Tertekannya dengan kerja hari ni. Pukul 6 petang tadi baru kami dikhabarkan 2 modul akan masuk UAT besok (yang tertangguh dari minggu lepas). Sebak jap rasanya dada dengar khabar yang agak mengharukan tu, sebab masih banyak test case yang tak execute, menangis saya dibuatnya. Menangis dalam hati je la..hehe. Tak kuat sikit saya hari ni, nak buat macam mana. Biasanya saya ok je.
Namun, menangis bukanlah jalan penyelesaian kepada kerja saya petang tadi. Saya cuba telan semua tangis tu dengan senyuman yang kononnya saya pupuk dikit demi dikit. Alhamdulillah, ada rasa lega dalam hati, baru boleh execute test case dengan ikhlas, dengan happy, dengan gelak-gelak. Kalau tak, rasa bengkek je dalam jiwa. Teruk betui saya ni.
"Kerja itu amanah. Oleh itu marilah kita bekerja dengan penuh tanggungjawab kerana Allah. InsyaAllah akan menjadi ibadat dan membuahkan pahala" - teman (nak coolkan rasa ralat saya dengan kata-kata ni mungkin)
Akhirnya pukul 11 malam....baru la saya tiba kat rumah. Pak guard yang jaga kat bawah tu dah tengok semacam. Pelik agaknya nampak saya tengah-tengah malam baru balik. Nak buat macam mana, mencari rezeki pak..
Ok, bulan dah senyum sinis tengok saya tak tidur-tidur lagi waktu ni.Saya berlalu dulu ya... Assalamualaikum.
PS: UAT= User Acceptance Testing

17 comments:
Salam Saudari Afida...
Moga sdri sentiasa dalam rahmat dan redha~Nya serta dikurniakan kesihatan yang baik.
Takpe sesekali balik lewat tu atas sebab kerana hendak menyiapkan kerja.
tu yg xbest..klo dah tau nak balik lewat xpe..ni pukul 6 baru nak bagi keje...haishhhhh..sabar je lah.
salam ziarah..balik lewat sdri kerana menyiapkan kerja itu juga ibadah..yg penting sdri ambil semua itu sebagai cabaran yang akan mematangkan diri sdri..insyaAllah...
betul tu aideeb, pukul 2, 3 tak nampak busy, dah rapat 5.30 baru la memekik panggil miting. adui, sakit kepala kdg. tapi nak buat mcm mana, sapa bos? hehe.
so, nnt bila kita jd bos, kita kena paham ler.
fida, caiyok2! err... balik lewat malam tu mcm bahaya sikit... just take care ya.
salam fida..
kuatkan semangat...i know u can do it..
salam...biasale tuh...kekdg kena gugah kita. tapi itu semua 'cabaran' utk jdkan kita lebih 'kuat'...pssttt..pak guard tu tua ke muda??
sesi UAT untuk projek yang saya sdg buat ni minggu depan. Nasib baik bukan anda yang kena buat UAT tu...haha...
p/S: berdebar menanti senarai bugs untuk di-fix-kan.
Assalamualaikum wbt
Mak Long Fida, apa khabar? tension sangat ke buat programming ni? Entah berapa kali buat editing and compiling ye? Bersabarlah w/pun baru 2 module. Sebelum `end users` dapat menggunakan ke senario dunia yg sebenarnya disamping relevant dgn tanggapannya, kenalah buat UAT pada modul2 tsbt. Penggguna dah buat MOU, kenalah kita memberi keyakinan dan memenuhi kehendak mereka (meets their requirements). Semua itu namanya pengalaman, mcmana susah kena juga tempuhi.
@Abdul Razak-->Salam saudara abdul razak..alhamdulillah, masih dikurniakan kesihatan dan kekuatan untuk menghadapi hari2 mendatang. Moga suadara pun begitu juga hendaknya..
itu la saudara, sesekali tidak mengapa, dibuatnya setiap hari, haru juga rasanya..hehe
@Aideeb-->Itu la pasal deeb..aku geram part tu je. Dari pagi tak nak bagitau awal2. Padahal boleh je escalate isu ni awal2. Time orang nak balik tu baru la...adeehh
@Sahrom-->Salam sahrom.. itu lah Sahrom, pengalaman, ujian..mematangkan sebuah kehidupan..harapnya..
@khairi-->Thanks khairi, insyaAllah, Allah ada jaga saya. Selalu nak keluar ke mana2, doa tak pernah saya lupa tuk baca, minta Allah pelihara dari keburukan dan niat jahat orang.
hehe, kalau kita bos senang la pulak kan, goyang kaki mintak je semua depan mata. Masalahnya kita bukan bos, tu ler pasal.
@nurkass-->salam nurkass..insyaAllah. harap2 pun begitu la..
@Nahmy-->InsyaAllah Nahmy...pssstt, pak guard tu muda2 lagi nampaknya. Ada yang layak dipanggil adik pun ye..
@Naim-->saya punya UAT delay sebab pending kat development site...owhh, untuk projek ni, kitaorang dah manage tuk raise lebih 1000 defects... boleh bayang kan betapa system tak berapa nak stabil...hehe. Naim, selamat fix defect! eh defects!!!..hehe
@Tajnur-->Waalaikumusalam wbt!. Tajnur... lamanya menyepi. Harap Tajnur sihat2 saja di sana di samping keluarga tercinta. InsyaAllah..
Tajnur, saya tak buat programming pun. Saya test system yang terhasil dari programming tu;)... memang la pengguna penting.
Tapi tak ke sakit jiwa kami para kuli ni, kalau development dan testing tuk phase 1 ni dah complete... ...tiba-tiba, pengguna suka hati je nak tukar reqs... nak tu la pulak. Nak ni la. Eeeee... gerammm.
cobaannn...
cobaannn...
cobaannn...
tu arr pak shake..cubaan ....sabo je la..
ada kekuatan di situ... ini lah kerja kan... sama lah UJ pun kdang2 fed up jugak... tp tengok2 orang kalau kuat... insyaAllah... kita pun boleh kan... sebab Allah tak akan membebankan apa yang kita tidak mampun kan...
a'a tol gak kata khairi... balik lewat tuh.... insyaAllah ..Dia sentiasa menemani kemana kita berada...
UJ, kerja kalau manage betul2...rasanya ok. Ni... tambah dengan client yang banyak songeh... aduhhhh..poning rasanya. Macam dah tak sanggup lagi dah.... projek yg lepas ok je..tp projek ni..entah la...
insyaAllah UJ, sblum ke mana2...atau nak naik kete tu, selalu baca doa suapaya Allah sentiasa lindung walau di mana saja berada..
Afida,
Semoga kerja yang ikhlas membuahkan hasil yang baik.
Namun jaga kesihatan juga ya. Jangan overwork pulak. Nanti lethargic aja badan tu.
Afida,
Semoga kerja yang ikhlas membuahkan hasil yang baik.
Namun jaga kesihatan juga ya. Jangan overwork pulak. Nanti lethargic aja badan tu.
Alip..
terima kasih. harap2nya begitu la.tapi ada masanya...masa utk pergi...errr..
Post a Comment