Awak..
Masa tengah ngap ngap roti canai pagi tadi kat food court bumbung putih sejurus balik dari berjogging, saya duk perati gelagat pasangan suami isteri dan seorang anak mereka yang masih kecil yang kebetulan mendiami meja sebelah kami (saya, Mardhiah dan Kak Sal).
Awak..
Nak tau tak, gelagat mereka macam....macam mana eh, suami isteri yang tidak mesra? Boleh ke saya cakap lagu tu? Ya Allah, susahnya nak tengok baik isteri mahupun suami tu berbicara. Masing-masing makan dan makan dan makan. Kadang-kadang si isteri menyuapi si anak. Mereka seolah-olah bukan pasangan suami isteri tapi orang asing. Kenapa dengan mereka yer awak, sampai macam tu sekali?
Awak...
Senyuman pun saya tak nampak dari raut wajah mereka. Betapa seriusnya mereka dengan kehidupan, dengan persekitaran pun mereka serius. Apatah lagi dengan pasangan masing-masing. Saya cerita pemerhatian saya ni kat Kak Sal dan Mardhiah. Kak Sal dan Mardhiah kata saya ni ada bakat jadi social analyst. Pasai saya suka perhati gelagat orang, huh!. Ada ke mereka kata lagu tu kat saya..awak..
Awak...
Bukanlah kes keseriusan mereka yang saya nak highlightkan. Cuma dalam hati saya tadi, saya duk berharap, kelak jika berjodoh dengan sesiapa jua yang sudah ditakdirkan untuk saya, saya berharap janganlah kami jadi begitu,errr..maksud saya, biarlah mesra dan senyum itu tetap ada, walau di mana jua, walaupun badai melanda. Kalaupun ditakdirkan dia seorang yang pendiam dan serius, kepada Allah saya pohon sungguh-sungguh, biarlah dengan orang lain dia diam dan serius, asalkan dengan saya tak.
Awak...
Sejak akhir-akhir ni kan...ahhh..saya berangan lagi!! Takpe la awak. Cukup lah sampai di sini coretan saya untuk awak. InsyaAllah ada masa nanti saya mencoret lagi. Oh yer, awak..saya baru nak praktis panggil Mekdi, Mardhiah. Awak doakan saya istiqamah eh.
PS: Awak= My dear readers.
28 comments:
as salam kak afida...
kalo hubungan yang sebegitu nmpak mcm dingin dan kaku kan? rasa tak best pulak...yang kita harapkan kemesraan dalam kasih sayang gitu..penuh gurauan dan ketawa...hehe
moga bahagia!!
السلم عليكم ورحمة الله
Moga saudari sihat hendaknya serta sentiasa dalam rahmat kasihan belas~NYa..
Barangkali sifat mereka memang begitu tidak tertunjuk kemesraan mereka, namun hakikatnya mereka bahagia dan mesra.
Awak berangan nak hidup ada makna erk! :)
Amy-->Salam dik amy, itu la amy. Akak takmo macam tu, rasa macam hidup ni kaku..rasa macam...entah la, moga dik amy pun bahagia. Dah sihat?
Abdul Razak-->Waalaikumusalam saudara abdul razak. Alhamdulillah saya di sini sihat2..semoga saudara di sana pun begitu jua..
itu la..saya rasa pun macam tu. Natural beauty depa kut, tapi hakikat sebenarnya, mereka bahagia cuma tak tunjuk kat orang jah..
Errr...yer saudara. Makna yang berkat;) spt kata ashraff omar dalam versus..hehe
larrr...baru nak 'terlebih' perasan bila tiba2 terbaca "awak=my dear readers"...oooohhh..
Assalamualaikum wbt
Biasanya kalau bijibenih disirami air, testa akan pecah dan air akan memasuki mikopil dimana endosperm akan bergegar dan mengaktifkan enzim utk pertumbuhan radikel dan plumul. Begitu juga manusia, apabila hati diusik, hormon pituitari akan meransang hormon adrenalin menyebabkan perjalanan darah lebih deras dan emosi manusia menjadi tidak stabil. Yang mengusiknya pun bukanlah apa sanagat cuma `awak` atau `you`! Itupun semenjak dua menjak inilah...
assalamualaikum my dear sik fida..:)
Awak.....
