada mereka (penulis2) itu, ada ketika mereka memperindahkan pengajaran dengan kisah2 dan menyelitkan bida`ah pada perkataanNya (Allah) dan lebih ramai manusia tidak mengetahui. Wallahualam.

Mutiara Bernilai said...

Salam my dear Afida!

^__^

pulang ke kampung halaman ya? Bawa ole-ole ape utk mutiara? Ahaha, gurau.

hu, memang dear, mutiara kalu dok umah sewa sensorang pon mutiara tak berani. mujurlah kita ini hidupnya bertuhan. makanya jadi lebih yakin dan selamat. kan?

mohdfuad said...

Ni namanya berani berani takut.. (",)

Tapi saya tetap merasakan akak berani sbb tu akak berani amik flight malam kan..

Kenapa x parking je incik hitam kat LCCT.. kan lebih mudah? (",)

Azian Elias said...

dulu2 pun kalau public transport perasaan takut cam tu tetapo ada.

Afida Anuar said...

Kass-->Waalaikumusalam kass, itu lah..takut jgak sebenarnya bila duk baca kisah2 yang berlaku zaman skrg, cuma cekal hati, doa sungguh2 kat Allah supaya pelihara...

Intan-->Love u too dear;)

r.o.l-->Waalaikumusalam rol..he he..aduhh ke situ pulak komen rol.. sebab saya tak penat la yang rajin mengemas tu.. satu lagi, nanti tak khusyuk nak tidur, pasai duk pikir bilik yang berhabuk..kang tak pasai2 tak leh tidur.. he he

Anak Pendang-->eh? mekasih.. err.. he he

Kak Zakie-->Waalaikumusalam kak zakie... Alhamdulillah kak.. eh mana kak tau, sampai bila2 pun kak, hati memang sentiasa ada kat sana.. hu hu

Senyum Soya-->4 bulan? isk.. tak leh jadi ni.. he he

Tajnur-->Waalaikumusalam wbt.. Tajnur..terima kasih, atas pujian...walaupun sebenarnya saya ni tak la berani mana, cekal pun cukup-cukup hati je, err...tp boleh la..he he.

Cuma, sungguh saya takde pilihan malam tu. Nak tak nak memang terpaksa sendiri...tp bila fikir2 itu la. Walau macam mana kita dah berhati2 pun, tapi kalau Allah kata jadi, akan jadi jugak. Kita tak boleh nak halang...
Hurmm... kenapa tak boleh cerita bab 11th hour? salah ke? Bukan ke bagus kalau kita ingat mati? lgpun, contengan jalanan agak terkesan ,entah la..

selitkan bidaah?hurmm...tapi tak salah kan?

PS: Tajnur dah bertukar ke Sarawak ke?err...sekadar bertanya..

Mutiara-->Salam my dear Mutiara...errr... tak bawak apa2, cuma ada bawak kasih sayang dan cebis bau kampung yang masih lekat di hujung hidung..he he..

InsyaAllah..Allah ada jaga kita, tawakkal kat Dia .

Fuad-->Berani-berani takut ke... takut-takut berani? he he... errr sebab amik flight malam, pasai...nak memaksimakan waktu berada di kg..eh boleh ke lagu tu? he he

aduhh mau beratus2 bayar harga parking fuad, kalau free dan ada orang jaga kawasan parking, insyaAllah saya tak kisah je tinggalkan incik Hitam ctu;)

Kak Yan-->naik kereta sendiri pun takut jugak kak yan.. adehh macam-macam orang boleh buat jahat skrg.. hu hu

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Mana2 bidaah yg baik, InsyaAllah kita terima seadanya dan begitulah sebaliknya. Eh! Bilo la den pindah kek S`wak? Ado ni hah kek Melako, kan den dah kobar dolu2. Sapo la yang kobar?

Afida Anuar said...

Waalaikumusalam wbt..Tajnur... err... tau, tau kome kat melaka.. tp nape entah instict bagitau ada kat sarawak. Salah orang kut ni, ampunn...err..okebai...

sahromnasrudin said...

alhamdulillah..takut kan kalau dalam bas sorang2..huhuhhu..banyak mende tak baik akan diskirkan oleh sang gadis..

fuad ansari said...

Sebab saya rasa akak lebih banyak berani dari takut maka jadilah berani berani takut.. (",)

Kat lcct tu bukan ada kawasan yg free parking ke?? tapi jauh sikit la dari tempat flight berlepas.. ramai je saya tgk parking kat situ.. sedara saya pun penah parking kat tempat free tu.. Alhamdulillah selamat.. (",)

Mutiara Bernilai said...

tak mengapa,
sy hanya mahu afida kembali dgn selamat.

juga bersama hati yg semakin segar dgn cinta Illahi.


syg kamu fida,

Afida Anuar said...

Sahrom-->Allah je la yang tahu sahrom, degup jantung malam tu. Apa pun, alhamdulillah.... selamat..

Fuad-->he he..iyo la tuh dik;)
oooo ada ka?serius akak tatau. kalau akak tau, tak yah la susah2 kat orang nak kena berhantar berambik..

mutiara-->sayang kamu juga mutiara.. tahu, saje je..insyaAllah, lain kali kalau balik dengan Incik Hitam, fida akan bawak something dr trg...untuk mutiara...

MaizaC'Joe said...

Fligh AirAsia memang gtue la selalu delay.. tapi mcm mn pun naik AirAsia gak.. dah bnyk kali jd mcm akak gak sampai lambat.. naik bas ok.. tapi nak naik teksi tu yg takut huhu...

Afida Anuar said...

Naik bas kalau ada orang ok gak mai...kalau sorang2... aduhh kecut perut gak dibuatnya.. he he

nur aisya humaira said...

beraninye akak..:)
kalau aisya, sanggup susahkan membe untuk datang amik...haha

Afida Anuar said...

he he.. berani berani takut aisya;)...

tu la, nak susahkan housemate akak tu, akak kesian kat dia. Kalau dia tak kerja shift takpe. hu hu

 

Browse