Entah macam mana harus aku mula...atau entah macam mana harus aku akhiri, aku pun tidak tahu. Yang pasti kehidupan merupakan satu anugerah yang tiada nilainya, yang kadang-kadang terkandung perkara yang bisa menggeletek rasa...hehe.
Soal jodoh.... biarlah dia berjalan dengan sendiri di atas orbitnya, tanpa ada sesiapa yang mengganggu gugat. Jodoh itu sudah tersurat...jangan diseliratkan.
Cukup la dengan satu perkara yang agak melucukan berlaku sebentar tadi. Aku harap lepas ni tiada lagi perkara kedua lucu atau ketiga lucu muncul lagi. Tak larat nak gelak dah ni. Apa pun aku anggap semua ini sebagai rencah dalam menceriakan perjalanan hidup, hehe...Rupanya sixth sense aku masih boleh diguna pakai!..errr..
InsyaAllah....bila tiba masanya nanti, bulan dan matahari pasti akan bertemu. Aku tetap yakin itu.
Dan kita........biarkan malam berbicara...
Till then..
Assalamualaikum..
Soal jodoh.... biarlah dia berjalan dengan sendiri di atas orbitnya, tanpa ada sesiapa yang mengganggu gugat. Jodoh itu sudah tersurat...jangan diseliratkan.
Cukup la dengan satu perkara yang agak melucukan berlaku sebentar tadi. Aku harap lepas ni tiada lagi perkara kedua lucu atau ketiga lucu muncul lagi. Tak larat nak gelak dah ni. Apa pun aku anggap semua ini sebagai rencah dalam menceriakan perjalanan hidup, hehe...Rupanya sixth sense aku masih boleh diguna pakai!..errr..
InsyaAllah....bila tiba masanya nanti, bulan dan matahari pasti akan bertemu. Aku tetap yakin itu.
Dan kita........biarkan malam berbicara...
Till then..
Assalamualaikum..
28 comments:
Apa benda yang lucu sangat tu Fida sampai tak larat nak gelak...hehehe
salam..
aduhaii..
terfikir2..apa yg lucu tu yaa..??:)
Salam Saudari Afida...
Moga sdri sihat hendaknya serta sentiasa dalam redha~Nya..
Lucu??
Kak Tirana-->hehe kak tirana, kalau fida bagitau pasti gelak satu dunia..(kononnya la)...
Kak Tinie-->Salam kak tinie...hurmmm...hehe.. nanti fida bagitau eh..
Abdul Razak-->Salam saudara... insyaAllah..moga saudara pun sihat2 dan sentiasa berada dalam keredhaanNya..
ye..lucu..masih ingat nota salam perkenalaan yang ditinggalkan di wiper kereta saya? Rupanya ia dari seorang pakcik yang ingin berkenalan dengan saya... hampir baya usia dengan mak saya...aduhhh bagi saya sangat lucu:D
salam fida...
kekadang rasa tak terungkap utk mentintakan walau secebis komen..sayu. tapi gitule kita...jika pusingan malam dan siang bersilih-ganti maka kehidupan kita pun begitu jugalah...berpusingan. jgn sesekali berpaling dari-Nya - itulah hakikatnya. berjalan dan terus berjalan...insyaAllah sinar dihujung lorong akan ketemu jua..
salam...sy tunggu awak ceritakan apa yg lucu itu erk? heheheheh
Nahmy-->salam nahmy..apa yang sayu? kesian yer? jangan kesian..saya anggap ini sebagai rencah dalam menjalani sebuah kehidupan... ahaaa..even pagi tadi pun, saya masih tersenyum kecil bila mengingatkan..betapanya.. hehehe.. tak mengapa...anggap ini sebagai rencah dalam menceriakan perjalanan hidup...thanks ya Nahmy..insyaAllah takkan pernah putus asa denganNya..dan saya yakin cahaya itu pasti datang..
Sahrom-->salam sahrom...saya dah cerita di komen pertama saya..cuba baca betul2...hehehe...
anggap kejadian itu sebagai perencah kehidupan.
aja aja fighting!
ps: seyes i tak gelak pun masa u bagitau...
apa yg lucu?
next entry... mungkin kita semua boleh tahu apa yang lucu tu ekk? ke nak gelak sensorang jer... bahaya tu fida...nanti apa lak orang kata ...hehehehe
sy ingat lagi nota di wiper itu hehehehe. pakcik gatai tu fida hehehe.
Salam,
Allah Maha Penyayang ! Kita dekati NYA dan kita ikut suruhanNYA dan jauhi laranganNYA, insyaAllah kita akan di bawah perlindungan dan rahmatNYA.
Salam, afida...
Saya berpendapat ada beza antara menunggu jodoh dan mencari jodoh.
Antaranya niat. Kita perlu tanya diri kita, sudahkah saya berniat untuk berkahwin kerana Allah?
Teringin nak kahwin tak memadai :-)
Seterusnya usaha yang betul, termasuk doa, tawakkal dan harap kepada Allah sebulat-bulatnya. Bab ini perlu bertanya kepada yang lebih arif daripada saya.
Wallahua'lam. "Never give up on a miracle!" :-)
salam,
perkenalan tu tanpa mengira batasan usia tapi respek gak kat pokcik tu kerana berani mencuba hehe..
p/s: mungkin jiwa pokcik tu still mude kot hehe..
macam baca cerita thriller, mana part yg klimaksnya?