Biar nampak tiada senyumnya
namun tidak bermakna hatinya gundah gulana
Begitu jua
Yang tersenyum
tidak jua bermakna hatinya bahagia
Namun...
pastinya kita mengharap Segala Apa YAng TERBAIK utk kita semua...;)InsyaAllah..
Nahmy-->hehe.... opsss.. ada2 je nahmy ni;)
Tajnur-->Waalaikumusalam wbt.. Tajnur!..wahhh kena relate dengan mikopil,endosperm,radikel,plumul pulak dah!..hehe... Tajnur..Tajnur... bukannya Tajnur tak kenal saya..maksud saya tak kenal tulisan saya, kekadang..sekali sekala..rasa2 nak tulis a bit jiwang tu datang. Jadi ia terpacul dalam bentuk tulisan ni. Serius tiada kaitan antara yang hidup ataupun yang telah tiada. Awak..You...ah..abaikan je la;)..
Kak Tinie-->Waalaikumusalam my dear kak tinie...hehe.. hmmm, betul tu kak. Kita ni je manusia yang terlebih salah sangka kat manusia2 lain.Padahal mereka relek je.. -istigfar...
Awak...
:-) saya suka n3 ini..
teruskan renungan yg murni
awak....apa kabar...
.
.
syg awak..mmuaxxx..hehe
Afida,
Awak, nikmatilah setiap waktu dan ketika yang kita ada. Hargailah.
salam...
tak sepat nak tanya awak tu sapa... dh Fida jawabkan dulu... :)
Fida... isi borg SPA, letak pilihan pertama, Pegawan Penyelidik Sosial :)
awak
double meaning.
Salam,
my dear awak..
memang benar kita terkadang x mo nak bgaduh n masam2 muka n tegang2 muka dgn pasangan.. mutiara rs b4 nikah dulu pon 'mereka' pun xmo jd mcm 'mereka' sekarang.. tp, pernikahan ni just ibarat pintu..bila dah masuk pintu 2, ade mcm2 pkare n cabaran yg perlu kite tempuhi, kita xleh nak tolak ujian yg dtg, tp kita leh urus dan bersedia dgn cabran yg dtg dgn cara yg matang.. well, mutiara pun takut.. tp, dats life, cabaran dlm perhubungan sbenarnya jika di depani dgn fikiran yg matang sedikit sbyak dpt membantu kita utk lebih mngenali emosi n care fikir pasangan kita.. Biasalah,manusia.. so back 2 d basic,kalu nak kukuh kan hati manusia, kite kne kukuhkan dulu hati kite dgn Allah..
doa2, moga2 walau sberapa byk skalipun ujian dtg, kite tetap dpt tersenyum riang bersama fikiran yg matang :)
“Apapun yang kau dengar dan katakan (tentang Cinta),Itu semua hanyalah kulit.Kerna, inti dari Cinta adalah sebuah rahasia yang tak terungkapkan.”
syg slalu~
lu'lu
pernah jugak nampak pasangan camtu..serius jek..
p/s:kdg2 kita pulak yg terlebih emo bila tgk keadaan tu..hehe
awaka...mungkin pas bergaduh...depa keluar makan kut hehe....
byk kemungkinann sbnrnya...lain org lain perangainya..
lu'lu wa marjan-->awak..saya pun suka..hehe..insyaAllah..
Noli-->saya sayang awak jugak... muahh..jaga diri..jaga baby dalam perut tu..
Alip-->Alip..thanks..fida hargai.. sungguh!
Kay-->hehe..nanti fida isikan;)... entah layak ke idak ni..hahaha
Naim-->eh...tak tak..single meaning:P
Mutiara-->Salam my dear mutiara,subhanaAllah mutiara..kata2 yang terkesan di hati... thanks mutiara, insyaAllah...moga2..
Kass-->kass, fida bukan terlebih emo, cuma harap2 tak nak la jadi mcm tu, mcm tak best je..errr
Kak Kamsiah-->hehe..waAllahualam kak. Saya pun tatau la. Tapi tak betah pulak kelihatannya..
baru boleh nak senyum ni
senyum pasai apa tu shah? confuse ni..heheh..
Salam, afida.
Bacalah orang dengan mata hati. Realiti adalah lebih rumit daripada apa yang kita sangka.
Oooh...ok rol.. salah saya juga buat penilaian mereka tidak mesra dengan sekali pandang macam tu. Tambah lagi saya tak pernah kenal mereka. Tidak tahu realiti..~istighfar.
assalamualaikum fida..
semoga ukhwah ikatan di alam maya ini terus erat demi kelangsungan umat Islam seantero dunia..semoga awak ceria2 selalu ya
Maksud saya sebenarnya kita sering buat andaian yang silap tentang orang lain.
Satu contoh yang saya belajar baru-baru ini: ada seorang lelaki yang tak suka lihat orang lain peluk tubuh. Baginya berpeluk tubuh maksudnya tak berminat atau tak mahu mendengar pendapat orang lain. Satu hari di pejabat, sedang dia sibuk menerangkan sebuah idea, bosnya sendiri berdiri sambil memeluk tubuh. Marahlah lelaki itu. Bosnya cuba bertanya kenapa dia marah. Dia pula bertanya, kenapa bos peluk tubuh? Adakah sebab ideanya tak bagus? Bos dia ketawa dan memberitahunya bilik ini sejuk. Berpeluk tubuh bukan kerana enggan mendengar pendapat tetapi kerana mahu memanaskan badan. :-)
Oleh itu, jangan kita assume. Kalau nak tahu, tanya. Wallahua'lam.
Sahrom-->Waalaikumusalam sahrom, semoga awak juga..cheewah..
r.o.l->memang silap saya pun r.o.l. Saya ingat lagi, kawan saya, yang rapat. Dulu sebelum kenal beliau, disebabkan raut wajah beliau yang tidak pernah senyum, saya assume beliau seorang yang sombong. Ditakdirkan, kami ditemukan dalam satu projek. SubhanaAllah, memang silap sangkaan saya. Dia memang susah nak senyum, tapi orangnya baik sangat. Tak sombong, dan saya gembira sangat dapat berkawan dengan beliau...tengok2, sampai sekarang saya kamching dgn dia.
betul rol, jangan assume...
apabila kasih sayang surut dan susut begitulah jadinya. kalau dibiarkan, kasih sayang tu boleh beralih dan berpindah.
Namun, adakalanya pasnagan suami isteri tu ada masalah tym tu kot.
fida, dari pandangan aku pulak, mungkin di luar je nampak tak mesra. di rumah sudah sehabis mesra.
aku penah nampak seorang bapa masa berjalan kat pkns bangi ni, dok tepuk punggung isterinya. anak dah 5! oh gosh aku pun malu tengok. perlukah?
i vote for showing your love at home. not in public.
wpun aku kalu makan kat luar dgn hubby jadi chatty. theres always something to talk about. mungkin sbb kitorg dulu lama gak ldr-long distance rship. tak jumpa bertahun. kalu tak communicate, mmg putus lah.
but then again, there are certain couples who ran out of things to talk about as they grow older. so i'l say this,its all about communication.
find a guy that you can talk to the rest of your life.
and say no to pda! public display of affection. some ppl might like to do/see it, but i cringe at the very sight of it.
hehe just my personal opinion fida..
Shameel-->maybe kut shameel, Allahualam;)
Masz-->Mas, thanks sudi kasi opinion bab ni, since ko pn dah ada pengalaman kan..aku pun ada terbaca mcm tu gak, cari psangan yang kita suka sembang, jadi nampak mekar perhubungan tu sampai ke tua;) insyaAllah.
pda..hehe first time dengar term ni;)
as salam fida,
lama xconteng2 kat sini..
ingatkan awak=sum1 special..hehehe
btw..saya setuju dgn awak..at least kemesraan tuh xpudar kan awak..hidup siyes sangat pun xbest..
mas: pda tuh ape?
haaa, tu la ida, lama jugak ko menyepi...
hehe someone special tu kena tunggu lah. Tapi kan, betul jugak..bahagia tu bukan seperti yang orang lihat, tapi seperti apa yang kita rasa... pernah tulis ni dulu..
Post a Comment