Assalamualaikum wbt
Saya pun tak tahu macamana nak mulakan sebab bulan dan m/hari benda yg maujud, mmg ada orbitnya tersendiri tetapi jodoh pada manusia adalah usaha dan pemilihannya sendiri barulah dinamakan takdir. SubhanAllah, ketika bulan dan m/hari bertemu menandakan berakhir kehidupan manusia serta jodoh2nya. Ketika itu juga tiada tempat pelarian spt dlm Surah AlQiyammah 9-11 وَجُمِعَ ٱلشَّمۡسُ وَٱلۡقَمَرُ (٩) يَقُولُ ٱلۡإِنسَـٰنُ يَوۡمَٮِٕذٍ أَيۡنَ ٱلۡمَفَرُّ (١٠) كَلَّا لَا وَزَرَ Dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama, (9) (Maka) pada hari itu, berkatalah manusia (yang ingkarkan hari kiamat): Ke manakah hendak melarikan diri? (10) Tak usahlah bertanya demikian! Tidak ada lagi tempat perlindungan! Wallahulam
@Putrixue-->klu u tak gelak, mesti muka berkerut..wakakka.. xpe2, mesti ada duga nya juga. baru nama hidup..
@Kay-->Kay, baca komen pertama fida tuk entry ni..bawah komen saudara abdul razak tu..hehe
@UJ-->UJ,ahaha..ni nak gelak ramai2 la ni..apa kata UJ pun baca 1st komen yang fida komen bawah reply kat saudara abdul razak tu... itu la ceritanya..hehe
@khairi-->hurmm..nak kata gatal..waAllahualam ..tapi dia bujang lagi khairi....ohohohohoho..errr..
@Luahfikiran-->Salam..thanks tuk kata2 nasihat..insyaAllah, berdoa sepanjang masa utk sentiasa berada di bawah rahmat dan kasih sayangNya..
@R.O.L-->Salam ROL..memang besar bezanya ROL..menunggu dan mencari...dan bezanya lagi..ada yang menunggu, tiba...ada yang mencari..tak jumpa..hehe. InsyaAllah..niat kerana Allah..
memetik kata-kata seorang teman, setiap usaha atau perkara yang dibuat kerana Allah Taala.. bilamana usaha itu tidak berhasil atau gagal, pasti kita tidak akan kecewa...WaAllahualam..
dont worry rol... i never give up;)
@Penjejak Maya-->Salam..ahaa penjejak maya, benar sekali kata-kata mu..jiwa dia memang jiwa muda..cuma dia tak berapa nak pkir tang usia sebenar dia..huhu.. jahatnya saya, tapi itu hakikatnya..
@Naimisa-->thriller pulak dah..klimaksnya itu la...bila rahsia usia terbongkar..hehe..
@Tajnur-->Waalaikumusalam wbt... di satu sudut dinding saya yg berada di alam maya, saya memetik satu kata-kata...
Aku adalah bulan. Dia adalah matahari. Tidak mungkin bulan dapat mengejar matahari. Dan mustahil matahari dapat mengejar bulan. Namun matahari dan bulan akan saling 'bertemu' di suatu masa yang bernama gerhana......
Tapi bila bulan dan matahari betul2 berlaga..maka kiamat pun tiba spt kata Tajnur..dan kita takkan dapat lari..
Benar, jdoh perlu diusaha..bukan dinanti..tapi tetap ada pilihan yang perlu diperhati..waAllahualam..
salam afida.
Apa yg lucu tu. Saya tertanya hingga lemas dilautan tanya. apakah ada makna berselirat seribu di sebalik peristiwa lucu itu. hehhe ( gurau jer)
saya tertarik dgn frasa ni ... (Soal jodoh.... biarlah dia berjalan dengan sendiri di atas orbitnya, tanpa ada sesiapa yang mengganggu gugat. Jodoh itu sudah tersurat...jangan diseliratkan)
Salam shameel..
hehe..lucu sebab itu la..sebab ada pakcik yang baya ayah saya ingin mengorat..hahaa.. abaikan je la shameel...
Frasa tu...maksud saya, jodoh tu sudah ada + kena usaha + jangan dikacau bilaukan dengan perkara-perkara yang lucu seperti ini:)
salam fida,
i nak tumpang gelak jugak..
tp xtau cite..
im tau cite..tp xgelak..
cuba u cite kat i lak..nak tau jugak i gelak ke x nti..
cerita bisu namun lucu, seperti cerita Charli Chaplin ni. Mesej yang ingin disampaikan tidak semestinya dilontarkan dengan luahan bicara.
@Ida-->Salam..haha...ida..gelak la..mmg patut gelak..there's one pakcik living around here..baya my father i could say..still single..hulur salam perkenalan kat i..hahahhaa..lawak kan ida?
@Dr Sam-->naimisa kata mcm cerita thriller..dr sam kata mcm cerita charlie chaplin... saya iyer kan aje la Dr...hehehe..
Sebenarnya ada beberapa rahsia yg boleh dipelajari dari peristiwa yg fida alami tu...Kita jadi buta kalau hanya pandang dari 1 sudut sahaja.
Hehehe..fida, selamat muhasabah diri..Maaf sekiranya tersalah bicara.
@Rbain-->betul Rbain..banyak rahsianya, bagi yang membuka mata... hehe.. thanx Rbain, selamat bermuhasabah juga;)
hehehe baru baca la komen-reply tu...hehehehe
memang lawak... tp camana lak tahu yang tu pakcik yg sebaya... dah kenal ekkk?
owh..sekarang saya faham..saya senyum jek..maknanya fida ade keistimewaan yg org lain xde...pandangan org yg lebih berusia nie selalunya tepat..*wink*
@Uj-->pakcik yang hampir sebaya dengan mak fida... iyer..dah kenal la UJ...huhu.. tak sangka sungguh!!
@Ida-->aduhaii ida..entah, kalau ada masa nanti kita story mory eh..keistimewaan apanya Ida, rasa lagi seram ada la..huhu
fida: hahaha..ok..xsabar mau story mory nie
Post a Comment